Cahaya merah menghiasi langit malam yang tidak bertemankan bintang. Suasana sunyi diganti dengan jeritan dan pekikan dari penduduk kampung itu. Api marak melambai tinggi kearah malam dingin. Menjilat segala apa yang ada dilaluannya.
Bangunan 2 tingkat bertema Victoria putih yang dulu tersegam indah kini bertukar hitam dan merah dek api yang mengerumuninya. Suara-suara kuat bergema di sekitarnya. Memberi arahan dan menjerit pertolongan.
"Cepat, cepat! Bawa lebih banyak air!" berpuluh-puluh kelibat manusia berlari mencari cara untuk memadamkan api itu. Pihak Bomba masih belum tiba, jadi ini sahaja yang mereka boleh lakukan.
"Tolong! Tolong kami!" jeritan meminta bantuan bergema dari dalam rumah agam itu. Seorang wanita berpakaian gown putih dan lelaki berkemeja putih sedang memeluk tiga orang kanak-kanak untuk memberi perlindungan.
Rambut wanita itu yang ikal melekat di pipinya dibantu peluh yang membasahi muka. "Abang, apa yang perlu kita buat ni?" tanya wanita itu. kerisauan jelas kedengaran dari suaranya.
"Sayang jangan risau abang akan cari jalan keluar untuk kita. Awak jaga anak-anak kita," si suami mencium pipi isterinya serta anak-anaknya sebelum keluar dari bilik utama itu.
Si isteri hanya membiarkan lelaki itu pergi walaupun hati tidak ingin melepaskan. Rasa seperti itu kali terakhir mereka bakal berjumpa dan seolah itu ciuman terakhir sebagai suami isteri. Dia terus memeluk anak-anaknya. 'Tolonglah selamatkan dia,' bisik pada hatinya berdoa.
"Mama, kita akan selamat ke? Papa pergi mana?" soalan dilontar dari anak sulungnya. Si ibu hanya tersenyum sayu.
"Jangan risau ye, sayang. Papa dan mama akan pastikan kamu semua selamat," dia mengusap lembut rambut hitam anaknya. Kanak-kanak lelaki itu tersenyum kecil, gembira diusap oleh mamanya. Dia melihat pada dua orang lagi adiknya. Seorang sedang memeluknya dengan kuat. Cuba menyembunyikan ketakutannya manakala seorang lagi sedang lelap dipangkuan mama mereka.
'Aku perlu bantu mama dan papa lindungi mereka,' dia menanam azam yang kuat dalam hatinya.
"Sayang!" suara lelaki tadi muncul dari birai pintu. Mereka tersentak seraya memandang lelaki itu.
"Abang!" perasaan lega jelas dari suaranya. Air mata mengugut untuk gugur. Si suami berlari kearah isteri dan anak-anaknya.
"Abang dah jumpa lalu untuk keluar dari sini tapi kita kena cepat," kata lelaki itu tergegas tetapi masih ada ketenangan dalam suaranya.
Si isteri hanya mengangguk dan bingkas bangun dari duduknya. Anak paling kecil masih dalam dakapan. Si suami memimpin tangan kedua tangan anak sulung dan adiknya dan mereka segera berlari keluar dari bilik yang dijadikan tempat berlindung.
Dengan segera mereka menuruni tangga yang masih utuh walau hampir dijilat api. Beberapa langkah lagi untuk sampai ke pintu keluar dari neraka dunia itu tetapi Langkah mereka terhenti. Satu blok kayu yang menjadi bakar api jatuh di hadapan mereka.
Lelaki itu tangkas menukar laluan tetapi tehenti sekali lagi. Kali ini kedengaran bunyi seperti sesuatu bakal jatuh. Dengan pantas, lelaki itu menoleh kearah bunyi itu datang. Dari atas kepala mereka kelihatan satu lagi papan sokongan rumah jatuh dan menuju betul-betul di atas kepala mereka.
Mengesan bahaya yang bakal menimpa keluarganya, lelaki itu dengan cepat menolak anak-anak dan isterinya dari Kawasan bahaya itu. nasibnya baik kerana dia sempat menyelamatkan keluarga tersayang tetapi sebagai ganti, kayu itu menghimpap dirinya.
"Abang! / Papa!" jerit mereka yang terselamat. Mereka melutut dihadapan lelaki itu cuba utk mengalihkan bongkah kayu itu namun tidak Berjaya. Terlalu berat dan panas. Air mata berjujuran di pipi putih wanita itu.
"tak apa...jangan hiraukan abang...selamatkan anak-anak kita...itu lebih penting... abang dah tak boleh nak keluar..." senyuman sayu menghiasi wajah jejaka itu.
Wanita itu menggeleng laju sambil tangisnya semakin deras. "Tak... saya tak akan tinggalkan abang...saya tak sanggup," katanya diselangi esakkan.
