Bilik Operasi, MATA Base
Kesemua ejen muda MATA kecuali Ali telah berkumpul di bilik operasi. Bersama mereka adalah mentor-mentor setiap teras dan juga General Rama. Ejen-ejen muda agak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Iman dan Alicia Ketika mereka datang mendapatkan ejen muda yang lain di bilik simulasi.
Sekarang, mereka berdiri dihadapan general serta mentor dan menunggu arah yang bakal diberikan. "Saya percaya yang kamu semua tahu keadaan Ali sekarang. Kita sudah kesuntukkan masa. Kita perlu bertindak segera atau Ali akan..." suara General yang jelas berkumandang ke seluruh bilik itu berhenti disitu.
Ejen-ejen muda mengangguk faham. Ada yang meneguk liur mereka. Tidak dapat mereka hendak bayangkan apa yang bakal menimpa sahabat mereka jika mereka terlambat atau tersilap Langkah. Keadaan dalam bilik itu sunyi seketika sebelum Bulat memecahkannya.
"Jadi apa yang perlu kita buat, General?" tiada balasan buat seketika. "Apa yang pasti adalah kita tidak akan serahkan apa yang mereka minta," General menumbuk meja hologram dihadapannya.
Kesemua ejen yang berada disitu berdiam sebentar cuba memikirkan rancangan untuk menumpaskan kumpulan Yudo itu. setelah seketika suasana senyap menyelubungi bilik itu tiba-tiba muncul satu tangan di udara.
Seseorang mengangkat tangannya menarik perhatian semua yang berada disitu. "Ya Roza. Ada apa-apa cadangan?" "Ya, General. Saya ada fikirkan satu cara yang mungkin dapat selamatkan Ali dan tumpaskan Yudo dalam masa yang sama," ujar Roza yang dari tadi berdiam diri.
"Teruskan," General memberi kebenaran untuk ejen sniper itu untuk kemukakan ideanya. "Begini..." ejen-ejen muda, mentor dan General memberikan tumpuan mereka pada Roza. Ada yang mencelah untuk menambah baik rancangan itu dan sebagainya.
"Baiklah. Kamu semua dah tahu rancangannya," semua mengangguk. "BERTINDAK SEGERA," "BAIK General!" kesemua ejen pun keluar dari bilik operasi meninggalkan General, mentor, dan pasukan Ali tadi sahaja dibilik itu. sekali lagi bilik itu ditemani sunyi.
"urgh," suara mengerang kedengaran dari arah katil pesakit mengejutkan susuk yang sedang membaca di tepi katil itu. susuk itu meletakkan bukunya di atas meja ditepi kerusinya. "Ali? Kau dah sedar ke?" susuk itu memeriksa rakannya yang terbaring di atas katil itu.
"urgh... ha-hah? Kh-Khai? Aku dekat mana ni?" Ali cuba membuka matanya tetapi pantas ditutup semula dek cahaya yang menerjah matanya. "Kau okay ke ni? Kau sekarang dekat bilik rawatan MATA. Kau tak ingat ke apa jadi pada kau tadi?" Khai menghalang Ali yang cuba duduk.
"A-aku tak ingat tapi sa-sakit," Ali cuba bertutur tapi kerana sakit yang masih terasa dia tidak dapat untuk bercakap dengan lancar. Ditambah lagi rasa sukar untuk bernafas. Nasib baik ada alat bantuan pernafasan yang duduk elok diatas mulut dan hidungnya.
"Kau kena patuk dengan ular robotic yang mempunyai bisa semasa kau jalankan misi malam semalam. Menurut doctor bisa tu hanya untuk mengaktifkan nanovirus yang dah ada dalam badan kau," jelas Khai pada sahabatnya itu.
"Nanovirus?" wajah Ali jelas dengan kekeliruan.
