Chapter 10

470 37 11
                                    

"kita dekat mana ni, pak ngah?" Suara kecil budak lelaki 6 tahun yang memegang tangan lelaki dewasa itu berbunyi.

"Kita dekat rumah baru kamu," lelaki yang di panggil Pak Ngah itu menjawab dengan senyuman.

"Mulai hari ini kamu bertiga akan tinggal di sini dan bantu pak ngah dengan kerja pak ngah ye,"

Si sulung melihat keadaan sepanjang susur gajah yang dibawa oleh lelaki itu. Susur gajah itu bercat putih dan terangai lampu-lampu syiling yang terang-benderang.

Bahagian kiri pula dihiasi cermin-cermin tingkap yang lebar dengan tinggi dari syiling hingga ke paras kepala kanak-kanak itu.

Dia perlu berjongket sikit untuk melihat apa yang ada dibalik cermin itu. Katil? Katil hospital. Dia hanya boleh melihat sedikit saja tapi apa yang dia sudah cukup untuk menyatakan yang mereka kini sedang berada di sebuah hospital.

Apa yang anehnya, hospital itu seperti tiada orang. Tak macam hospital yang mereka pergi tempoh hari, orang berpusu-pusu ke sana sini. Tapi disini, senyap sunyi.

Namun dia hanya mengendahkan saja perbezaan itu. Lagipun tak penting baginya. Mungkin. Dia alih pandangan pada adiknya yang dua orang itu. Seorang sedang sibuk berbual dengan pakcik mereka dan lagi seorang bermain sendiri dalam dukungan pak ngah.

Setelah entah berapa lama mereka berjalan, akhirnya mereka berempat tiba di suatu bilik. Lelaki itu membuka pintu lalu isi dalam bilik itu terlihat. Bilik itu seperti bilik doktor di kebanyakan hospital.

Empat orang itu melangkah masuk. Seorang wanita berkulit peach dan berkaca mata sedang duduk di kerusi mengadap meja. Mungkin sedang membuat kerja. Rambutnya diikat sanggul kemas.

Mendengar pintu biliknya dibuka, dia menoleh untuk melihat siapa tetamu itu.

"Oh prof. Ryuu. Apa khabar? I'm sorry for your losses," wanita itu menyatakan simpatinya.

" Terima kasih, Jun. Hari ni saya bawa anak-anak buah saya untuk pemeriksaan," lelaki berketurunan Jepun, Ryuu itu berkata.

" oh maaf saya tak perasan tadi. Hai siapa nama kamu?" Senyuman manis terukir dibibir munggilnya menyapa si abang dan si adik.

Si abang melangkah ke depan dengan berani walaupun dia terasa gugup bertemu orang baharu. Pakciknya percayakan wanita dihadapannya jadi dia pasti boleh percaya juga.

"Na-nama saya Makoto. Saya 8 tahun," dia memberanikan diri dihadapan wanita cantik itu.

Jun membalas dengan senyuman lembut dan menggosok kepala Makoto tanda syabas. Melihat keberanian dan ganjaran yang abangnya dapat, si adik juga ke depan untuk perkenalkan diri.

"Saya Minato! Umur saya 6 tahun!" Telatah Minato menarik perhatian Jun. Menyedari dirinya menjadi tumpuan, Minato pantas berlari ke arah Ryuu dan menyorok dia belakang pakciknya.

Jun dan Ryuu tersenyum melihat telatah comel Minato itu. Jun kemudian bangun dan berjalan sedikit ke arah Ryuu untuk berkenalan dengan kanak-kanak paling kecil itu.

"Yang ni pula siapa namanya?" Jun mencuit-cuit sikit pipi si kecil itu.

"Nama dia Mikoto. Baru 4 tahun," Ryuu memperkenalkan.

Jun mengangguk. "Kalau begitu mari kita mulakan pemeriksaan," wanita itu Kembali semula ke kerusinya tadi dan adik beradik itu didudukkan mengadapnya.

Beberapa Ketika kemudian, Jun selesai dengan ujian yang dilakukan. "Macam yang kita jangkakan, setiap daripada mereka mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya dalam eksperimen itu. Tapi aku masih tak faham mengapa mereka berdua tak setuju dengan rancangan ini lebih awal," wajah cantik Jun dicemari kerutan dahi.

Ryuu menggeleng. "tak perlu lagi sebut pasal mereka. Yang penting apa yang kita perlukan sudah ada dalam tangan kita," dua orang dewasa itu melihat pada tiga orang kanak-kanak yang sedang bermain bersama.

