Waktu pagi..
Duri sedang memperbetulkan kedudukan tali leher di kolar bajunya. Ada masa si solar ni tolong betulkan juga apa yang mampu. Nampak gaya macam si solar ni assistant dia pula.
Solar:Okey, yang ini dan ini.. Siap! Wahh... Hensemnya duri pakai baju ni!!!
Duri terus memerhatikan penampilannya di hadapan cermin. Benar penampilannya pada pagi itu jauh berbeza daripada sebelumnya. Gaya pemakaiannya nampak seperti dia... Sudah matang.
Duri:Okey ke duri pakai macam ni? Rasa macam tak Okey je.
Solar:Okeylah, dekat mata solar duri nampak.... Hensem pagi ni.100% bertentangan dengan sifat sebenar duri. Wah.. Abang aku nampak matanglah.
Duri:Sudah-sudahlah tu, duri biasa-biasa jelah. Tak perlulah melebih-lebih... Okey jom kita turun sarapan.
Solar:Eh, betul juga. Jom takut duri lambat nak pergi kerja!!
Solar terus menarik tangan duri untuk turun ke bawah. Duri hanya tersenyum apabila memerhatikan gelagat adiknya itu.
Di dapur...
Solar:Good morning guys!!!
Semua:Good morning, M.r swag!
Duri:Selamat pagi semua!!!
Halilintar:Selamat pa...
Ayat Halilintar terus tergantung apabila memerhatikan gaya duri pada pagi itu. Tampak berkarisma di matanya,suapannya pada nasi goreng itu terus terhenti dan serta-merta sudu yang berada di tangannya itu terjatuh di lantai.
Elemental yang lain juga terkejut apabila memerhatikan gaya duri pada pagi itu. Semua mata fokus memandang ke arah duri yang bergaya.
Ais terus terjaga daripada tidurnya apabila terbau sesuatu yang wangi. Ya, solar menyemburkan sedikit minyak wangi kepada duri tadi.
Taufan dan blaze pula terlopong apabila melihat duri melintasi di hadapan mereka. Nampak gaya seperti seorang lelaki yang bergaya dan kaya-raya.
Yelah, duri pada pagi itu berkemeja putih dan lengannya dilipat. Di lengannya pula tersangkut tuksedo berwarna hitam pekat.
Gempa pula yang sedang menuang air teh tidak sedar dia tertumpahkan ke atas lantai. Iris emasnya itu fokus melihat gaya duri.
Duri pula berasa pelik kerana lima pasang mata itu memerhatikan tepat ke arahnya.
Duri:Kenapa semua pandang duri macam tu? Duti nampak pelik ke pagi ni?
Halilintar:Duri kau nampak...
Ais:Sangat bergaya...
Halilintar:Betul!! Kau nampak macho gila pagi ni!!
Duri;Eh iyeke? Mana ada duri biasa biasa je..
Ais:Wah kau beli bila baju ni!! Nampak baru lagi!!!
Ais terus melihat duri dari atas ke bawah. Sungguh, dia tidak percaya duri berpakaian sebegitu rupa. Terus hilang sifat polos duri.
Halilintar:Kan.. Siap pakai perfume lagi. Perghh wangi gila.. Tahniah duri.. Kau dah up.
Duri:Hehe.. Sama-sama. Ni semua solar yang bantu. Duri bukan tahu sangat.
Halilintar:Wah, seriuslah solar!! Kalau macam tu aku nak minta kau tolong siapkan untuk aku boleh tak?
Solar:Boleh...
Halilintar:Wah, terima ka...
Solar:Boleh blah.
Halilintar:What the... Kedekut.
YOU ARE READING
Hadiah Untuk Gempa S1 (Kerana Dendam)
Hayran Kurgu"KEMATIAN AKU ADALAH HADIAH ISTIMEWA KAU!!!" Sebuah warkah akanku tulis untukmu... Kerana kata-kataku ini bermakna.. Untukmu.. "Saat ku berdiri disini,kau sering meminggirkanku." "Di saatku cedera,jatuh terbaring di bumi ciptaan Tuhan,kau tetap m...