Bab 12

265 28 34
                                    

Di dalam bilik...

Duri:Solar, solar!

Solar:Ya, duri.. Kenapa?

Duri:Solar, solar sayang duri tak?

Solar:Eh, kenapa duri tanya macam tu pula? Mestilah sayang, durian abang terbaik solar... Plus cute pula tu.

Duri:Hehe, eh solar baca buku apa tu? Duri nak baca juga boleh tak?

Solar:Oh, buku ni eh? (tunjuk ke arah buku)

Duri pula terus menangguk perlahan-lahan.

Solar:Buku ni menceritakan pasal seorang abang ni, dia sayangkan semua adiknya kecuali ada seorang saja, adiknya yang dia tak sayang.

Duri mula menunjukkan minatnya terhadap cerita solar. Dia terus meminta solar menceritakan untuknya.

Duri:Kenapa abang dia benci adiknya tu? Apa dah jadi.. Ceritalah...

Solar:Dia tak sayangkan adik dia atas salah faham je. Dia menyangkakan... Adik dia tulah punca ibu ayah mereka tiada.

Duri:Lepas tu, apa jadi dengan.. Arr sesiapa jelah..

Solar:Dia dan lagi dua orang adiknya sering membuli adiknya itu. Dia kata adiknya itu membawa malang, namun adiknya itu bernasib baik kerana masih ada lagi yang sayangkan dia.

Duri berfikir sebentar. Kisah yang diceritakan oleh solar itu seperti ada kena-mengena dengan kehidupannya,namin dia nafikan semua itu. Mungkin hanya kebetulan sahaja.

Duri:Hmm... Kesian adik dia tu. Mesti adik dia sedih kan?

Solar menggeleng sambil tersenyum. Dia menyentuh tangan duri.

Solar:Tak, dia tak menangis pun... Apapun yang abang dia buat dekat dia... Dia tetap tak kisah dan dia terus sayangkan abang dia tu... Macam abang solar seorang ni.. Walau apa jua cabaran yang datang dekat dia, dia tetap tersenyum.

Duri tersenyum malu apa bila mendengar pujian solar. Dia melihat jam yang tergantung di dinding dengan perasaan terkejut.

Duri:Alamak, dah nak lewat malam! Patutlah duri rasa mengantuk...huarghhh solar duri tidur dulu ya?

Solar:Okey, tidurlah.. Goodnight, duri.

Duri:Good night solar... Assalamualaikum...

Solar:Waalaikumsalam...

Tidak sampai beberapa saat, dengkuran halus mula didengari oleh solar. Solar tersenyum sendirian lalu dia kembali menyambung bacaannya.

Keesokan harinya...

Duri bangun pada pagi itu dengan penuh ceria. Dia terus bersihkan diri lalu bersiap. Selesai bersiap, dia terus turun ke bawah untuk berjumpa dengan adik-beradiknya.

Solar:Selamat pagi, duri!

Duri:Selamat pagi, solar!!! Solar buat apa tu? Baca buku lagi ke?

Solar:Ha'ah, tengah baca fasal... Albert Einstein.

Duri:Alll.. Al ape?

Solar:Albert Einstein... Hehe, nama dia memang susah nak sebut sikit...

Duri:Ouh...tapikan solar... Dia tu siapa pada kita? Hidup lagi ke dia?

Solar:Taklah... Dia dah lama meninggal.. Dia tu ahli sains yang paling hebat... Atas kejayaan dia itulah dia dapat banyak anugerah. Duri nak tahu tak, dia ni orang yang paling bijak tahu.

Duri:Ouhh... Hebatnya... Dia tokoh bidang apa?

Solar:Fizik... Sebab tu solar baca fasal dia...banyak fakta menarik fasal dia ni..

Duri:Ouhhh(haih dari tadi aku asyik Ooo je😂) ermm... Ada gambar dia tak? Kalau ya.. Duri nak tengok boleh?

Solar:Kejap ya...

Solar terus membelek buku itu, setelah dia jumpa gambar dia terus menunjukkan kepada duri.

Duri:Urghhh... Peliknya muka dia...

