Chapter 6

578 34 5
                                    

Bip.. bip.. bip

Bunyi mesin pengesan degupan jantung bergema ke seluruh bilik rawatan. Seorang doctor sedang membetulkan IV drip. General Rama, ejen Geetha, Rudy, Alicia dan Iman berdiri mengelilingi katil pesakit yang dihuni oleh Ali yang tidak sedarkan diri.

Kemudian, kedengaran pintu bilik itu dibuka dan seseorang bernafas tercungap-cungap. "Ali?! Dia okay tak?" tanya bapa saudara Ali iaitu ejen Bakar yang sedang mengambil nafas di birai pintu. Semua yang berada di situ memandang Bakar.

Selepas nafasnya Kembali normal, ejen Bakar menyertai mereka yang lain di sebelah Ali. "Keadaan Ali buat masa sekarang adalah stabil. Kami dapat melemahkan kesan nanovirus yang berada dalam sarafnya," doctor itu bercakap kepada General.

"Dari apa yang kami dapat kaji, nanovirus ini telah berada dalam saraf Ali lebih lama dari tempoh dia dipatuk," terang doctor itu lagi. "Haa? Apa maksud doctor. Ali baru saja dipatuk semasa misi 3 jam yang lepas," ujar Iman.

"Mengikut data yang kami peroleh, nanovirus itu telah pun berada dalam badan Ali selama 5 hari," "HAA?! 5 HARI?!" kali ini semua ejen muda terperanjat manakala ejen Geetha, ejen Bakar dan General hanya membungkang mata tanpa bersuara.

"Kalau nanovirus tu dah ada dalam Ali selama 5 hari, kenapa baru hari ni dia rasa sakit sampai macam ni?" tanya ejen Bakar, risau akan anak saudaranya yang seorang itu. Alicia memandang kearah Ali dengan wajah sepi.

Ekspresi muka Ali Nampak tenang disebabkan oleh ubat yang diberi tetapi selang beberapa saat dia akan mengerutkan dahinya tanda menahan sakit.

"Saya percaya bisa yang dipatuk oleh ular tersebut sebenarnya adalah untuk menguatkan lagi nanovirus yang sudah tertanam di dalam saraf Ali. Dengan kata mudah bis aitu mengaktifkan nanovirus itu," terang lagi doctor itu.

Ejen-ejen itu hanya berdiam dan doctor itu menyambung lagi tetapi kali ini dengan soalan. "Selama tempoh 5 hari ini, ada Nampak apa-apa perubahan pada Ali?" doctor itu bertanya pada ejen-ejen itu.

Mereka semua berpaling kearah Alicia. Memandangkan Alicia yang lebih banyak meluangkan masa Bersama Ali. Alicia meletakkan jari telunjuknya ke dagu, tanda berfikir. Alicia cuba mengingati jika ada apa-apa yang ganjil tentang Ali.

FLASHBACK ON

Hari Pertama....

"Ali, kau okay tak? Nampak macam tak sihat je?" Alicia menegur Ali dari belakang.

Mereka sedang menuju keluar dari MATA Base setelah selesai misi sebentar tadi. "Haa? Aku okay jelah. Penat sikit. Aik, risau kat aku ke?" Ali tersenyum sinis kearah Alicia.

"Ish! Aku tanya jelah. Dah la. Aku balik dulu. Hpmh," Alicia membalas dengan nada merajuk dan melangkah laju meninggalkan Ali. "Wei, tunggu aku! Aku gurau jelah!" Ali segera mengejar Alicia yang merajuk dengannya.

Hari Kedua.....

Ali dan Alicia berjalan bersebelahan menuju ke rumah mereka. Pada hari itu, Alicia meminta Ali singgah ke rumahnya untuk ambil barang yang ingin diberikan pada Comot. Alicia ada membeli hadiah untuk Comot tetapi dia lupa untuk bawa ke sekolah untuk diberikan pada Ali.

Disebabkan rumah mereka satu jalan, Ali pun setuju untuk singgah sebentar. Perjalanan mereka ditemani suasana sunyi. Dua-dua tidak bersuara. Selalunya mereka berdua ini ada saja benda hendak berbalah tetapi hari ini ejen Tekno dan ejen Neuro itu memilih untuk senyap.

Tiba-tiba kedengaran bunyi seseorang mengeluh.

Alicia memandang kearah Ali. Disebabkan Ali sudah melepasi tingginya, Alicia terpaksa mendongak. "Baru jalan sedikit dah penat dah ke cik abang? Kata nak jadi super ejen. Baru jalan sikit dah mengeluh," Alicia bertanya mengusik.

BISAWhere stories live. Discover now