Bab 9

122 1 0
                                    

Langkahnya di atur perlahan di atas kepingan ais itu. Bimbang sekiranya tersilap langkah, matilah dia kena gelak dengan Si Zafuan si Hantu Panjang a.k.a HP. Ah cakap pasal HP, mana mamat tu pergi? Diliarkan matanya memerhatikan keadaan disekelilingnya.

"Cari aku ke?" Satu suara muncul dibelakangnya membuatkan Delilah terlompat kecil sekaligus membuatkan langkahnya menjadi goyah. Tergapai-gapai tangannya untuk mencapai apa sahaja yang berdekatan dengan tempatnya berdiri.'Ah mampus!' Jerit Delilah di dalam hati apabila dia hampir tergelincir ke belakang. Namun, belum sempat punggungnya mencecah lantai ais yang keras lagi berair itu, terasa lengannya digenggam kemas oleh seseorang. Yang pasti, tangan itu milik seorang lelaki...

Dipandangnya ke arah gerangan itu, serentak itu Delilah merentap lengannya kasar dari pegangan lelaki itu.

"You better not do that. Or else, you'll fall again but this time,it will be harder." Keras sahaja suara lelaki itu memberi amaran.

"I don't care. As long as you're not holding my arm anymore." Balas Delilah seraya memukul-mukul genggaman jejaka itu di lengannya. Namun Zafuan masih berdegil tidak mahu melepaskan genggamannnya itu. Malahan ditarik gadis dihadapannya itu mendekati dirinya lalu dipeluk erat pinggang tak seberapa ramping milik Delilah. Terbau wangian Daisy keluaran Marc Jacob yang dipakai oleh gadis itu. Ditahan gelora yang bertandang. Sungguh, dia sudah mulai tertarik akan gadis a.k.a si Singa Betina dihadapannya itu. Kasut luncur yang dipakai mereka memudahkannya menarik Delilah merapati dirinya. Dirinya bagaikan lupa dimana mereka berdua berada.

"Hei stupid. Kau nak buat apa ni?" Marah Delilah sambil menolak dada sasa Zafuan dengan sebelah tangannya. 'Ya Allah, kat mana Dahlia dengan Ira ni? Diliarkan matanya mencari adik perempuan dan kawannya itu. Ternyata tidak ramai yang sedang meluncur pada pagi itu. Hanya dia, Zafuan dan beberapa orang sahaja yang berada di dalam kawasan ice rink itu. "Tolong saya. He's a pervert!" Rayunya pada seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan di mana mereka berdiri. Dikawal air matanya supaya tidak tumpah. Belum pernah lagi seumur hidup dia berdiri rapat dengan mana mana lelaki selain daripada ahli keluarganya. Terasa seperti dirinya seorang perempuan murahan.

"Yes boleh saya bantu, Miss?" Tanya lelaki itu sebaik sahaja mendengar suara Delilah. Dilihatnya kedua-dua gerangan asing di hadapannya itu. Seorang berdiri mengelamun sambil memandang gadis di hadapannya itu manakala seorang lagi merayu-rayu minta dilepaskan. 'Ish, beraninya this guy buat sexual harrasment kat lady ni in public?' Tanyanya di dalam hati.

Dia mendekati Zafuan lalu ditepuk perlahan bahunya membuatkan Zafuan tersentak seolah-olah tersedar daripada lamunannya lalu melepaskan pelukannya pada pinggang Delilah. "Bro, jangan macam ni. Have a respect to this young lady please." Nasihatnya selembut yang mungkin. Dipandang kasihan gadis yang berada di hadapannya. 'Cantik.' Pujinya sendirian.

"Eh ah? Err.. I.. I'm sorry.. I'm sorry I didn't mean it. Aku minta maaf Delilah. Aku tak berniat nak buat kau macam ni." Diramas kuat rambutnya disebalik sarung tangan berwarna ungu yang dipakainya. 'Astaghfirullahal'azim. What is wrong with you, Zaf?' Diraup wajahnya berkali-kali. Dilihatnya Delilah sudah mula menitiskan air mata. 'Argh damn it! I can't bear those tears..' Dipandangnya lelaki di hadapannya itu dengan pandangan yang kusut. "Bro, thank you sedarkan aku. Aku tak sedar apa aku buat tadi." Diukirnya senyuman buat jejaka itu sebelum mendekati Delilah yang kelihatan agak trauma dengan perlakuannya sebentar tadi.

"Stop! Don't you dare to come nearby!" Tinggi suaranya mengeluarkan amaran buat Zafuan sebelum dilontarkan pandangannya buat lelaki baik hati yang menolongnya sebentar tadi. "Aw.. Awak, boleh tolong carikan orang untuk bawa saya keluar dari sini? Please.." Ucapnya perlahan mengharapkan pengertian daripada jejaka itu. Nak keluar sendiri memang tak lah. Kakinya sudah menggeletar ketakutan. Dirinya seakan akan sudah lembik. Hanya tangan kirinya sahaja yang masih kuat memegang dinding disebelahnya itu.

"Oh jap, saya panggil that Indian lady to help you. Wait a sec." Lelaki itu segera mendekati seorang gadis berbangsa India yang kelihatan tidak jauh dari tempat mereka bertiga berdiri. Dilihatnya gadis India itu terangguk-angguk mendengar penjelasan dari lelaki itu. Zafuan yang berada 1 meter jauh darinya itu tidak diendahkan lagi. Yang penting dia harus menjauhi lelaki itu. Dasar lelaki miang.

Beberapa saat kemudian lelaki tadi muncul bersama gadis India disebelahnya itu. Diucap rasa syukur berkali-kali di dalam hatinya. "If you don't mind,I'm willing to bring you out of this area." Ucap gadis India itu sambil menguhulurkan tangannya dan tersenyum mesra ke arahnya.

"Yes. Yes. Thank you so much." Balas Delilah laju sebelum memegang tangan gadis India di hadapannya itu. "Hold my hand tightly ya?" Pesan gadis itu sebelum mereka meluncur perlahan menuju ke pintu keluar ice rink itu diikuti oleh lelaki yang menolongnya sebentar tadi.

"Thank you so much. I tak tahu macam mana untuk balas jasa you berdua. Both of you are so kind to me eventhough we are strangers. Terima kasih banyak-banyak." Berkali kali Delilah mengucapkan terima kasih kepada gerangan asing di hadapnnya itu.

"Hahaha, it's a small matter. By the way, I'm Shanell. You may call me Shany if you would like to." Gadis India itu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya. Disambar laju tangan itu sambil memperkenalkan dirinya. "I'm Delilah. Panggil Del sahaja. And you are..?" Soalnya pada jejaka yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka berdua.

"Oh girls, nama saya Hanif. Nak panggil apa-apa pun boleh." Balas jejaka itu tersenyum seraya meletakkan tangan kanannya di dada sebelum menunduk sedikit sebagai tanda memperkenalkan dirinya.

"Ok. Shany dan Hanif. Terima kasih banyak-banyak sebab dah bantu I hari ni. If both of you were not around, I seriously wouldn't know what will that perverted guy do to me."

"Nah, it's okay. Just make sure, next time, you'll have to be extra careful. There are many retards out here." Pesan Hanif mesra.

"Yeap. But I couldn't believe it that that guy dare buat macam tu kat you. Apa-apa pun, please be careful ye Del." Balas Sheny pula.

Selesai bertukar-tukar nombor telefon dan berborak sedikit, Delilah mula meminta diri kerana ingin mencari Dahlia. Dia ingin pulang ke rumah secepat mungkin. Sungguh. Inilah hari yang paling menggeramkan sekaligus menakutkan dia.

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now