Bab 8

144 3 1
                                    

"KAK DEL! CEPATLAH!" Jerit Dahlia memecahkan lamunan sang kakak yang sibuk membelek labuci yang dijahit pada maxi hitam itu. 'RM289. Mahalnya..' Bisiknya di dalam hati sebelum mengejar langkah si adik yang sudah 80 meter di hadapannya.

"What's up? Tak malu ke jerit jerit kat sini?" Telinga adiknya disebalik selendang berwarna gold itu ditarik perlahan. Perlahan. Tapi menyakitkan.

"Auch! Sakitlah ngok! Akak buat apa lama sangat tengok baju tu? Ni perut ni dah menari raver dah. Jom pergi makan. Alia laparlah." Perutnya yang sedikit buncit itu ditepuk perlahan. Dan kemudiannya ditepuk banyak kali. 'Wah, ada bakat untuk jadi tabla lah?' Gelaknya perlahan.

"Hmm jomlah.. It's on you, okay?"

"Okay."

Langkah diatur menuju ke restoran kegemaran mereka iaitu McDonald. Entah. Sejak dari kecil mereka dibiasakan oleh kedua ibu bapa mereka dengan fast food. Maka bila dah membesar ni, jadi addicted pulak. As if macam dah takde benda lain je lagi yang boleh dimakan. "Lia, akak nak Double Spicy McChicken dengan air Milo no ice please." Pesannya sebaik sahaja kaki mereka menapak masuk ke dalam restoran makanan segera itu. Matanya kemudian meliar mencari tempat duduk yang kosong. Macam penuh je hari ni. Lupa pulak yang hari ni hari Sabtu. Memang confirm lah ramai orang melepaskan stress kat sini. 'Ah, ada pun tempat kosong!' Dengan laju, Delilah memasang langkah menuju ke sebuah meja yang baru sahaja dikosongkan oleh sekumpulan remaja India.

'Alhamdulillah. Dapat pun duduk.' Baru sahaja punggungnya hampir mencecah kerusi, lengannya tiba tiba ditarik kasar. Dengan pantas dia menepis sebelum memandang tajam ke arah gerangan yang menarik lengannya sebentar tadi.

"KAU!!!" Decitnya perlahan. Giginya diketap kuat menahan sabar. Tanggannya digenggam kuat sehingga mengigil-gigil. Sungguh, gerangan yang berada di hadapannya itu tidak habis-habis menguji kesabaran seorang Delilah Amalin.

"Yes. It's me! Why?" Balas jejaka itu dengan muka yang sengaja di maniskan. Bukan dia tidak tahu singa betina dihadapannya itu sedang menahan sabar. Memang menempah maut betullah.

"Kau ni apahal? Kau tak nampak ke aku tengah nak duduk? Kau ni memang suka cari masalah eh?" Matanya tajam menikam sepasang mata berwarna coklat gelap di hadapannya itu. 'Eii mamat ni, memang cari nahas betullah. Oh God, kenapalah dalam ribuan manusia yang ada kat sini, kenapa dia juga yang aku jumpa?'

"Aku cari masalah? Kau ke aku yang cari masalah? Tempat ni aku yang punya!" Zafuan membalas perlahan. Namun cukup jelas di halwa telinga Delilah.

"Eh, apa hal pulak tempat ni kau yang punya? Aku yang duduk dulu jadi meja ni aku lah yang punya!" Delilah sudah mula bercekak pinggang. Sabar Delilah, sabar. Mamat ni memang tak cukup akal. Sabar.. Fuh sabar... Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin. Nasib tak pecah je ribcage yang melindungi kedua-dua parunya.

"Aku nampak dulu meja ni kosong. Yang kau tiba tiba datang terus duduk ni kenapa? Tak tahu adab ke hmm perempuan?" Sengaja dia membalas sebegitu. Entah, makin menebal kesabaran gadis dihadapannya itu, makin galak pula dia ingin menyakat. Seakan itu hobi barunya. 'Ya, aku yakin aku memang dah tersuka kat singa betina ni.' Gelaknya di dalam hati.

"Wh.. Whaat? Such a childish remark my dear. Aku kau kata takde adab? Hei, otak kau letak mana haa bro?" Balas Delilah kasar. Memang kali ni, dia janji dia takkan sesekali izinkan jejaka yang berada di hadapannya itu menang. Tak akan! Baru sahaja Zafuan ingin membalas, tiba-tiba..

"Kak Del!"
"Angah!"

Dengan pantas keduanya memandang ke arah dua orang gadis yang sedang menatang dulang penuh dengan makanan berjalan ke arah mereka berdua.

