Di ruang tamu...
Solar sedang mengintai kelibat blaze dan taufan di belakang rumah. Rancak betul perbualan mereka berdua di mata solar. Hmm.. Seronok mengutuk durilah tu, desis hati solar.
Tiba-tiba, matanya terpandang ke arah Halilintar dan ais yang sedang berbual sambil berjalan menuju ke dapur. Solar terus memanggil mereka berdua.
Solar:Halilintar... Ais...
Ais:Ya? Kenapa solar?
Solar:Sini kejap.. Aku nak bagitahu something ni.
Halilintar dan ais memandang sesama sendiri dengan muka hairan. Benda apa yang solar nak cakapkan sangat tu? Penting ke?
Halilintar:Kenapa ni solar? Kau ada masalah ke? Ada radas kau pecah dan rosak lagi ke? Ke termometer di makmal kau pecah, boleh panggil bomba minta uruskan.
Solar:Ish... Bukanlah. Ini ada kaitan dengan durilah.
Ais:Hah? Kenapa dengan duri? Dia kena buli lagi ke?
Solar:Haa, nilah aku nak cerita dekat korang ni. Jom masuk makmal aku dulu, sebab benda ni private sikit.
Halilintar:Hmm.. Yelah.
Seperti lembu dicucuk hidung, ais dan Halilintar pantas mengikuti langkah kaki solar. Seelok sahaja mereka masuk dalam makmal kesayangan solar, solar terus mengunci pintu makmal.
Ais pula semakin pelik dengan perangai solar. Privasi sangat ke benda yang si budak swag ni nak ceritakan?
Ais:Dah kenapa kau tutup pintu ni? Private sangat ke benda tu? (sambil minum Hot chocolate)
Solar:Bukan pagi tadi...
Halilintar:Kenapa dengan pagi tadi? Ada lipas gigit kau ke? Itulah aku dah suruh kau beli ubat gegat tapi kau sendiri yang degil nak cipta racun semulajadi nak bunuh lipas. Sekarang apa dah jadi?
Solar:Hish... Bukan pasal tulah. Kan aku cakap ni ada kaitan dengan duri tahu tak?
Halilintar:Oh, aku ingatkan ada lipas gigit kau. Boleh juga aku tolong hapuskan lipas tu.
Solar:Hello, excuse me. Bilik aku ni 24 hours sentiasa kemas Okey, so lipas ke tikus ke, cicak ke mahupun salamander pun.. Nak duduk di bilik aku? Hmm.. Jangan harap. And one more thing hali, bilik I bukan macam bilik lagi dua ekor budak tu tau.. Bersepah dan kotor.. Aku yang nak masuk pun euwwww.. Oh my god no way aku tak rela nak masuk! Nak jejak kaki satu inci mahupun satu mili meter pun aku tak sanggup!
Ais & Halilintar:(muka menyampah) Overacting betullah mamat poyo ni.
Solar:Kenapa? Kenapa pandang solar macam tu? Betullah apa yang solar bilang sama kamu..atau solar ni ganteng banget ya?
Ais:Eeee, pleaselah solar kau jangan perasan sangat boleh tak?!
Halilintar:Betul tu, aku yang dengar pun nak muntah pelangi tahu tak?!
Ais:(jeling Halilintar) kau pun dua kali lima je. Kata dekat orang.
Halilintar:Ish, aku libas kau japgi baru tahu.
Ais:Libaslah kalau berani.. Nanti kau kena pukul dengan gempa baru tahu.
Solar:Oit!
Ais & Halilintar:Hish.. Kenapa?
Solar:Korang nak bergaduh ke nak dengar cerita aku?
Ais:Cerita kaulah..
Solar:Dah tu duduk diam-diam! Korang asyik bergaduh je tahu tak?
Halilintar:Eleh, dia pun sama.. Kata de...
Ais:Shhhhhhh! Diam!