"Kau pasti kau mahu teruskan projek ni?" wanita itu bertanya meminta kepastian.

"aku pasti dan kali ini dah tiada yang akan halangan kemajuan projek ini," Ryuu mengangguk yakin dengan matlamatnya.

"Makoto, Minato, Mikoto. Mari kita tengok bilik kamu," Jun menunduk sedikit supaya dapat melihat mereka dengan dekat. Senyuman manis diberi mengajak kanak-kanak dihadapannya.

Tiga orang budak lelaki itu pantas berdiri dan mengekori rapat wanita dihadapan mereka dengan Ryuu berjalan selepas mereka.

Mata merah ditopeng Ular itu menyala merah memerhatikan para ejen yang berdiri dihadapannya. Dia tahu, bukan lima orang ejen sahaja yang berada disitu. Mereka bertiga tahu. Tapi mereka hanya berdiam.

Hebi melihat wajah ejen-ejen itu satu persatu dari balik topeng Ularnya. Cuba melihat reaksi mereka yang setia menanti cerita yang bakal membuka sisi gelap Cyberaya dalam mengejar kemajuan.

Dalam masa dia mencari dari mana ingin diceritakan, dia tertenggelam seketika kepada memori yang menjadi permulaan pada segala masalah dan kekacauan yang berlaku. Sedang leka memikir, dia tersenyum sendiri.

Sudah tahu dari mana dia ingin mulakan penceritaan. "Semua ni bermula 16 tahun yang lalu. Di sebuah makmal rah- bukan. Sebuah pusat kajian rahsia yang terletak di suatu tempat di Cyberaya yang kau semua sibuk lindungi ni..." ayatnya itu menarik perhatian ejen-ejen itu. 

Mendengar apa yang diperkatakan Hebi membuatkan Jeneral ingin menghantar pasukan untuk mencari pusat kajian rahsia ini bagi pastikan ianya benar wujud.

Melihat riaksi Jeneral, Hebi menyambung lagi, "Kau tak perlu buang masa dan tenaga untuk cari tempat durjana itu, tempat tu dah musnah...Bersama dengan golongan tak guna yang ada di situ. Ooh ye. Ada seorang lagi... Hahaha," gelakan jahat bergema diruang terbuka itu.

Para ejen muda seperti tertanya-tanya siapa yang diperkatakan tetapi mereka hanya berdiam.

Sudah dua minggu tiga beradik itu dibawa ke 'rumah baharu' mereka. Dan dua minggu itu juga mereka dijadikan bahan uji kaji tanpa mereka sedar.

Sepanjang mereka disana, mereka bertemu dengan beberapa lagi kanak-kanak yang senasib dengan mereka. Tetapi tiada satu pun antara mereka tahu mengapa mereka disitu dan apa yang berlaku disitu.

Makoto dan Minato serta Mikoto mula berkawan bersama yang lain namun semakin lama, semakin ramai rakan-rakan mereka yang pergi dan tak kembali dari 'bilik' itu.

Apabila ditanya, orang-orang dewasa disitu hanya memberikan senyuman yang tidak difahami mereka. Jadi mereka hanya anggap rakan-rakan mereka pergi ke tempat yang lebih baik.

Hari berganti minggu,

Minggu berganti bulan,

Bulan berganti tahun,

Sudah setahun sejak beristiwa yang meragut nyawa kedua ibu bapa Makoto. Kini dia hanya ada adik-adik serta kawan yang setia bersama mereka. Semakin lama dia disitu, semakin dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.

Bagi seorang kanak-kanak berumur lapan tahun, dia adalah seorang yang matang. Itu semua terima kasih pada apa yang berlaku sehingga kini.

Dia mengerti yang mereka disitu sebagai tikus makmal. Semakin hari, setiap ujian yang dijalankan keatas dia semakin meyakitkan.

Kemudian dia mula terpisah dari Minato dan Mikoto. Hanya tinggal dia di bilik yang sederhana itu.

Dia cuba bertanya pada doktor yang membawanya ke makmal itu setiap kali dia ke sana, namun mereka tak pernah jawab pertanyaannya. Dia cuba mencari pakciknya, juga tidak kelihatan.

Dia makin kurang bertemu adik-adiknya. Dia sudah mula merindui mereka.

Apa yang jadi pada mereka berdua?

BERSAMBUNG

And that's it for chapter 10.

Terima kasih pada reader yang sudi menunggu Shin untuk update chapter baru.

Maaf jika chapter ini membosankan.😭

I'll try my best for Chapter 11 ya.

Till next chapter

Signing out,

Much love,
Shiniko Kudou

BISAWhere stories live. Discover now