"What are you both doing? Tak malu ke jadi macam budak kecik? Tengok semua orang pandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"What are you both doing? Tak malu ke jadi macam budak kecik? Tengok semua orang pandang." Serentak dengan itu Delilah dan Zafuan bagaikan tersedar bahawa mereka sedang menjadi tontonan awam. Serta-merta darah merah menyerbu muka bujur sirih si Delilah. Dan Zafuan pula terbatuk-batuk kontrol macho.

"Dah dah. Jom duduk sekali. Jom Ira." Dengan pantas Dahlia meletakkan dulang makanan itu ke atas meja sebelum duduk di salah satu kerusi kosong yang terdapat di situ. Serentak itu juga Zhafirah meletakkan dulang tersebut dan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Dahlia.

"Kak Del, duduk lah. Kang lama-lama sejuk burger Kak Del ni." Pinta Dahlia sebelum menadah tangan untuk membaca doa makan. Dengan pantas Delilah mengambil tempat kosong di sebelah Dahlia. 'Ah biarlah lah apa nak jadi dengan mamat tu. Yang penting perut aku berisi.' Getusnya di dalam hati sebelum mengambil burger kegemarannya itu.

"Haa Angah, duduklah. Yang tercegat kat situ lagi buat apa?" Sergah Zhafirah yang sedari tadi memerhatikan gelagat abangnya itu.

"What? Ira nak suruh Angah duduk depan singa betina ni? No way!" Degusnya kasar.

"Okay fine. Kalau kau tak nak duduk, then makan lah berdiri sorang-sorang. I won't move an inch just to give you enough pleasure to have your meal, mister." Usai berkata sedemikian, Delilah terus mengigit burgernya tanpa menghiraukan pandangan jejaka di hadapannya itu.

"Haa tengok tu, Ira. Dahlah garang. Makan pun terus melahap macam tu. Tak baca doa makan pulak tu..." Sengaja Zafuan memprovok gadis yang sudah mulai tenang itu.

Serentak itu kedengaran Delilah terbatuk-batuk. Perit rasa tekaknya. Serentak itu, Dahlia menghulurkan air Milo sebelum diteguk laju oleh Delilah.

"Eh, you better eat now. Don't bother me. Menyakitkan hati betullah.." Bebel Delilah sebaik sahaja kembali mendapat nafas.

Tanpa membuang masa, Zafuan menarik kerusi kosong di sebelah Zharifah, yang juga dihadapan Delilah. Penat rasanya bergaduh guna mulut ni. Isi peha ayam spicy yang dipesannya itu dicubit perlahan sambil matanya tidak lepas memandang wajah manis di hadapannya itu. 'Hailah Delilah, tengah makan pun, comel tu masih ada. Dengan sos cili kat bawah lubang hidung.. Oh Delilah..' Lamun Zafuan sendirian.

Zharifah yang sedari tadi memerhatikan gerak geri abangnya segera memecahkan suasana sunyi sepi diantara mereka berempat."Beb, lepas ni aku dengan Angah nak main ice skating. Korang nak join tak?" Pelawa dengan penuh teruja. Ya dia sungguh teruja kerana sudah hampir setahun dia tidak meluncur di atas ice rink. Rindunya..

"Waaa.. Nak! Nak! Kak Del, jom join diorang." Balas Dahlia keriangan.

"Hahaha takpelah, korang main jelah ice skating bertiga. Akak nak pergi Popular" Delilah menolak perlahan. 'Ice skating? No way. Kang keluar pulak berita ice rink Sunway Pyramid pecah dek kerana seorang gadis berjatuh ketika bermain. Aku bukannya pandai main ice skating pun..' bisiknya di dalam hati.

"Hmm, kalau tak tahu tu, cakap jelah tak tahu.. Nak acah acah pergi Popular konon. Pigidah!" Provok Zafuan lagi yang sedari tadi mendengar perbualan gadis gadis disekelilingnya itu.

"Hei siapa cakap aku takut? Okay, aku join korang main. Baru kau tahu siapa aku ni. Aku pro bab bab ice skating ni tahu!" Sebaik sahaja dia mengucapkan ayat tersebut, timbul rasa menyesal di dalam hatinya. 'Ah habislah aku..'


"Okay okay. Jom. Korang pun dah habis makan kan? Gerak sekarang jom." Ajak Zafuan bersemangat. 'Heh, ingat aku tak tahu ke trick kau singa betina oi..' senyumnya sendirian sebelum melangkah keluar dari McDonald disusuli oleh tiga gadis di belakangnya.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Hey lovelies,
Sorry for the very late update.
Harap awak awak enjoy baca chapter kali ini. I ain't sure when will I update the next chapter, tapi I will try to continue as long as ada idea datang mencurah-curah.
Jangan lupa komen dan vote, okay?

xoxo,
BP.

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now