Chapter 11

275 13 26
                                    

Sedutan chapter lepas...

Dia mengerti yang mereka disitu sebagai tikus makmal. Semakin hari, setiap ujian yang dijalankan keatas dia semakin meyakitkan.

Kemudian dia mula terpisah dari Minato dan Mikoto. Hanya tinggal dia di bilik yang sederhana itu.

Dia cuba bertanya pada doktor yang membawanya ke makmal itu setiap kali dia ke sana, namun mereka tak pernah jawab pertanyaannya. Dia cuba mencari pakciknya, juga tidak kelihatan.

Chapter 11...

Seminggu selepas kali terakhir Makoto berjumpa dengan adik-adiknya. Malam itu, selepas waktu 'light off', Makoto merayau di sekitar fasiliti tanpa disedari oleh pengawal atau petugas lain. Keadaan fasiliti yang gelap memudahkan lagi dia 'bersiar-siar'. Dia mengikut sahaja ke mana kaki melangkah hingga lah dia tiba di hadapan pintu besar.

"Personnel only", papan tanda itu kata.

Makoto melihat kiri dan kanan. Tiada satu manusia pun yang ada di kawasan itu. entah kenapa dia rasakan tarikan yang kuat untuk masuk. Adakah sebab sifat ingin tahu? Mungkin.

Pintu yang separa tertutup itu dibuka dan dia menjengukkan kepala ke dalam. Tiada siapa-siapa. Aneh. Tak akan taka da seorang pengawal pun? Getus hati Makoto. Tanpa berlengah, kanak-kanak lelaki itu masuk dan membiarkan pintu itu tidak bertutup. Iyalah, dibuatnya dia terkunci dalam tu, macam mana nak keluar dan di mungkin ditangkap.

Dihadapannya kini ada sebaris bilik-bilik kecil dengan pintu dan dinding lut sinar. Macam lokap tapi kelihatan lebih canggih. Sekali lagi Makoto mengikut kaki melangkah. Sambil berjalan, kepala digerakkan ke kiri dan kanan untuk melihat isi dalam setiap sel itu.

"ergh..."

Makoto menoleh laju arah suara misteri itu. dia berhenti bergerak dan senyap. Cuba untuk pastikan apa yang dia dengari tadi.  

"Umph..." Sekali lagi suara yang sama didengari. Dengan penuh berhati-hati disulami seram sejuk Makoto memberanikan diri untuk ke sel hujung di mana bunyi itu bergema.

Semakin dekat dan dekat dan dekat... Akhirnya dia dihadapan sel yang separa gelap.

Dengan keberanian yang dikumpul, Makoto bersuara.

"Ada orang ke?"

Satu tubuh yang samar-samar nampaknya bergerak.

"A-aniki*?" Tanya suara yang amat dikenali itu.

"Haa? Minato, tu awak ke?" Dengan gagap Makoto bertanya.

Penghuni sel itu bergerak ke arah cahaya dengan perlahan, cedera dan kepenatan. "A-aniki!"

Makoto terkedu. 'tak... Tak mungkin!' . " Minato!" Makoto pantas merapatkan diri dengan cermin sel itu.

"Aniki..." Air mata jatuh dari muka Minato yang jelas penat dan kotor.

Melihat keadaan adiknya yang comot dan kehilangan tenaga membuatkan hati si abang remuk. Siapa? Siapa yang sanggup buat perkara ni pada adiknya? Apa yang mereka lakukan padanya?  Kalau dia berada di sel ini, bermakna....

"Minato, siapa yang buat kamu macam ni?apa yang kamu buat dekat sini dan mana Mikoto?" Soalan dituju bertubi-tubi. Makoto tak peduli lagi. Dia mahukan jawapan sekarang.

Minato duduk bersandar di cermin sel yang memisahkan dia dan abangnya. Dia termenung kosong.

"Aniki... Selama ni kita ingat mereka baik... Beri makan, beri kawan... Tapi kita salah... Mereka buat semua tu sebab nak gunakan kita saja, " dengan tak berdaya dia berkata.

"Haa? Apa yang kamu cuba cakap ni? Mereka? Siapa mereka? " Suatu perasaan tidak enak berenang di perut Makoto. Dia seperti sudah boleh menjangka jawapan yang bakal diberi.

"Mereka. Doktor-doktor, jururawat dan... Pak ngah... Dorang gunakan kita untuk eksperimen mereka. Kita ni tikus makmal mereka," suara penuh kecewa itu membuatkan Makoto terdiam.

Selepas beberapa saat dia berdiam, Makoto bersuara lagi, "eksperimen apa?"

"Saya tak pasti tapi sesuatu berkenaan gabungan genetik manusia dan haiwan. Mereka cuba buat manusia mempunyai keistimewaan yang sama dengan sesetengah haiwan," sekali lagi Makoto terdiam.

" Tapi..." Suara Minato memecahkan pemikiran dalam Makoto.

"Tapi apa?"

"Tapi tak semua dari kita dapat terima perubahan genetik dan mereka... Mati," cahaya di mata Minato kelihatan malap. Mungkin dari apa yang sudah nampak di usia mudanya.

"Mikoto. Macam mana dengan adik? Dia selamatkan?" Nada mengharap.

Satu anggukan dari Minato. " Dia masih selamat. Antara ramai-ramai yang diuji, hanya saya, Mikoto dan beberapa budak lagi yang selamat tpi ni cuma fasa satu. Abang, abang kene bersedia. Walaupun apa pun jadi tolong jangan lawan. Kalau tak abang akan merana," Minato merayu pada abangnya.

" Apa yang kamu cakap ni? Kalau kita tak lawan macam mana nak selamat? Macam mana kalau kamu berdua.....," Makoto tak sanggup habiskan ayatnya itu.

Minato menggeleng. " Jangan risau. Kita akan cari jalan keluar tapi bukan sekarang. Sekarang ni sangat bahaya,"

Makoto merenung adiknya. Ada betul juga apa yang dia kata. Kalau bertindak terburu-buru mereka mungkin akan terkorban. Satu senyuman nipis Makoto ukir untuk Minato.

"Baik... Abang akan cari masa yang sesuai untuk kita lepaskan diri. Abang janji abang akan bawa kita semua keluar dari tempat ni,"

Minato hanya mengangguk. " Aniki, lebih baik Aniki balik ke bilik sekarang. Mereka akan datang kejap lagi," dia memberi amaran.

" Okay, abang akan datang lagi nanti... Selamat malam, Minato," Minato membalas ucapan itu.

Makoto memandang Minato sekali lagi lalu lari keluar daru bilik tahanan itu dengan satu ayat melekat di dalam otaknya.

'Tunggu, kita akan keluar dari sini'.

BERSAMBUNG

Aaaaaah! Maafkan Shin semua😭 dah lama sangat Shin tak update ni! Thanks kepada semua yang sudi menunggu update yang lambat ni...

Jutaan kemaafan dipohon. Baca komen² yang tanya bila nak update buat Shin cepat² nak cari masa untuk update chapter baru.

Sekali lagi Shin nak minta maaf kalau chapter ni bukan apa yang diharapkan and Shin harap korang sudi untuk komen chapter ni🤧

Again, thank you for your patience!

Till next chapter!

Signing out,

Much love,
Shiniko Kudou

BISAWhere stories live. Discover now