10.54 pm....MATA Base
Ali, Rudy, Alicia dan Iman melangkah masuk ke bilik operasi MATA. Imej General sudah pun terpampang di skrin dan ejen Geetha sedang menantikan kepulangan pasukan Ali. Ejen Geetha dan General pandang kea rah mereka.
"Bagaimana dengan misi kamu semua kali ini?" tanpa melengahkan masa General bersuara tegas. Rudy menjawab. "Kami telah bertembung dengan kumpulan misteri itu dan.. berlaku sedikit pertempuran antaran kami dengan mereka. Tapi kami tetap Berjaya mengenalpasti siapa mereka," terang Rudy dengan panjang.
Rudy ceritakan semula yang terjadi Ketika ke Pelabuhan kepada General dan ejen Geetha, dibantu oleh Iman. Iman menunjukkan data-data yang mereka perolehi.
Ketika itu, Ali dan Alicia hanya berdiam. Alicia hanya mencelah sedikit sahaja untuk memenuhi info yang tertinggal tetapi Ali hanya senyap dari tadi.
Ali tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Rudy dan yang lain kepada General. Dia tidak dapat focus. Kepalanya terasa berat dan dia merasa penat yang amat sangat. Pandangannya juga kabur.
Dia tidak dapat melihat keadaan sekeliling dengan jelas. Disebabkan sakit kepala itu, Ali memegang kepalanya dengan tangan kiri. Berharap sakit kepala itu dapat dikurangkan, tapi tidak.
Tanpa Ali sedar, perbuatannya itu telah menarik perhatian Alicia yang berada disebelahnya. Alicia memerhatikan ejen Tekno itu. Alicia dengar yang pernafasan Ali laju dan kuat. Ali juga tidak fokus dengan taklimat yang Rudy berikan.
Tiba-tiba General mengankat tapak tangannya. Rudy berhenti bercakap. Rudy, Iman dan ejen Geetha pelik dengan perbuatan General. General Rama pandang ke satu arah tanpa berganjak. Mereka bertiga mengikut alir mata General Rama.
Mata General memandang tepat dimana Ali dan Alicia berdiri. "Ali, Ali, kau okay tak?" Alicia bersuara, Ali pula berdiam masih memegang kepalanya.
Alicia mengoncang lembut bahu Ali. "Ali, kau kenapa? Ali? Ali!," Ali yang masih tidak memberi respon itu menimbulkan kerisauan orang sekililingnya. Ya, termasuk Rudy.
Rudy bergerak kearah Ali dan Alicia untuk memastikan keadaan musuh dan rakannya itu. Belum sempat Rudy mendekati mereka berdua, tiba-tiba Ali rebah.
Kejadian itu menyebabkan semua yang berada disitu terkejut. Namun, sebelum sempat kepala Ali mencecah lantai, Alicia dengan pantas menyambut kepala Ali untuk mengurangkan hentakan.
Rudy, Iman dan ejen Geetha yang terkejut terus ke sisi Ali untuk melihat keadaan Ali. Alicia memangku kepala Ali.
Dahi Ali dibasahi peluh dan nafasnya laju dan tercungap-cungap. Seperti orang baru habis marathon.
"Ali?Ali!?" Alicia dan Iman cuba mengejutkan dia bangun namun tak berhasil. Muka Ali berkerut menahan sakit. "Rudy! Segera bawa Ali ke bilik rawatan! Geetha, segera lakukan pemeriksaan ke atas Ali! Alicia dan Iman bantu ejen Geetha apa yang patut!" arah General dengan segera dan risau. "Baik!"
Rudy dan Alicia ingin memapah Ali keluar dari bilik operasi ke bilik rawatan MATA apabila satu hologram muncul di meja hologram di tengah-tengah bilik itu. Hologram itu berbentuk logo kumpulan misteri itu. Yudo.
Suara ketawa bergema diseluruh bilik operasi dan penghuni bilik itu terpegun. "Siapa kamu?" General Rama bertanya keras kepada pemilik suara misteri itu. Dalam masa yang sama ejen Geetha cuba memintas signal hologram itu.
"Kami adalah Yudo. Kumpulan Yudo dan aku adalah Hebi. Ketua kepada kumpulan ini," Hebi menjawab soalan General.
"Apa yang kau mahukan? Apa yang kau dah buat pada Ali, hah?!" Alicia menengking hologram itu.
YOU ARE READING
BISA
FanfictionKejadian Niki hampir memusnahkan Cyberperdana telah berlalu 5 tahun lepas. Kini semuanya telah berubah. Terutamanya Ali. Namun, kehadiran kumpulan misteri menganggu semula keamanan yang telah dibina. Kali ini nyawa Ali juga diancam mereka. Apa yang...