MATA Base
Dibilik operasi MATA, Ali, Alicia, Rudy, Iman serta Ejen Geetha sedang menunggu transmisi dari General Rama.
Tiba-tiba wajah General Rama muncul di skrin bilik operasi itu. Mereka yang ada di dalam bilik itu berdiri tegak. "Bagus semua sudah ada. Geetha, terangkan kepada mereka," kata General Rama dengan ringkas.
"Baik General. Kamu semua dikehendaki untuk pergi ke beberapa lokasi yang terletak di sekitar kawasan perumahn Taman Maju. Dilaporkan ada beberapa kejadian pecah rumah," terang Ejen Geetha.
"kes pecah rumah? Tapi ini bukan dah jadi kes polis ke General?" Ali bertanya kehairanan. "Dey! Dengar dulu apa yang dikatakan oleh Ejen Geetha," jerkah General, Ali hanya tersengih.
Ejen Geetha menyambung bicaranya tadi. "namun begitu, kejadian ini sangat aneh kerana penjenayah-penjenayah itu hanya pecah masuk dan buat sepah. Tiada barang yang hilang hanya rosak," Ejen Geetha berhenti disitu.
"Jadi misi kamu hari ini adalah untuk menyiasat apa motif kejadian ini dan laporkan kepada kami. Jangan bertindak terburu. BERTINDAK SEGERA," mereka berempat mengangguk faham dan bergerak ke lokasi misi dengan segera.
Di Taman Maju, Timur Cyberaya
Ali, Alicia, Rudy dan Iman sedang berdiri di menara tinjau yang ada di taman perumahan tersebut. "Ali, Kau imbas kawasan persekitaran dan bagitahu kami apa yang kau Nampak," arah Alicia. Ali mengangguk. Ali menggunakan IRIS untuk imbas kawasan tersebut.
Beberapa saat kemudian Ali bersuara. "Tiada apa yang Nampak mencurigakan setakat ni. Semua dalam keadaan yang sepatutnya," Ali beritahu ahli pasukannya.
"Baiklah, kita perlu berpecah untuk memudahkan kerja. Kita perlu cari kesan atau apa-apa bukti yang tinggalkan oleh penjenayah tu. Sekiranya jumpa apa-apa segera hubungi antara satu sama lain. Ali, kau pergi ke rumah pertama iaitu rumah No.8. Rudy, kau ke rumah No.11 dan aku dan Iman akan ke rumah terakhir No.20. Jom," Alicia memberi arahan kepada rakan-rakannya dan mereka bergerak ke rumah yang sudah ditetapkan.
Bersama Ali
Ali melompat dari satu bumbung rumah ke satu bumbung rumah yang lain secara senyap. Dari menara Tinjau dan rumah No.8 tadi tidak terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.
Ali tiba di rumah No.8. Nampaknya rumah itu tak berpenghuni. Mungkin tuan rumahnya keluar atau balik kampung memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.
Ali menyelinap masuk ke dalam rumah itu untuk mecari bahan bukti. Disebabkan rumah itu gelap, jadi dia menggunakan night vision yang ada pada IRIS untuk membantunya melihat dalam gelap. "Bersepah betul rumah ni. Takkan tak kemas dulu sebelum keluar?" Ali berkata sendiri.
Setelah memastikan tiada apa yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti di tingkat bawah, Ali bergerak ke tingkat atas rumah itu. Ketika dia melangkahkan kakinya di tangga, Ali tiba-tiba saja terasa satu denyutan yang kuat pada kepalanya.
Ali memegang dinding tangga untuk menstabilkan diri. Setelah beberapa ketika, rasa sakit itu pudar dan Ali naik ke tingkat atas rumah itu.
Tingkat atas rumah itu menempatkan 4 buah bilik. Satu daripadanya adalah bilik utama.Ali masuk ke dalam bilik utama. Sama seperti keadaan dibawah, bilik ini juga bersepah.
'kalau tiada barang yang hilang, kenapa tempat ni digeledah?' Tanya Ali pada dirinya.
Ketika sedang pusing sekitar bilik, tiba-tiba Ali terlanggar pasu bunga yang sudah pecah di atas lantai. Tanah dari pasu itu bertaburan.
