Chapter 1

755 33 0
                                    

Sudah lima tahun berlalu sejak kejadian Niki menyerang Dato' Othman dan kejadian Ali dapat menguasai IRIS tetapi terpaksa korbankan satu-satunya data mamanya, Aliya. Keadaan sudah kembali aman.

Ali dan Alicia meneruskan kehidupan sebagai ejen MATA dan sebagai pelajar SMT Cyberaya seperti biasa. Sekarang Ali dan Alicia sudah berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan besar sekolah serta menamatkan alam persekolahan.

Malah Ali telah meningkatkan kemahirannya dan mengubah dirinya dari seorang yang lembik kepada seorang yang kuat.

Dari malas jadi rajin

Dan dari lemah dalam semua subjek jadi mahir dalam semuanya.

Semua itu didorong oleh semangat Ali untuk jadi seorang yang lebih baik.


SMT Cyberaya

"Hey Vik!" sapa Ali kepada rakan karibnya yang dari tadi menghadap tabletnya itu.

"Oh hey Ali!" Viktor menyahut dan paling ke arah Ali. "Ali, kau dah siap ke kerja AddMath semalam?" mata Viktor mengikut gerak-geri Ali yang pergi ke tempat duduknya bersebelahan Viktor.

"Dah siap dah. Pening aku fikir jawapan soalan 3. Susah betul. Haih," Ali mengeluh. "hahaha.. samalah aku pun penat fikir jawapannya tapi nasib baiklah dapat jawab kalau tak... habis la kita kena dengan Puan Sham," Ali dan Viktor tergelak dan terus berbual sementara tunggu loceng berbunyi.

"Amboi, best borak. Kerja dah siap ke?" datang satu suara perempuan dari belakang Ali dan Viktor. "Eh Alicia. Mestilah dah siap. Perli aku ke apa ni?" balas Ali dengan suara pura-pura marah. Viktor hanya tergelak melihat telatah kawan dia yang dua orang itu.

"Tak habis habis bergaduh saja kau orang berdua ni. Dah macam suami isteri dah aku tengok," Viktor berseloroh.

"Mana ada!" jerit Ali dan Alicia serentak.

Kriiiing

Perbalahan mereka tadi terhenti apabila bunyi loceng berbunyi. Alicia dan rakan kelas mereka pun bergerak ke meja masing-masing dan guru AddMath iaitu Puan Sham puan masuk ke kelas mereka.

"baiklah murid-murid, sila serahkan kerja sekolah yang saya bagi semalam. Viktor, tolong saya kutip," arah Puan Sham. Viktor menjawab "baik" dan bangun untuk mengutip buku latihan dari rakan kelasnya yang lain.

-skip-

Kriiing

Loceng berbunyi lagi. Pelajar-pelajar SMT Cyberaya berpusu-pusu keluar dari kelas mereka untuk ke kantin sekolah. Seperti biasa Ali dan Viktor akan rehat bersama di meja yang sama.

"Aku nak pergi beli makanan ni Vik. Kau nak aku belikan apa-apa tak?" Ali Tanya. "tak perlu. Kau beli untuk kau saja. Nanti aku beli aku punya sendiri. Aku jaga tempat. Kau pergi dulu," Viktor balas dengan panjang, Ali hanya mengangguk sebelum bergerak ke stall makanan.

"Bang, nasi goreng biasa satu," pinta Ali pada abang kantin itu. "Jap ye dik," abang kantin itu pergi ke meja di belakangnya dan mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Dalam masa yang sama, tanpa sesiapa sedar 'abang kantin' itu telah menaburkan sesuatu pada nasi goreng Ali. (apalah yang ditabur agaknya).

"Ini dia, dik. RM 1.20," kata abang kantin itu. Ali menyambut pinggan itu dan menghulurkan duit kepada abang itu. "Terima kasih,bang," Ali menuju ke meja mereka tadi.

"Vik, pergilah beli makanan kau," sapa Ali. "haa okay okay," Viktor bergerak ke stall. Selepas Viktor kembali dengan makanan ditangannya, mereka menjamu selera dan lepak di kantin sampailah loceng berbunyi lagi.

-Skip habis waktu sekolah-

Ali dan Viktor sudah berada di pagar utama sekolah. "Ali!" Ali menoleh kebelakang dan terlihat Alicia memanggil dia. Alicia membuat isyarat kepala kepada Ali dan Ali mengangguk.

"Kau balik dululah, Vik. Aku ada barang tertinggal kt kelas tadi. Nanti kita on game online,eh?" Ali bertanya rakannya.

"haa okay okay, apa-apa roger," Viktor melambai kepada Ali sebelum Ali bergerak kearah Alicia dan pergi ke mesin gedegang(vending machine) sekolah untuk ke MATA Base.


BERSAMBUNG

Hai guys, so ni dulu untuk chapter 1. So mesti korang tertanya-tanyakan ape yang 'abang kantin' tu letak dalam makanan Ali,kan? Dan apa misi Ali dan Alicia kali ini. So STAY TUNE.

Much love,

ShinikoKudou

BISAWhere stories live. Discover now