Bab 13

145 4 1
                                    

"Kak Del, kenapa nampak kurus sangat ni? Dua hari lepas rasanya pipi ni masih labuh lagi.. hmm?" Dicubit kuat pipi kakak kesayangannya itu. Ralit matanya memerhatikan wajah kakaknya itu. Pucat semacam. Bibir yang selalunya merah merekah itu kelihatan sangat pucat dan penuh dengan keruping. 'Ish rasa macam nak cabut je keruping-keruping tu'.

"Hah betul ke, Lia? Kak Del nampak kurus ehhh?" Balasnya gembira. Nampaknya ubat kurus yang dibelinya itu membuahkan hasil. Tak sia-sia dia membelanjakan RMXX untuk ubat itu. 'Mesti Damien akan terkejut tengok aku hari Sabtu ni!"

Dipandang wajah gembira kakaknya itu. Pelik dengan kelakuannya itu. "Ye, Kak Del nampak kurus. Tapi muka akak nampak pucat. Pucat sangat macam Zombie dalam cerita The Walking Dead tu." Balas Dahlia dengan nada yang risau. "Kak Del ada buat apa-apa ke? Diet eh?" Soalnya lagi.

"Eh mana ada. Kak Del takde buat apa apa pun. Mungkin akak stress kot banyak kerja kat office. Alah, Alia tak yah risau lah.. I'm fine." Diukir senyuman paling manis buat adik bongsunya itu. No, aku tak boleh bagitahu dia. Kalau tak, mampus aku minah kecik ni membebel boleh kalah nenek kebayan.

"Kak Del tipu kan?" Dahlia memandang tepat ke anak mata Delilah. Cuba mencari kebenaran disebalik ayat ayat yang diucapkan oleh kakaknya itu.

"Taklah. Mana ada akak tipu. Ok ok akak ada kerja. Gerak lu babe." Segera Delilah meninggalkan adiknya itu. Diatur laju langkahnya menuju ke biliknya ditingkat atas.

Dahlia mengeluh perlahan. Dia tahu kakaknya itu menipu. Tapi kenapa perlu menipu? Dia bukannya budak kecil lagi. Apa apa pun, semoga Kak Del tak apa-apa.

*****

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Dikenakan sehelai blouse berwarna navy blue dipadankan dengan seluar jeans berwarna cream dan shawl Nluxe in Eclair keluaran TudungPeople. Dicalit bibir plumpnya itu dengan warna Brink dari Colourpop dan ditepek halus bedak baby johnson ke mukanya.

Ditilik penampilannya dihadapan cermin solek dipenjuru biliknya itu. Perlahan-lahan bibirnya mengoyakkan senyuman yang puas. Ya, dia puas. Sangat puas akan penampilannya yang baharu. 'Pasti Damien akan terkejut gila tengok aku hari ni!' Gelaknya sendirian.

Ah cakap pasal Damien, dia sendiri tak tahu mengapa hatinya seakan-akan kembali senang akan kehadiran lelaki itu. Entah kenapa hatinya kembali menyukai teman baiknya semasa zaman persekolahannya itu.

Damien yang chubby.
Damien yang penyayang.
Damien yang pemalu.
Walaupun Damien seorang yang pemalu, pantang baginya jika ada rakan mereka yang mempersendakan tubuh badan Delilah.

Ah, macam mana lah Delilah boleh tak cair kalau setiap kali dia dibuli, pasti ada hero yang akan datang menyelamatkan keadaan. Dan yang pasti, senyuman yang paling manis bergula-gula dari Damien pasti akan terukir buatnya.

Dia fikir, 8 tahun tempoh perpisahan mereka berdua berjaya membuatkan dia melupakan jejaka itu.
Ya, dia berjaya.
Tapi munculnya Damien 3 bulan yang lepas kembali membuatkan hatinya yang damai berombak kasar.
Seperti ada bahtera yang berlabuh di pelabuhan hatinya.

Tapi Damien yang sekarang bukanlah seperti Damien yang dahulu.
Damien yang sekarang gemar mengusik.
Gemar menyakat.
Dan...
Semakin matang.
Delilah tersenyum lagi.

Fikirannya sudah mulai jauh melayang. Semua kenangan mereka dahulu perlahan-lahan terlayar di benak matanya.
Ah, masakan dia boleh lupa.
Damien itu cinta pertamanya.
Cinta pertama yang rahsia.
Tiada sesiapa mengetahui akan perasaannya itu.

Delilah mula mengeluh perlahan.
Apakah Damien juga suka akannya?
Atau, Damien hanya menganggapnya sebagai kawan baik sahaja?
Atau lebih malang, sebagai seorang kenalan lama sahaja?
Tak lebih dari itu.

Perlahan-lahan dia mendekati cermin solek dihadapannya itu. Ditenung lama wajahnya.
Dia sedar, dia taklah cantik mana.
Cantik lagi Dahlia adiknya itu.
Badan pun, tak kurus mana.
Ni pun kurus sedikit sebab makan ubat kurus.
Hailah Delilah, kalau mama papa tahu kau makan ubat tu, hmm..