Solar:Hahaha! Duri, orang dulu memang macam tulah, duri tak perlulah rasa pelik... Memang penampilan diorang macam tu dulu. Lainlah kita sekarang ada kemeja, t-shirt.. Hoodie. Pendek kata, arus zaman berubah dari semasa ke semasa. Gaya, fesyen, budaya, teknologi serta gaya pembelajaran pun kini berubah mengikut zaman tahu?

Duri:Ouh... Zaman dah banyak berubah. Jadi, tujuan kita belajar sejarah sebab nak bagi dapat iktibar daripada setiap peristiwa?

Solar:Betul itu wahai anak muda. Pandai duri fikir...

Duri:Takdelah, solar lagi pandai dari duri.

Solar:Eh, dah pukul berapa ni? Sarapan dah siapa ke belum?

Duri:Ehtahlah, jom kita tengok solar!

Solar:Jom.

Sebaik sahaja mereka berdua menjejakkan kaki ke dapur, mereka terus berasa hairan kerana kelibat Halilintar yang berada di situ, bukannya gempa.

Solar:Eh, Halilintar. Kenapa kau ada dekat sini? Mana gempa?

Halilintar:Gempa kata dia badmood harini, so dia minta aku tolong buatkan sarapan.

Duri:Badmood? Kenapa gempa badmood? Dia ada masalah ke?

Halilintar:Entahlah, aku pun tak tahu. Bila aku tanya dia diam je. Korang dah lapar ke? Tunggu kejap ya, aku.. Tengah nak buat air, cari gula tak jumpa. Hehe...

Duri:Halilintar nak duri tolong tak? Kesian Halilintar buat kerja sorang-sorang.

Halilintar:Eh, takpe duri. Sikit je ni, setakat buat air tak sampai setengah jam pun. Takpe Halilintar Okey je.

Solar:Hmm... Gempa dekat mana sekarang?

Halilintar:Entah, aku pun tak tahu. Kau cubalah cari dia, aku nak sambung buat kerja.

Di ruang tamu....

Solar:Duri?

Duri:Ermm?Ya solar, kenapa?

Solar:Solar nak naik atas kejap, nak ambil telefon. Tak perasan pulak yang solar tertinggal telefon.

Duri:Ouh, okey.

Duri terus berjalan hingga ke depan pintu. Tiba-tiba dia ternampak gempa bersama ais sedang duduk di hadapan pintu rumah mereka. Dia mengintip mendengar perbualan mereka.

Ais:Sudahlah tu, gempa. Jangan sedih lagi... Takpe nanti kita kumpul duit sama-sama untuk beli kasut baru.

Duri berasa pelik apabila mendengar perbualan mereka. Dia berbisik perlahan.

Duri:Kasut? Kasut apa ni? Hmm, baik duri sambung dengar perbualan.

Gempa:Tapi ais, kau tau kan ni kasut bola kesayangan aku. Kasut ni yang paling selesa aku pakai semasa aku main bola dengan korang.

Ais:Iye, aku tahu. Tapi nak buat xama kalau kasut ni nak rosak. Takpe, nanti kita beli kasut yang baru. Kasut tu lagi cantik dari kasut lama ni, Okey?

Gempa:Ermm... Okey.

Duri:Kasut bola kesayangan gempa rosak? Biar betul?

Ais:Aku tahu blaze tak sengaja nak rosakkan kasut kau. Maafkanlah dia ya?

Gempa:Ermm... Okey.

Ais:Eh, dah pukul berapa ni? Agak-agaknya Halilintar siap tak lagi buat sarapan?

Gempa:Entahlah, tak tahu.

Baru saja ais menyebut nama Halilintar, kelihatan abang mereka itu sudah menjerit mereka untuk bersarapan. Alhamdulillah mujurlah tak runtuh rumah diorang sebab jeritan Halilintar.

Halilintar:Korang, mari makan!!!! Sarapan dah siap!!!!!

Ais:Eh, gempa. Halilintar dah panggil tu. Jom kita pergi makan.

Gemoa:Okey je.

Apabila duri perasan mereka berdua hendak melalui lorong itu, dia terus menyorok di sebalik sofa. Sambil dia menyorok dia berbisik.

Duri:Kasut...kasut bola...

Duri mendapat idea. Dia tersenyum sendirian.

Bersambung...



Hadiah Untuk Gempa S1 (Kerana Dendam) Where stories live. Discover now