Bab 14

38 0 0
                                    

Sedari tadi suasana di dalam kereta milik Damien sepi sahaja. Yang kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin yang dipasang pada kelajuan kedua. 10 minit berlalu dan masih tiada perbualan di antara mereka berdua. Wajah Delilah di sisinya dijeling sekilas sebelum kembali fokus ke pemanduannya. Dilihatnya Delilah hanya menunduk memandang jari sambil membelek-belek kukunya.

" Urm.. Hi?" Sapa Damien perlahan sebaik sahaja keretanya berhenti di lampu isyarat. Awkward rasanya berdua-duaan dengan sang pujaan hati di dalam kereta. Wajah Delilah dipandangnya. Dan baru dia perasan yang wajah itu agak pucat dan berpeluh. "Are you okay, Delilah?" Tanyanya lagi. Risau pula dia melihat raut wajah di sisinya itu.

"Hah? Apa dia? " Wajah Damien di sebelahnya dipandang sekilas. Sumpah dia tak dengar apa Damien cakap tadi.

Damien berdehem perlahan. Agak pelik dengan kelakuan Delilah hari ini. Tak macam beberapa bulan yang lepas. Delilah yang ini nampak awkward dan hmm.. pemalu. "Aku tanya kau apa khabar.. "Jawabnya dengan jelas.

"Fine. Fine. I'm fine. Kenapa?" Balas Delilah agak kalut. Titisan peluh halus di dahinya dilap laju menggunakan lengan bajunya. Entah kenapa, badannya seakan-akan terasa berbahang walhal penghawa dingin dipasang kuat. Ditoleh kepalanya menghadap Damien yang sedari tadi memandangnya.

"You're sweating. Kau tak sihat ke Del? If yes, I don't mind if we have to postpone our date in other days." Wajah Delilah dipandang dengan riak risau. Ya, Delilah yang dipujanya itu kelihatan agak berlainan dari 3 bulan yang lalu. Delilah yang berada di hadapannya ini kelihatan lebih menawan, lebih kurus sedikit tapi agak pucat. Jujur sekali dia sangat risau akan keadaan Delilah sekarang ini. Dahlah abah dia suruh aku jaga dia, adoii.

"Hah? Date? Are we on a date sekarang ni?" Terkejut Delilah dengan apa yang meniti keluar dari dua ulas bibir itu. 'Date? Aku dengan Damien tengah dating? Yahooo!!' Jeritnya di dalam hati. Senyuman mekar mula terukir perlahan di wajahnya. Entah mengapa tiba-tiba wajahnya terasa panas. Rasa malu mula menyerbu ke wajahnya.

Hati Damien bagai dicuit-cuit kegelian melihat kelakuan Delilah. "Del, do you know that you're blushing right now? Your face is as red as the chili pepper. Comel tahu tak!" Usiknya sambil tersenyum. "But, you don't seem like you're feeling well. Should I bring you to the nearest clinic?" Tambahnya lagi.

Delilah yang tersipu-sipu malu akibat dipuji sebegitu rupa oleh Damien segera melihat wajahnya melalui bedak compact yang dibawanya. Ya, wajahnya kelihatan sangat pucat. Walaupun sudah ditepek nipis dengan bedak baby johnson sebentar tadi, wajahnya masih kelihatan agak pucat. Dipandangnya Damien. "Aku okay je. Muka pucat sebab letih tak cukup tidur ni." Balasnya bersungguh-sungguh untuk menyedapkan hati Damien. 'Gila kau, memang tak ah aku nak cancel my first date dengan Damien.' Bicaranya di dalam hati.

"Okay. Okay. So kita nak pergi mana ni? Pergi Sunway Pyramid boleh?" Tanya Damien sambil meminta persetujuan daripada Delilah.

Sunway Pyramid? Damn.
Serta-merta terimbau jelas peristiwa dia dipeluk oleh si Hantu Panjang tak guna tu. Hish mati stim ah.. Tapi, kat Sunway Pyramid tu ada macam-macam. Boleh shopping, skating dan.. hi hi.. dating dengan Damien. Delilah tersenyum kecil. Dipandang wajah kacak Damien yang sedang fokus memandu. Perlahan-lahan matanya melorot jatuh ke sepasang tangan kekar yang berada di stereng kereta.

'Wow.. berurat siot.' Delilah menelan air liurnya. Ah pantang sekali kalau Delilah dan Humairah terjumpa lelaki sado ni. Lagi-lagi yang berurat segak macam jejaka disebelahnya ini. 'Ini kalau Humairah tahu aku pergi dating dengan mamat sado ni, mesti dia jeles. Hahahah.' Gelak Delilah sendirian tanpa menyedari bahawa tawanya itu menghasilkan bunyi.

"Kenapa Del?" Damien melontarkan soalan. Pelik dengan perangai Delilah hari ini yang sememangnya berbeza dengan Delilah 3 bulan yang lepas. Ah, people change.

"Haa? Kenapa apa?" Serentak itu tawanya mati. Dipandang wajah jejaka disebelahnya itu. 'Eh takkan lah dia dengar aku gelak kot?'

"You chuckled just now. Mind sharing it with me?" Delilah disebelahnya dipandang melalui ekor matanya.

"Aku gelak eh? Takde apa lah. Tetiba teringat something funny. Kita pergi Sunway Pyramid je lah." dalihnya perlahan. Dapat dirasakan kedua pipinya mulai berasa panas dan bertukar warna.

Delilah berdoa di dalam hati agar mereka berdua cepat sampai ke destinasi mereka berdua. Dibuang pandangannya ke luar tingkap. 'Eh, dah sampai..' bisiknya di dalam hati apabila kereta Damien sudah mulai memasuki ruangan parking. Dipandangnya Damien di sebelahnya.

"Erk, dah berapa lama kau pandang aku macam tu? " Soalnya apabila dia menolah ke arah Damien.

"Quite a while.. Aku panggil engkau banyak kali but you were not responding, so..." Ayatnya terhenti. Hanya sengihan ala romeo menghiasi wajahnya. Oh please Damien, jangan senyum macam tu. Tak tahu ke hati seorang Delilah sedang mencair sekarang ni. Tanpa menunggu lama, dia segera keluar dari perut kereta sebaik sahaja Damien membuka kunci kereta. Lagi lama dia duduk dalam kereta, lagi banyak benda memalukan yang akan dilakukannya.

"Del, kita nak buat apa dulu ni? Tengok wayang atau makan dulu?" Tanya Damien sambil memandang ke arah gadis kesayangannya itu. Serius, dia risau melihat keadaan Delilah sekarang ini. Biarpun sudah banyak kali Delilah menyatakan bahawa dia tidak apa-apa, tapi hati kecilnya tetap merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Delilah.

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now