Lamunannya terhenti apabila telefonnya menjerit-jerit minta dijawab. 'Pasti Damien.' Jeritnya dalam hati.

Langkahnya dipercepatkan menuju ke katil. Baru sahaja tanggannya ingin mencapai, panggilan tersebut terhenti.
Satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali terpampang pada skrin telefonnya itu.

'Siapa ni? Ah biarlah. Emak pesan jangan angkat calls dari strangers' bicaranya sendirian.

Telefonnya dilempar perlahan ke atas katil. Dilabuhkan punggungnya ke atas katil. Dikilas anak matanya ke arah jam dinding di sebelah tv. Lagi 5 minit pukul 11.
Damien janji pukul 11 pagi dia sampai.

Baru sahaja dia ingin merebahkan badannya ke atas katil, telefonnya sekali lagi menjerit-jerit meminta perhatiannya. Dicapai telefonnya untuk mengetahu siapakah gerangan yang menelefonnya itu.

"DAMIEN!" Delilah terjerit perlahan. Pantas dia berdiri tegak sebelum menjawab panggilan dari lelaki kesayangannya itu.

"Hello. Ye. Dah siap pun. What? Dah sampai? Okay okay, I'll be down soon. Bye." Lantas kakinya melangkah laju mencapai beg tangannya.

Diturunnya anak tangga dengan tergopoh -gapah. 'Haih, kenapa rasa macam jauh je tingkat bawah dari bilik aku ni. Ah lompat je lah.' Segera dia melompat beberapa anak tangga demi mempercepatkan langkahnya. Namun pergerakannya itu terhenti di tengah-tengah tangga apabila terlihatkan 3 pasang mata sedang galak memerhatikannya.

"Oh shit!" Dia menggumam perlahan. Damien yang sedang ralat memerhatikannya mulai mengeluarkan tawa diikuti dengan abahnya. Hanya Puan Adelia yang masih memerhatikannya dengan mata yang membulat. Seakan-akan memberi signal 'you're dead, young lady..'

Digaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal disebalik selendang yang dipakainya. Perlahan-lahan kakinya menapak turun anak-anak tangga yang masih berbaki. Ah merah padam wajahnya menahan malu. Ditundukkan kepalanya sambil melangkah perlahan menuju ke ruang tamu yang menempatkan 3 gerangan yang sedari tadi memerhatikannya.

Emaknya dipandang sekilas. 'Damien dan abah, urgh pleaselah move on. Jangan lah gelakkan aku lagi.' Bisiknya di dalam hati. Malu tak payah cakap lah. Kalau tahu Damien ada kat dalam rumah, pasti dia akan turun seperti seorang puteri dari kayangan. Ah Delilah, hipokritnya engkau.

"Okay Damien. Jaga anak uncle baik-baik tau." Tuan Dazrin yang baru sahaja berhenti ketawa memberikan amanat buat Damien.

"Baik uncle. Saya akan jaga Delilah lebih dari saya jaga diri saya sendiri." Balasnya sambil memandang ke arah Delilah. Diukir senyuman buat Tuan Dazrin dan Puan Adelia yang juga sedang memerhatikan Delilah.

"Thanks. Dah jom gerak." Lantas Delilah menyalami emak dan abahnya.

"Jangan balik lewat-lewat sangat. Awak tu anak dara tahu." Puan Adelia memberi  sedikit ceramah. Risau sebenarnya melihat Delilah yang kelihatan sedikit cengkung berbanding beberapa hari yang lepas. Hatinya digaru kerisauan. Mana taknya, baru sahaja dia dan abah ke Johor beberapa hari, kepulangan mereka pada pagi ini disambut oleh anak-anaknya dengan keadaan Delilah yang 90° berbeza dari sebelumnya. Matanya mengekori langkah kedua-dua anak muda dihadapannya itu.

Dirapati tubuh suaminya yang berdiri di muka pintu memerhatikan pemergian Delilah. Ya, dia tahu. Suaminya itu juga risau akan keadaan Delilah. Namun, kerisauan itu tidak sekuat apa yang dia rasakan. Ah, bukan suaminya yang mengandungkan Delilah, Daniel dan Dahlia. Lengan kekar Tuan Dazrin dipeluknya erat. Kepalanya dilentokkan kebahu suaminya. Cuba untuk mengalirkan rasa yang dialaminya itu.

"Just hope that she is doing fine.." bisik Tuan Dazrin perlahan seakan-akan ada telepati yang berhubung diantara mereka berdua. Biarpun tiada perbualan lisan diantara mereka, dia faham akan rasa yang bergelodak di dalam hati isterinya itu. Dipandang wajah yang sudah 28 tahun menjadi cinta hatinya.Biarpun sudah agak berumur, namun wajah itu sentiasa menjadi igauannya setiap masa.

"Saya pun harap begitu.." balas Puan Adelia sambil menutup pintu grill sebelum lengannya ditarik perlahan oleh Tuan Dazrin menuju ke dapur.

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now