Halilintar menarik nafas lalu menghembuskan ya dengan kasar. Dia membuat muka menyampah.
Halilintar:Hurm.. Yelah. Ceritakan, aku juga nak kena mengalah.
Solar pun menceritakan apa yang jadi kepada duri pagi tadi. Mata Ais dan Halilintar terus terbuntang seperti nampak hantu kak limah.
Halilintar:Seriuslah taufan dan blaze kotorkan baju duri pagi tadi?!
Ais:Ish.. Blaze nak kena dengan aku ni.
Solar:Iye, habis comot baju dia pagi tadi sebab kena curah dengan air kopi. Bukan sikit.. Banyak pula tu.
Ais:Jadi sekarang,kau nak buat apa solar? Baju yang duri pakai tu kan baju favourite kau,edisi terhad pula tu.
Halilintar:Ha'ah, jenama pun bukan biasa-biasa. Aku nak kumpul duit pun tak mampu, mampu menangis air mata berdarah adalah.
Solar:Haish, itulah pasal. Aku nak kena cipta satu sabun untuk tanggalkan kesan kotoran tu. Barulah baju tu selamat dan tak rosak.
Ais:Jadi.. Kau tak marah duri lah? Yelah, kan dia rosakkan baju kau.
Solar:Haih, masalahnya bukan duri yang patut kena marah.. Si blaze dan taufan tu yang aku patut marah. Habis baju aku tu, dah tak cantik.
Halilintar:Hmm... Betul juga. Jadi.. Kau takde apa-apa plan ke?
Solar:Plan? Untuk apa?
Halilintar:Untuk..
Ais:Aku ada idea.
Solar dan Halilintar menoleh ke arah ais secara serentak. Hati mereka tertanya-tanya apa idea si mamat ais batu ni.
Solar:Apa dia?
Ais:Sini aku bisikkan.
Selepas 15 minit...
Halilintar:Hmm.. Boleh tahan idea kau. Bagus, bagus.
Solar:Bijak juga kau ni eh, ais. At least berjalan juga otak kau ni.Aku ingatkan otak kau ni tahu nak tidur je.
Ais:(death glare) Jaga sikit mulut kau tu.
Solar:Err.. Heheh gurau, gurau.
Halilintar:Jadi solar, kau setuju tak idea ais?
Solar:Baiklah, aku setuju. Bersedia semua, kita akan jalankannya petang ini.
Ais & Halilintar:Baik boss!!
(Bahagian tambahan)
Halilintar:Kau jangan tidur ya petang ni, ais. Kalau kau tidur aku ketuk kepala kau pakai kuali.
Ais:Ish, aku tahulah!!
Bersambung....
"Assalamualaikum... OwO Yeay finally dapat juga keluarkan idea dari otak tiny ni. Yelah, otak tiny tengah fikirkan homework tapi tiba-tiba idea muncul... :>"
"Idea selalu muncul waktu yang salahkan? Sedih betullah hidup ni QvQ."
"Sorry tau kalau bab kali ni boring sangat-sangat, tiny dah cuba tulis sebaik mungkin. Owo. "
"Tiny nak cakap terima kasih sebab sudi baca cerita ni, terhibur jugak hati bila tiny baca komen dari korang semua >o<. Hilang juga stres sikit."
"Okey, tiny lari dulu ya.. Insya Allah nanti kalau ada masa tiny sambung okay? Bye~Tataaa titiiiiiii tutuuuu, tiny lari dulu!"
"Assalamualaikum!"
YOU ARE READING
Hadiah Untuk Gempa S1 (Kerana Dendam)
Fiksi Penggemar"KEMATIAN AKU ADALAH HADIAH ISTIMEWA KAU!!!" Sebuah warkah akanku tulis untukmu... Kerana kata-kataku ini bermakna.. Untukmu.. "Saat ku berdiri disini,kau sering meminggirkanku." "Di saatku cedera,jatuh terbaring di bumi ciptaan Tuhan,kau tetap m...