"Ya, Nanovirus. Nanovirus tu dah menetap dalam badan selama lima hari sebelum kau dipatuk bisa tu. Kau ingat tak kalua ada apa-apa yang kau buat sampai nanovirus tu boleh masuk dalam badan kau?" Khai meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di bawah dagu.
"Hmmm... aku rasa macam tak ada. Tapi aku ada makan makanan yang abang kantin tu sediakan. Sejak tu aku rasa lemah dan penat. Haih," Ali menutup matanya. "Mungkin dia ada kaitan dengan Nanovirus tu," Khai meneka.
"Mungkin," Ali menjawab ringkas. "AAAAAGRH!"
Ali! Ali?! Kau okay tak ni?! Kenapa ni? Ali?ALI! JAWAB?!" Khai panic kerana tiba-tiba sahaja Ali menjerit dan meronta. "K-Khai...Pan-panggil d-octor...sa-sakit," Ali cuba menutur dalam keadaan menahan sakit. Khai yang cemas terus meninggalkan bilik rawatan itu untuk mendapatkan doctor. Sementara itu Ali terus mengerang kesakitan. Dia cuba menahan diri dari mrnjerit walaupun kesakitan.
'Cepat Khai,' fikir Ali diselangi kesakitan yang amat sangat.
"Macam mana dengan persiapan kita?" tegur satu susuk dalam pakaian serba hijau tua dan garisan hitam dari belakang. Orang yang duduk diatas kerusi mengadap sebuah computer memusingkan kerusi itu untuk memandang susuk tadi.
"Semuanya berjalan lancar. Senjata baru kita akan siap dalam masa lagi 2 jam," susuk yang duduk itu menyilangkan tangannya didada. "Bagus tu. Beritahu Kit dan Rai bersedia untuk lakukan ujian dengan senjata baru. Teruskan kerja Tori," susuk yang duduk dikerusi bangun dan menunduk. Terselah susuk tubuh wanita atau yang dipanggil Tori tadi.
"Baik Hebi-sama," Tori tunggu hingga bayangan Hebi hilang dari padangan sebelum duduk semula ditempatnya dan menyambung kerjanya.
Hebi berjalan menyusuri laluan yang malap yang hanya diterangi lampu-lampu kecil di sepanjang dinding. Lelaki itu tiba dihadapan sebuah pintu sebelum membuka pintu itu dan teserlah satu bilik yang agak luas.
Seperti dikawasan luar, bilik itu juga malap. Hanya diterangi lampu meja sahaja. Hebi menuju ke meja pejabat dan duduk dikerusi yang terletak di belakang meja itu. dia memusingkan kerusi itu dan menghadap tingkap.
"Kau pasti rancangan kita ini akan Berjaya?" satu susuk berbadan tegap muncul dari balik bayangan gelap yang meyelubungi bilik itu. susuk itu memakai sut berwarna biru hitam. "Kau tak perlu risau. Rancangan kita akan Berjaya. Kita akan dapat balik apa yang mereka dah rampas dari kita," Hebi menjawab tanpa memandang susuk tadi.
"Tapi aku yakin yang mereka tak akan serahkan akses tu semudah itu," satu lagi susuk yang kecil sedikit dari susuk sebelum ini muncul dari atas. Kali ini, susuk itu dilengkapi dengan sut berwarna jingga merahan dengan garis merah disetiap sisinya.
"Aku tahu itu. sebab itu kita akan gunakan alat itu. Kit, Rai. Petang ini kita akana jalankan ujian dengan senjata baru. Pastikan korang bersedia," Hebi mengadap dua rakannya itu.
Kit hanya tersenyum nakal manakala Rai mengangguk kecil.
YOU ARE READING
BISA
FanfictionKejadian Niki hampir memusnahkan Cyberperdana telah berlalu 5 tahun lepas. Kini semuanya telah berubah. Terutamanya Ali. Namun, kehadiran kumpulan misteri menganggu semula keamanan yang telah dibina. Kali ini nyawa Ali juga diancam mereka. Apa yang...