Ali menunduk dan mengais tanah itu. Mana tahu jikalau ada pentunjuk tersembunyi. Macam babak dalam drama atau filem penyiasatan.
Tekaan Ali betul apabila dia terjumpa satu cebisan kain hitam. Ali meneliti kain itu. Diatas kain hitam itu terdapat bentuk kepala ular yang disulam.
Mengikut dari bentuk sulaman dan bahagian yang terkoyak itu, gambar ular itu terletak ditengah-tengah dan dikampit dua haiwan lagi di kiri dan kanan kain itu.
Namun Ejen IRIS itu tidak dapat mengecam haiwan apa kerana bahagian itu telah terkoyak.
"Aku rasa aku dah jumpa sesuatu," kata Ali pada rakan pasukannya melalui alat komunikasi.
Bersama Rudy
Rudy berpecah dari pasukannya dan menuju ke rumah yang diberikan. Rumah No.11. Jam sudah menunjukkan jam 11.
Rudy menyelinap ke rumah itu dan mencari bukti. Dia mulakan pencariannya dengan tingkat atas rumah itu.
Seperti rumah yang dikunjungi Ali, rumah itu juga memiliki 4 bilik. Rudy masuk setiap bilik itu namun keadaan setiap bilik nampaknya bersih dan tersusun. Jadi penjenayah itu tidak naik ke tingkat atas.
Rudy pun bergerak menuruni tangga untuk ke tingkat bawah di rumah itu. Bahagian ruang tamu rumah itu amat bersepah tetapi Rudy tidak menemui sebarang bukti. Rudy pergi ke bahagian dapur rumah itu.
Disitu, tingkap diatas singki telah pecah. Rudy pergi ke tingkap itu dan mendapati satu cebisan kain hitam tersangkut pada tingkap yang pecah itu. Mungkin terkoyak semasa penjenayah itu ingin melarikan diri ikut tingkap.
Rudy meneliti kain itu dan dia dapati ada sulaman berbentuk kepala singa diatas kain tersebut.
"bahan bukti dah ditemui," lapor Rudy kepada pasukannya.
Bersama Iman dan Alicia
"Iman, kau periksa bahagian bawah ni. Aku naik atas periksa kalau-kalau ada petunjuk," arah Alicia kepada Iman. Iman mengangguk.
Alicia sedang melihat keadaan persekitaran di bilik tidur yang ketiga apabila "Alicia, turun ke bilik stor bawah tangga sekarang. Saya dah jumpa sesuatu," Iman bercakap dari alat komunikasinya.
Alicia bergegas ke bawah dan pergi ke tempat Iman beritahu tadi. barangan dalam Stor tersebut agak tersusun dan memiliki lampu yang kecil cukup untuk menerangi bilik itu.
"Alicia, cuba awak tengok apa yang saya jumpa ni. Cebisan kain ni ada sulaman berbentuk kepala musang," terang Iman lalu menyerahkan kain itu kepadaa Alicia. Alicia melihat kain itu dengan penuh tumpuan.
"Ali, Rudy. Kami dah apa yang diperlukan," Alicia kata melalui alat komunikasi yang berada di telinganya.
Setelah bahan bukti dijumpai, mereka berempat pulang ke MATA Base dengan segera untuk melaporkan kepada General dan serahkan kepada Ejen Geetha untuk disiasat.
BERSAMBUNG
Hai guys, so that's it for chapter 2. Saya harap kalian suka dengan jalan cerita setakat ni.
Korang mesti nak taukan cebisan tu sebenarnya ape?
Maybe ada yang dah dapat teka. So klu nak tahu tekaan korang tu betul atau tidak? Korang kenalah stay tune utk chp seterusnya.
Itu saja dari saya. STAY TUNE!
Much love,
ShinikoKudou
YOU ARE READING
BISA
FanfictionKejadian Niki hampir memusnahkan Cyberperdana telah berlalu 5 tahun lepas. Kini semuanya telah berubah. Terutamanya Ali. Namun, kehadiran kumpulan misteri menganggu semula keamanan yang telah dibina. Kali ini nyawa Ali juga diancam mereka. Apa yang...