Bab 15

71 0 0
                                    

Langkah kaki mereka diatur menuju ke TGV cinema yang terletak di CP2 bangunan Sunway Pyramid itu. Baru setapak kaki Delilah melangkah ke satu anak tangga eskalator, kepalanya terasa berat tiba-tiba. Seolah-olah dunia di sekitarnya sedang berpusing laju. Dipegang erat handle eskalator itu. Damien disebelahnya tidak dihiraukan, bunyi hiruk piruk di sekelilingnya terasa sangat mengganggu. Dikelip-kelipkan matanya beberapa kali pabila dirasakan penglihatannya sangat kabur walaupun dia sedang memakai cermin mata. Delilah sudah mula cuak. Jantungnya bedetak kencang seakan-akan mahu melompat keluar dari ribcage.

Dipanggil nama Damien perlahan sebelum dunianya gelap tiba-tiba. Damien menoleh laju ke arah Delilah sebaik sahaja dia terdengar namanya dipanggil sepi. Dilihatnya wajah Delilah yang sedang menahan kesakitan. Baru saja dia hendak menanyakan keadaan Delilah, tiba tiba Delilah melorot jatuh ditengah-tengah eskalator. Tanpa membuang masa, Damien segera memeluk erat badan Delilah agar kepala gadis kesayangannya itu tidak terhantuk di anak tangga eskalator.

Damien mula kaget melihatkan Delilah tidak sedarkan diri. Ditampar perlahan pipi Delilah agar gadis itu sedar, namun usahanya gagal. "Help me! She's fainting!" Jerit Damien kuat. Peluh di dahinya dibiarkan meleleh tanpa henti. Sumpah, hatinya sungguh risau melihatkan keadaan Delilah sekarang. Seluruh wajahnya pucat, tanggannya menjadi sejuk bak bongkah ais. Debaran di hatinya kian terasa. Sebaik sahaja kakinya menjejaki tingkat yang ditujui, dia segera membaringkan Delilah di bangku yang terdekat. Orang ramai mula mengerumuni mereka membuatkan Damien bertambah panik.

"Someone, please call the ambulance. Pleaseee!" Air mata jantannya mula mengalir. Dipandang wajah Delilah cuak sambil tangannya memegang erat jari jemari Delilah yang sejuk.

"I dah call 999. Kita tunggu dulu. Sesiapa ada air suam? Mungkin kita boleh basahkan dulu mula cik ini." Balas seorang pemuda di sebelahnya. Damien bersetuju namun usaha mereka itu gagal. Delilah tetap kaku, nafasnya juga seakan tersekat-sekat dan memberat. Dipanggil lagi nama Delilah berulang kali akan tetapi tiada respon yang diterimanya.

Beberapa detik kemudian, sekumpulan paramedik menghampiri mereka diikuti oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Suasana dia sekeliling mereka menjadi hingar bingar, namun berjaya dikawal oleh beberapa orang pengawal keselamatan.

Seorang paramedik mendekati Delilah lantas bacaan darah tingginya serta bacaan nadinya diambil. 'Weak, rapid pulse', bisik lelaki itu dan tanpa membuang masa, dipanggil rakan setugasnya untuk diusung Delilah di atas stretcher.

Di atas stretcher itu, Delilah segera dipasangkan alat bantuan pernafasan bagi membantu dia bernafas dengan mudah. Damien segera megikut langkah pantas beberapa orang paramedik yang sedang menolak Delilah di atas stretcher.

Didalam ambulans, Damien tidak mampu berbuat apa apa. Dipegang jemari sejuk Delilah erat sekali. Dibisikkan kata-kata cinta buat Delilah agar Delilah bertahan. Berharap agar Delilah sedar dari pengsannya. Sungguh, Damien sangat takut akan kehilangan gadis kesayangannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now