Bab 5

206 4 0
                                    

When the rain is blowing in your face
And the whole world is on your case
I could offer you a warm embrace
To make you feel my love

When the evening shadows and the stars appear
And there is no one there to dry your tears
I could hold you for a million years
To make you feel my love

I've known it from the time we met
that I would never do you wrong
even though we both had some regrets
no doubt in my mind were you belong

I'd go hungry, I'd go black and blue
I'd go crawling down the avenue
No, there's nothing that I wouldn't do
To make you feel my love

The storms are raging on the rolling sea
And on the highway of regret
The winds of change are blowing wild and free
You ain't seen nothing like me yet

I could make you happy, make your dreams come true
Nothing that I wouldn't do
Go to the ends of the Earth for you
To make you feel my love

To make you feel my love..

                Mulut Delilah masih setia men’sumbang’kan lagu ‘Make You Feel My Love’ nyanyian Adele, penyanyi kelahiran British kegemarannya yang di mainkan di corong radio keretanya. Hatinya masih  terasa gembira kerana sempat menghantar lukisan yang sempat disiapkannya tadi. Tak sia-sia dia berjaga malam sehingga pukul 4 pagi. Keretanya dipandu dengan kelajuan sederhana menuju ke rumah keluarganya yang terletak di Bandar Kinrara. Setelah hampir sejam memandu, akhirnya dia selamat sampai di kawasan perumahan Bandar Kinrara 9 yang menempatkan rumah banglo keluarganya itu.

            Niatnya untuk memarkir keretanya di perkarangan rumahnya dibatalkan apabila dia terlihat sebuah kereta telah diparkir dihadapan pintu pagar rumahnya, sekaligus menghalang niatnya untuk memandu keretanya masuk ke dalam kawasan perkarangan rumahnya. "Mungkin kawan emak datang rumah kot." Delilah bercakap sendirian, cuba untuk menyedapkan hatinya yang sedang dilanda kegeraman lalu diparkir kereta kesayangannya itu di seberang jalan di hadapan rumah banglo keluarganya itu.

Setelah memastikan tiada barang miliknya tertinggal di dalam kereta, dia segera mengunci pintu keretanya itu. Langkahnya segera diatur untuk menyeberangi jalan yang berhadapan dengan rumah keluarganya itu namun baru sahaja beberapa langkah dia menapak, hatinya yang sudah sejuk kembali menjadi panas apabila terlihatkan kereta keluaran BMW  yang terparkir kemas di hadapan rumahnya itu. "Macam kenal je kereta ni? " bisik Delilah perlahan. Perlahan-lahan dia teringat akan kereta BMW putih milik lelaki yang melanggar keretanya tempoh hari. 'Jap jap, baik aku check dulu nombor plat kereta ni. Mana tahu ini kereta orang lain ke apa, kang buat malu je.' fikirnya sebelum membaca nombor pendaftaran yang tertera di plat plastik kereta itu. "SAH! Memang kereta lelaki tu!' Delilah mula berasa marah dan tanpa berfikir panjang, dia menyepak bahagian boot kereta BMW itu dengan sekuat hati. Serentak dengan itu, alat penggera yang di pasang pada kereta itu mula berbunyi, menjerit-jerit memanggil tuannya. 'Huh, padan muka!' Delilah menyilangkan kedua-dua belah tangannya sambil tersenyum puas tanda kemenangan. Tidak diendahkan rasa sakit yang bertandang di kakinya itu.

"HOI!" Senyuman yang terukir di bibir Delilah mati apabila dia terdengar suara sesorang menjerit dari pintu rumahnya serentak dengan itu, matanya dilarikan ke arah gerangan yang baru sahaja tergolong dalam golongan yang menyumbang ke arah pencemaran bunyi. 'Alamak! Apa aku nak buat ni. Haih Del, yang kau ni pun, kot ye pun marah dengan owner kereta ni, yang kau pergi sepak kereta dia kenapa.' Delilah yang baru sahaja tersedar sudah mula menggelabah sambil mengutuk dirinya sendiri, namun dikawal perlakuannya itu sebaik yang boleh agar tidak di kesan oleh lelaki yang berdiri di hadapannya itu.

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now