Chapter 9

470 40 13
                                    

Ejen-ejen muda yang bakal terlibat dengan operasi menangkap kumpulan Yudo berkumpul di bilik operasi bersama dengan Jeneral dan mentor-mentor.

"Kita akan mulakan operasi pada malam ni. Kumpulan Yudo telah berikan maklumat tempat perjumpaan. Kita akan gunakan peluang ini untuk tumpaskan mereka," Jeneral bersuara lantang.

" Baik Jeneral!" Mereka menyahut.

" Pastikan kamu semua dalam keadaan bersedia," tambah ejen Leon.

Anggukkan dan jawapan ringkas diberi oleh para ejen Muda. Pada malam ini akan berlaku satu bertembung besar menentang musuh mereka demi menyelamatkan Cyberaya dan juga sahabat mereka, Ali.

Setelah selesai dengan taklimat, mereka masing-masing bersiap-siap dengan peralatan senjatan dan ada yang melakukan latihan ringkas.

Tidak kurang juga dengan Khai. Dia mengambil keputusan untuk melawat sahabatnya sebelum melakukan perkara lain.

Pintu wad yang menempatkan Ali diketuk beberapa kali. Pintu dibuka perlahan dan dia melangkah masuk. Khai mengambil tempat di kerusi yang disediakan bersebelahan katil pesakit.

Khai melihat wajah tenang Ali yang sedang tidur dibantu alat pernafasan. Dia mengeluh berat. Satu senyuman terukir nipis di bibir remaja itu.

"Ali, malam ni kitaorang ada misi. Misi besar jugalah. Kitaorang akan tumpaskan kumpulan Yudo yang dah buat kau macam ni dan dapatkan antidote untuk kau. Aku harap rancangan ni berjayalah. Kau doakan kami ye," entah kenapa dia terasa perlu untuk beritahu rakannya itu. Walaupun dia tahu yang Ali tak akan menjawab mahupun bangun dan sertai mereka.

Malam ini, 36 jam yang dijanjikan akan berakhir.

Malam ini, nasib Ali akan ditentukan dengan keberjayaan rancangan mereka.

Malam ini, semua perlu berjalan lancar.

Beberapa minit lagi duduk di situ, Khai mengambil keputusan untuk bersiap dan lakukan sedikit latihan sebelum tiba masanya.

Pelabuhan Timur, Cyberaya

Ejen-ejen mengambil tempat mereka untuk menyembunyikan diri dari dikesan musuh. Hanya Jeneral, Alicia, Rudy dan Iman sahaja yang berdiri ditengah-tengah kawasan lapang yang kelilingi kontainer yang dipilih sebagai tempat perjumpaan mereka.

Beberapa detik lagi sebelum masa yang dijanjikan tiba. Mereka menunggu dengan debaran dan penuh berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Jarum jam berdetik menunjukan masa yang dijanjikan. 3 bayangan muncul entah dari mana tiba berdiri dihadapan kumpulan kecil Mata itu.

"Awal nampaknya korang sampai. Excited ke?" Si topeng musang itu bersuara terhibur.

"Mana antidote yang kau janjikan?" Rudy bersuara tidak boleh sabar lagi.

" Bertenang Rudy," Iman mengingatkan ejen Inviso itu supaya bertenang.

"Baik kau dengar kata kawan kau tu, Ejen Rudy. Kalau tak lain jadinya nanti," kali ini si topeng singa pula bersuara dengan nada yang lebih tenang.

"Cukup. Kita datang sini untuk urusan kerja bukan untuk berbual," ketua mereka, si topeng ular bersuara.

Mereka merenung antara mereka. Menanti siapa yang akan memulakan dulu. Suasana menjadi tegang.

"Sebelum kami serahkan apa yang kau minta, aku mahu tahu kenapa korang bertindak begini? Mengacau Cyberaya, mengancam nyawa. Beritahu aku kenapa?" Alicia bertanya tegas. Sungguh ingin dia tahu mengapa kumpulan Yudo ini ditubuhkan dan apa motif mereka yang sebenar.

Pusat Rawatan, Mata Base.

Mata dibuka perlahan. Gelap. Bilik wadnya gelap hanya ditemani cahaya kecil dihujung bilik. Ali merenung syiling putih diatasnya lama.

Kemudian dia teringat kata-kata Khai siang tadi. Ya. Ali dengar kesemua yang diperkatakan oleh Khai. Tentang misi besar mereka.

Ali laju bangun dari pembaringan dan mencabut segala wayar yang dilekatkan dibadannya. Dia menjatuhkan kaki disisi katil.

Mengambil masa sebelum bangun. Cubaan pertama dia untuk berdiri hampir-hampir mengakibatkan dia tersungkur ke depan namun dia diselamatkan tindakan refleks.

Ali mengagahkan diri dan keluar menuju ke suatu tempat yang menyimpan apa yang dia cari. Dah tiba masanya untuk ia dikeluarkan dari simpanan.

Ali tiba dihadapan satu pintu kebal. Dia memasukkan kata laluan dan mengimbas iris mata serta tapak tangannya. Beberapa bunyi 'tit' dikeluarkan oleh alat pengimbas itu lalu pintu kebal dihadapan Ali terbuka.

Objek atau lebih sesuai dipanggil senjata berdiri megah dihadapannya. Bersedia untuk digunakan.

Pelabuhan Timur, Cyberaya.

Kumpulan Yudo merenung ejen Mata lagi. Namun renung tajam bertukar senyuman seperti terhibur dengan soalan yang dituju kepada mereka.

"Kau ingin tahu kisah kami? Tujuan? Hahaha boleh saja," kata Hebi.

" Mari aku ceritakan kisah gelap Cyberaya, "

BERSAMBUNG

Hai semua! First of all Shin nak mohon beribu keampunan kepada semua pembaca sebab dah lamaaa sangat tak update new chapter.

Okay yang kedua, inilah dia chapter terbaru Bisa. Maaf sekali if chapter ni bosan.

Yang ketiga, Shin nak inform yang Bisa akan sampai ke penghujungnya tak lama lagi huhuhu. In few more chapter dan Bisa will be wrap up. But don't worry 'cause for this few days Shin akan cuba update sekerap mungkin sebab idea tengah menari-nari dalam kepala hahaha.

Don't forget to vote and comment!

So until next time! STAY TUNE!

Signing out,

Much love,
Shiniko Kudou

BISAWhere stories live. Discover now