Bab 12

84 1 0
                                    

Damien memandang iphone miliknya yang terdampar di atas katil. Lantas dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil bersaiz king itu. Dibelek-belek telefonnya itu lalu dibuka contact dan dicarinya nama Doraemon dari senarai nombor telefon simpanannya itu.

Ditarik nafas sedalam yang mungkin. Tangannya sudah mulai menyejuk. Jantungnya sudah mulai berdebar laju. Sebaris nama itu, walaupun hanyalah nama panggilan, namun tetap berjaya menggoyahkan hatinya. 'Ah, aku tak kuat. I miss you, Delilah..' bisiknya perlahan lantas dia membuat panggilan ke nombor telefon milik Delilah.

"Hello.." Kedengaran suara serak basah milik Delilah di belah sana.

"Urm, hi Delilah. It's Damien here." Dia membalas dengan teragak agak. Bimbang sekiranya Delilah terlupa akan dirinya. Yalah, perjumpaan mereka tempoh hari pun, bukannya lama. Hanya beberapa jam sahaja setelah beberapa tahun terpisah.

"Yes. Damien. How are you? Lama tak dengar khabar.." Delilah memulakan bicara setelah beberapa saat mereka berdua saling berdiam diri. Gugup di dalam hati, tak payah cakaplah.. Kalau diikutkan, memang dia jarang berkomunikasi dengan mana mana gerangan berlawanan jantina melalui telefon.

Damien di sebelah sana sudah mulai berpeluh. Disandarkan badannya ke kepala katil untuk mencari posisi yang selesa. Diurut perlahan dagu nya sebelum memulakan bicara.

"I need to meet you, Delilah. Very soon." Sambungnya terus terang. Malas hendak berselindung lagi. Dia sudah penat memendam rasa. Sejak pertemuan mereka yang terakhir 3 bulan lepas, wajah dan bayangan Delilah kerap bermain di benak fikirannya. Dia tak kuat. Harapannya di dalam hati, agar Delilah tidak akan mengecewakan dirinya.

"Yeah. Sure. Weekend ni boleh?" Mendengarkan jawapan dari Delilah membuatkan Damien terus melompat bangun. Senyuman lebar mula terukir di wajah kacaknya.

"Ya boleh.. Boleh. Nanti I fetch you at your home? May I have your address Delilah?" Laju sahaja dia menuturkan bicaranya.

"Yea, sure.." Dan perbualan mereka berlarutan sehingga jam 2 pagi.

********

Mesin penimbang dihadapannya dipandang lama. Digit-digit yang terpampang pada mesin digital itu ditenung lama. "Haih, bila kau nak kurus ni Del oi.." Omelnya sendirian.

92 kg kot. It's not a small amount. Kira obese dah ni. Dahlah pendek kemetot je. Ditarik-tarik perlahan helaian rambutnya. Stress memikirkan perihal berat badannya yang semakin menaik.

Langkahnya diatur perlahan menuju ke katil queennya lalu dihempaskan punggungnya kasar sambil tangannya mencapai telefon kesayangannya di kepala katil. Dibukanya Instagram untuk menghilangkan rasa stres. Bahagian feed diskrol ke bawah. Ralit matanya memerhatikan setiap post yang di share oleh setiap pengguna Instagram pada hari itu.

Jarinya yang ralit menyentuh skrin telefonnya terhenti. Matanya terbeliak apabila melihat satu post yang di share oleh seorang Instafemes.

"Ubat kurus dalam masa dua hari!"

Laju saja jarinya membuka akaun sang pemilik post tersebut.

UBAT KURUS SPECIAL.
DIJAMIN KURUS DALAM MASA 2 HARI.
DAPATKAN IA PADA HARGA RMXX.XX

Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman. 'Aku kena beli ni sebelum jumpa Damien hujung minggu ni!' Monolognya sendirian. Lalu, segera dia menyimpan nombor telefon penjual ubat kurus itu. Mungkin ini satu peluang buatnya? Sigh..

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now