Bab 4

207 4 0
                                    

“Ya Allah! Macam mana aku boleh terlewat bangun ni?” Mengelupur Delilah bangun apabila matanya terlihatkan jarum pendek jam berwarna hijau yang tergantung di dinding biliknya sudah menunjukkan angka 9, tanpa membuang masa, dia terus berlari menuju ke bilik air yang terletak di sudut kanan biliknya namun malang tidak berbau, dia terpijak gumpalan baju miliknya yang terletak elok di atas lantai; mengakibatkannya jatuh tersembam ke atas lantai.

                “Adoi! Apalah malang sangat nasib aku pagi ni..” Delilah merungut sambil mengusap-ngusap batang hidungnya yang sudah kemerah-merahan akibat tersembam ke atas lantai. Perlahan-lahan dia bangkit dan menuju ke bilik air memandangkan dia sudah terlewat ke tempat kerja.

                                                                                                *

                Delilah memecut laju Land Rover Defender kesayangannya yang sudah 3 minggu keluar dari bengkel akibat dilanggar lelaki tak guna yang tidak mahu mengaku salah sebulan yang lalu dan tidak sampai 20 minit memandu, dia akhirnya selamat tiba di perkarangan wisma Zakir  yang terletak kira-kira 24 kilometer dari rumahnya. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari keretanya, telefon bimbitnya mula ‘menyanyikan’ lagu Human dendangan Christina Perri meminta Delilah menerima panggilan itu. ‘Huh, nombor siapa ni?’ Delilah ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu namun belum sempat dia mengangkat panggilan itu, penelefon asing itu sudah mematikan panggilan. ‘Hmm, biarlah.. Mungkin dia tersalah call kot.’ Ucapnya sendirian. Kakinya terus dihalakan ke pintu masuk wisma setinggi 20 tingkat itu. “Hmm, matilah aku hari ni, tak pernah-pernah lambat sebelum ni, tiba-tiba hari ni pulak lambat masuk pejabat. Minta-minta bos takde hari ni. Aamiin.” Gumamnya sendirian.

                Tanpa membuang masa, dia terus memboloskan dirinya ke dalam lif memandangkan pintu lif itu sudah terbuka tanpa sempat dia menekan butang lif yang terdapat di tepi lif itu. Delilah mengukirkan senyuman buat beberapa orang pekerja yang terdapat di dalam lif itu sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke dalam ruangan tersebut. Dia kemudiannya menekan butang bernombor 13 memandangkan pejabatnya terletak di tingkat itu.

                “Selamat pagi, Cik Amalin! Awal giler cik datang hari ini?” Ucap Humairah, salah seorang arkitek di syarikat Zakir Constructions Sdn. Bhd yang juga merangkap  kawan baiknya sejak dari sekolah menengah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke bilik yang dikhaskan untuknya. “Awal sangat ke? Aku ingat aku dah terlambat? Awal lagi rupanya.. Sejak bila Datuk Syamil tukar waktu pejabat ni?” Balas Delilah sambil melihat waktu di jam tangannya. Sengaja dia berbuat demikian untuk mengenakan kawan baiknya itu.

                “Hoi! Awat kau ni lurus sangat? Aku perli kau lah, cik Amalin oi.”Humairah membalas sambil mencekak pinggang rampingnya. “Haa, asal kau lambat masuk office hari ni? Eh, cakap pasal Datuk Syamil kan,  tadi dia ada tanya pasal kau. Puas dia cari kau tak jumpa-jumpa, katanya nak kenalkan kau dengan bakal bos baru kita. Encik.. Encik.. Apa eh nama bos baru tu?” Humairah mula mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serius, dia lupa dengan nama lelaki yang baru sahaja memperkenalkan dirinya kepada semua orang di pejabat itu beberapa jam yang lalu.

                “Kau tanya aku, macamlah aku tahu, cik kak oi. ”Delilah menjegilkan matanya kepada Humairah, geram dengan sikap kawannya yang kuat pelupa itu. “Haa!! Nama bos baru kita tu, tak salah aku, Zharif. Haa, Encik Zharif. Aku tak ingat nama belakang dia apa.” Apabila terlihatkan jegilan mata Delilah, serta-merta dia teringat akan nama bos baru mereka itu. “Eh, apa kau cakap tadi? Bos baru? Maksud kau, Datuk Syamil dah jumpa pengganti untuk jawatan dia tu?” Tanya Delilah dengan muka terkejut.  “Yeap, tak salah aku dia cakap Encik Zharif tu anak saudara dia. Alah, lagipun Encik  Zharif tu kan anak pemilik wisma ni, Datuk Zakir. Kau tahu tak, Encik Zharif tu handsome gila. Aku yang susah nak ‘cair’ ni pun, boleh ‘tercair’ jap tadi. Hihihi” Terang Humairah bersungguh-sungguh.

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now