Bab 6

185 1 0
                                    

"Beb, aku minta diri dululah. Dah nak Maghrib dah ni. Jumpa kau esok kat kelas Dr. Woo ok. Setelah hampir sejam berada di rumah milik keluarga Dahlia dan Delilah, akhirnya Zhafirah mula meminta izin untuk pulang. Dahlia yang pada mulanya keberatan akhirnya terpaksa bersetuju apabila terdengar laungan azan yang menandakan waktu Maghrib sudah pun masuk.

"Yelah yelah.. Kau jangan tak datang pulak esok. Mentang-mentanglah kereta dia rosak, terus je malas nak datang kelas." Balas Dahlia, diikuti dengan hilai tawa Zhafirah.

"Hei angah, tak nak balik ke?" Tanya Zhafirah kepada Zafuan memandangkan abangnya yang seorang itu masih lagi leka memandang ke tingkat atas. "Hah? Apa dia, Ira?" tanya Zafuan, kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh adiknya sebentar tadi.

"Haih, nampaknya lepas kena penangan kakak kau, angah aku terus automatik jadi pekak pulak. Hebat doh kakak kau wei!" Usik Zhafirah dan serentak dengan itu, kedua-dua sahabat baik itu mula meletuskan tawa mereka. "Ira.." Tegur Zafuan dengan suara yang mendatar. Geram dengan sikap adik bongsunya yang suka sangat menyakatnya.

"Ops, sorry lah angah. Ter'over' lah pulak." Balas Zhafirah sambil menutup mulut untuk menghabiskan sisa tawanya. "Dahlah wei, aku ciao dulu. Jumpa esok ok. Jangan lupa kirim salam kat parents kau ok. Oh ya, and to your pretty sister too!" sengaja dikuatkan perkataan 'sister' itu sambil memandang abangnya itu, dibalas dengan jegilan mata galak miliknya.

*

"Ira, what do you think of Dahlia's sister? Apa eh nama dia? I heard Dahlia called her Kak Del. " Tanya Zafuan sebaik sahaja keretanya melepasi kawasan perumahan Bandar Kinrara 9.

"Yeah, Kak Del nama dia. Delilah Amalin if I were not mistaken. Dia ok je, Ira tengok.” Balas Zhafirah pendek.

“Ok je?” Tanya Zafuan pelik dengan sikap adiknya yang tidak banyak cakap. Biasanya kalau diminta untuk mengomen orang, dialah yang pro.

“Ok jelah. Habis tu? Anyways angah,honestly, I do think that she's adorable. Well, maybe at first, she wasn't but I don't think that's the way she treats people around her. She looked totally different just now. Not like the first time I met her. Angahlah ni, pergi tambah kemarahan dia lagi buat apa. Tadi tak silap Ira, dia ada try nak minta maaf, tapi angah pulak terus potong ayat dia. Dah tu buat dia kena marah dengan Dahlia. Memang hot ah jadinya. Kesian dia.." Zhafirah terus menerus mem'brainwash' abangnya itu. Bukan dia tidak tahu dengan sikap abangnya yang seorang itu. Hampir dua dekad dia hidup bersama abangnya itu, takkanlah dia masih tak kenal dengan abangnya yang seorang itu.

"Dah memang salah dia. Siapa suruh dia pergi sepak kereta kesayangan angah ni." Zafuan terus-terusan mencuba untuk memenangkan dirinya walaupun ada juga kebenaran yang terselit di dalam kata-kata adiknya tadi. Sedikit sebanyak, perasaan bersalah terhadap Delilah mula menguasai hatinya.

"Ah angah, Ira tahu lah perangai angah macam mana. Dah lah suka menyakat orang. Sombong. Keras kepala. Selalu fikir bagus. Ingat Ira tak tahu ke, ngah?" Zafirah segera membidas kata-kata angahnya itu. Mana mungkin dia akan memenangkan perangai abangnya yang tak serupa manusia itu.

"Yelah, yelah. Angah jelah yang jahat. Semua sikap yang buruk-buruk semua ada pada angahkan. Angah mengaku tu, Ira.."Suasana di antara mereka mulai sunyi sebaik sahaja Zafuan menghabiskan ayatnya. "Tapi kan Ira, I think I'm into her lah dik. I seriously have never met any girls like her before. Berani sangat. Hari tu pun masa angah terlanggar kereta dia, bukan main berani dia lawan angah. Tapi Ira tahulah perangai angah macam mana. I did something terrible towards her .I told her that I didn't want to be responsible with the damage I've caused to her car, not even wanted to pay any cents to her, and without saying sorry, I just left her under the hot sun all alone. Kesian kan dia?". Selesai sahaja dia menceritakan apa yang berlaku diantara dia dan Delilah, kepalanya rasa seperti diketuk orang, serentak dengan itu, dia menoleh ke sebelah memandang tajam Zhafirah yang berada disebelahnya. "Why did you knock my head?" Soalnya kepada Zhafirah.

"Memang patut kena ketuk dari dulu lagi. You deserved it, angah. Kalau Ira jadi kak Del tu, dah lama Ira sepak-sepak angah ni." Balas Zhafirah tanpa rasa bersalah.

"Yeah, yeah whatever." Zafuan yang pada mulanya ingin marah, tidak jadi meletuskan api kemarahannya sebaik sahaja nama Delilah keluar dari mulut adik bongsunya itu.

"Delilah Amalin.." Sebaris nama itu disebutnya perlahan, bimbang sekiranya adiknya yang kepoh itu terdengar apa yang terpacul keluar dari mulutnya itu. Perlahan-lahan diukir senyuman di bibirnya sambil memandu kereta BMW putih kesayangannya itu tanpa menyedari bahawa perlakuannya itu sebenarnya diperhatikan oleh Zhafirah melalui hujung matanya.


The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now