Bab 3

216 2 0
                                    

Matanya diliarkan ke sekelilingnya memandangkan jalan yang dilaluinya itu mempunyai selekoh yang agak tajam di sebelah kirinya. “Ok, line clear!” Baru sahaja Delilah ingin menekan pedal minyaknya, DUMM!, tiba-tiba dia merasakan bahawa keretanya bergegar bagaikan dilanggar sesuatu dan serentak dengan itu, dia mengalihkan pandangannya ke arah punca gegaran itu berlaku.

“Astaghfirullahal’azim!” Buntang matanya apabila terlihatkan kejadian yang tidak diduganya berlaku dan tanpa membuang masa dia terus keluar dari Land Rover Defender kesayangannya yang sudah kemek dihentam oleh sebuah kereta BMW 8 series yang dipandu oleh sebuah lelaki yang tidak dikenalinya. Dengan pantas, Delilah segera melangkah keluar dari keretanya dan berjalan ke arah pemandu yang juga baru sahaja keluar dari keretanya. “Oh shit! Hei perempuan, you ni pandai drive ke tak? Apa you tak nampak ke kereta I nak lalu tadi? Dah pakai cermin mata pun masih buta ke?” Belum sempat Delilah membuka mulutnya, pemandu yang melanggar keretanya tadi terus menghentam dirinya bagaikan hanya Delilah yang bersalah dalam hal ini.

‘Eh, kau yang langgar aku, terus nak marah-marah? Lu silap orang lah, brader.’ Getus Delilah di dalam hati. “Eh hello, saya atau encik yang tak tahu drive? Saya dah pandang kiri kanan sebelum keluar dari simpang itu ok dan saya dah pastikan bahawa tiada kereta yang akan lalu dari arah yang encik lalu tadi. Kalau encik nak tahu, saya dah lebih 3 tahun habis tamat tempoh pegang lesen P ok! Jadi encik tak ada hak nak salahkan saya.” Balas Delilah panjang lebar dengan berani sambil menunjukkan lesen memandu miliknya.

Zafuan yang sedari tadi dok ralit membelek kesan kemek pada keretanya segera memandang ke arah gadis yang baru dimarahinya sebentar tadi. “Wah bukan kemain berani lagi kau ek? Kau tak kenal ke aku ni siapa? Ini Zharif Zafuan anak Datuk Zakir lah.” Zafuan yang rasa tercabar segera membuka kaca mata hitamnya sambil memandang tepat ke dalam sepasang mata bundar milik Delilah.‘Ya Allah, handsomenya mamat ni. Boleh cair aku dibuatnya.’ Bisik Delilah di dalam hati apabila terpandangkan sepasang mata galak milik lelaki dihadapannya itu.

‘Huh, aku dah agak dah. Mesti dia akan terpegun punya tengok aku. Dah tu, sempat lagi mengelamun kat tengah-tengah panas terik ni. Dasar perempuan betul, pantang tengok lelaki handsome macam aku ni mesti terus cair. Haih, nasib.. nasib..’ Bisik Zafuan sambil mengangkat bakul, memuji kekacakannya dan tanpa membuang masa dia terus memusingkan badannya dan berjalan terus menuju ke keretanya.

“Eh, eh.. Encik, kita tak habis bincang lagi! Encik jangan nak lari pula. Dah buat salah tu, mengaku jelah. Dasar pengecut!” Jerit Delilah berani setelah menyedari bahawa lelaki yang melanggar keretanya itu sudah melangkah masuk semula ke dalam keretanya. ‘Cis, boleh pulak kau terbuai dengan mata dia!’ bisiknya di dalam hati.

“Sorrylah miss, I’m seriously not interested to discuss more about this. Ini dah considered ok lah I tak minta you bayar ganti rugi sebab dah kemekkan kereta mahal I ni! I really have to go by now, takde maknanya I nak buang masa layan perempuan macam you ni, ok!” Balas Zafuan dengan angkuh sebelum menaikkan cermin kereta di tempat memandu dan serentak dengan itu, dia terus memecut laju, meninggalkan Delilah terkulat-kulat keseorangan di tengah panas terik. ‘Huh, padan muka. Lain kali jangan cuba berdebat dengan aku.’ Sempat lagi Zafuan menghadiahkan senyuman sinis buat Delilah melalui cermin pandang belakangnya. Namun senyumannya mati tidak lama kemudian apabila teringatkan bahagian hadapan keretanya yang sudah kemek. Kesal juga dengan sikapnya yang suka memandu melebihi had laju.

Delilah menghembus kasar nafasnya. Ingin sahaja dia menangis apabila terlihatkan kesan kemek pada bahagian hadapan keretanya ditambah pula dengan sikap kurang matang yang ditunjukkan oleh lelaki yang melanggar keretanya kerena enggan membayar ganti rugi di atas kerosakan yang dia lakukan malah terus meninggalkan dirinya keseorangan di tepi jalan. “Kesian kau, kan boyfie? Mesti sakit kena langgar..” Delilah berkata perlahan sambil mengusap-ngusap bahagian hadapan keretanya yang sudah kemek .Perlahan-lahan , dia berjalan menuju ke tempat memandu keretanya- berhasrat untuk memandu pulang ke rumah memandangkan dia masih belum lagi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Dikesat air mata yang bergenang di tubir matanya sebelum menekan perlahan pedal minyak keretanya itu.


The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now