Chapter 12

204 14 4
                                    

Reaksi yang dipamerkan oleh Jeneral Rama dan ejen-ejen dihadapannya diperhatikan. Jelas terkejut dicampur dengan kelu lidah menambahkan kesunyian.

Eksperimen rahsia? Gabungan genetic haiwan dan manusia? Apakah semua ini?

Macam mana MATA yang merupakan agensi istimewa Cyberaya tidak tahu semua ini?

Mustahil.

Melihat riak mereka, Hebi tergelak kecil. Kit senyum sinis.

"korang semua tak tahu kan pasal perkara ini? Kau patut bersyukur agensi korang tidak terlibat. Kalau tak, mesti korang pun akan musnah bersama manusia-manusia durjana itu," Kit berkata sinis.

Mendengar ayat penuh memerli itu, darah panas Rudy menyirap. "kau ni!!" Alicia menahan Rudy dari bertindak melulu.

"apa yang terjadi pada kanak-kanak itu? Kau kata kau dah musnahkan tempat itu, jadi mana mereka semua?" Jeneral pantas bertanya sebelum Hebi bertindak ke atas kemarahan Rudy.

"Dorang semua dah mati," Rai menajawab ringkas.

Semua yang mendengar terkedu. Semua?

"Tiada seorang pun ke yang terselamat?" Iman seperti dapat agak apa yang bermain difikiran rakan-rakannya.

"Hanya tiga orang yang bertuah~" suara keanak-anakan itu terasa berbisa.

Alicia tak perlu meneka siapa tiga orang yang 'bertuah' itu. Dia menggenggam kuat penumbuk. Banyak perkara yang ingin dia tahu tentang projek rahsia itu tetapi mereka kesuntukkan masa!

"macam-macam uji kaji mereka jalankan. Ramai yang terkorban hanya disebabkan nak cari bahan yang sesuai. Apa mereka fikir tak sakit ke semua itu?! Mereka hanya tengok saja tubuh tikus makmal longlai tanpa sebarang riaksi. Langsung tiada perikemanusiaan...sampah!"

Sehari selepas pertemuan mereka, Makoto telah dijemput dari biliknya dan dibawa ke suatu Kawasan fasiliti yang dia sendiri tak pernah datang atau tahu tentang tempat itu.

'Ini mesti tempat uji kaji tu...' dengan diam, Makoto mengikut seorang lelaki yang berkot doktor dengan dua orang pengawal berpakaian hitam berjalan masuk ke makmal itu. Makmal yang besar dan serba putih itu dilengkapi dengan pelbagai alat dan mesin-mesin besar.

Sebuah katil di letak ditengah-tengah makmal itu. Disebelah kanan kepala katil, terdapat sebuah lampu berdiri tinggi manakala di sebelah tiang lampu itu, sebuah tray beroda ditempatkan. Atasnya ditutupi dengan sehelai kain putih.

"Sila ikut sini..." 'doktor' itu membawa Makoto ke sebuah bilik kecil. Disitu Makoto diarah untuk menanggal baju dan naik ke atas penimbang berat.

Si 'doktor' itu mengambil sebuah alat lalu dilalukan dari atas kepala Makoto sehingga ke kaki. Data yang terpapar di skrin alat itu dicatit ke atas sehelai kertas yang dipegang.

Selesai dengan ujian itu, Makoto dibawa pula ke bilik lain. Di situ dia hanya ditanya soalan-soalan ringkas berkaitan kesihatan, hobi, makanan kegemaran, sukan yang diminati, subjek yang disukai dan haiwan yang dia rasa hebat dan sebab dia berkata begitu.

Makoto menjawab semua soalan itu dengan mudah. Selepas 2 jam didalam makmal itu, Makoto dibawa semula ke biliknya.

Sejak dari hari itu, Makoto akan dibawa ke makmal itu tetapi setiap hari ujian yang dijalankan adalah berbeza. Daripada segi teori ke segi fikizal. Semua ditanya dan uji tetapi kesemuanya seperti ujian yang biasa.

Tiada langsung eksperimen pelik-pelik yang dijalankan keatasnya. Namun, Makoto tak sebodoh itu percaya ini hanya ujian biasa. Ini pasti berkaitan dengan eksperimen yang adik dia katakan.

BISAWhere stories live. Discover now