Dengan lemah lelaki itu mengusap wajah isterinya yang satu itu. senyuman lebar diberikan. "pergi...selamatkan diri dan mereka...abang janji kita akan jumpa lagi..." suaranya semakin lemah tetapi dia menguatkan diri demi mereka.
Si isteri terkedu lalu mendekatkan diri dengan suaminya. Lelaki itu mencium isteri dan anak-anaknya untuk kali terakhir. Wanita itu menatap wajah lelaki itu buat kali terakhir. Merenungnya untuk dijadikan ingatan sebelum beredar bersama anak-anaknya dengan berat hati.
Akhirnya mereka berempat Berjaya keluar dari rumah agam yang terbakar itu dibantu oleh penduduk kampung dan ahli Bomba yang berada disitu.
Mereka segera dibawa ke ambulans dan digegaskan ke hospital. Disebabkan telah menghidu asap yang banyak si ibu pengsan meninggalkan anak-anak kecilnya dalam jagaan anak sulungnya.
Sesampai sahaja di hospital, wanita itu dibawa ke wad dengan pantas meninggalkan mereka bertiga dalam jagaan jururawat yang merawat mereka.
Semua berlalu dengan pantas bagi si anak sulung. Dia yang berumur 8 tahun itu dapat mengenalpasti berapa getirnya keadaan yang berlaku dan dia tahu yang dia perlu menjaga adik-adiknya. Tidak lama kemudian, ayah saudaranya iaitu adik kepada ibu mereka tiba. Dengan wajah risau jelas kelihatan berlari kecil kearahnya. Bapa saudara dan Tiga kanak-kanak lelaki itu sedang menunggu dihadapan bilik wad dimana ibu mereka ditempatkan. Masih menanti untuk doctor didalam sana keluar dan beritahu yang ibu mereka baik-baik sahaja.
Seperti dapat membaca fikiran si sulung itu, doctor keluar dari bilik itu. wajahnya tidak membenarkan sebarang riak terlepas. Si abang tidak dapat membaca muka doctor itu.
"Adakah encik ini ahli keluarga kepada pesakit?" tanya doctor itu pada bapa saudara kanak-kanak itu memandangkan hanya dia orang dewasa disitu. Pantas lelaki itu mengangguk.
Doctor melihat pada adik-beradik itu sekilas. "Boleh encik ikut saya?" kini lelaki 30-an itu pula pandang pada anak saudaranya. "Baiklah," jawabnya ringkas. "Kamu tunggu disini bersama adik-adik ye," arah lelaki itu lembut kepada mereka dan hanya anggukan sebagai balasan.
Doctor wanita itu membawa lelaki itu jauh sedikit untuk berbincang tentang pesakitnya. Disebabkan mereka jauh, si sulung tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh si doctor. Tetapi dari riak wajah, gelengan kepala oleh si doctor dan tangisan yg jatuh dari mata lelaki itu, dia dapat tahu apa yang mereka katakan.
Mama sudah tiada
Air matanya jatuh namun cepat-cepat diusap, khuatir adik-adiknya nampak. Bapa saudaranya berjalan semula kearah mereka. Dia melutut dihadapan mereka supaya mereka berdiri sama tinggi. Dengan berat hati dia memberitahu perkara sebenar. Si sulung terima dengan sedih tapi dia tidak mahu menangus dihadapan adik-adiknya. Adiknya yang kedua menangis dengan kuat dalam dakapan pakcik mereka manakala yang paling kecil masih tidak faham apa-apa.
Mereka kemudian masuk ke wad ibu untuk melihatnya kali terakhir. Setelah itu, mereka dibawa ke rumah pakciknya.
"Esok lepas kebumikan mama kamu, pak ngah nak bawa kamu semua ke satu tempat," beritahu lelaki dewasa kepada anak buahnya.
"okay," jawabnya ringkas.
Sepanjamg perjalanan mereka ditemani malam yang gelap tidak berbintang. Mungkin esok bakal hujan.
BERSAMBUNG
Hai semua! Maaf sbb Shin ambil masa yang lama untuk update chapter terbaru. Busy sikit dengan bisnes keluarga. Jadi ini untuk chap terbaru dan maaf jika chapter ni membosankan dan pastinya ia tidak berhenti disini sahaja.
Jadi, boleh agak tak chapter ni kisah tentang siapa? Hehehe sila nantikan chapter sambungn ye.
Selamat membaca dan STAY TUNE
Signing out
Much love,
Shiniko Kudou.
YOU ARE READING
BISA
FanfictionKejadian Niki hampir memusnahkan Cyberperdana telah berlalu 5 tahun lepas. Kini semuanya telah berubah. Terutamanya Ali. Namun, kehadiran kumpulan misteri menganggu semula keamanan yang telah dibina. Kali ini nyawa Ali juga diancam mereka. Apa yang...