Di tempat kerja...
(waktu rehat)
Fang:Kau Okey tak duri? Aku tengok makin teruk je luka kau ni.
Duri:Alahh.. Takpe fang. Benda kecil je ni. Tak payah nak dirisaukan sangat...
Duri terus menghirup kopi Cappucino yang hangat di tangannya. Sambil minum kopi itu, dia teringatkan kepada solar.
Duri:(Dalam hati:Hmm.. Balik ni aku nak beli air lah dekat solar. Kesian dia.)
Fang pula terus menyoal kawan baiknya itu sambil menikmati secawan Green tea yang segar di tangannya.Terasa segar sikit badannya yang letih itu selepas menghirup teh itu.
Fang:Macam mana dengan adik-beradik kau? Makin Okey arau makin teruk?
Duri:Haih.. Macam tulah fang, diorang tak berubah... Diorang tetap bencikan aku. Tapi walaupun diorang bencikan aku, aku tetap sayangkan diorang.
Fang:Kau ni jangan baik sangat dengan diorang tu, sekali sekala kau patut melawan juga. Lagi kau manjakan diorang lagi tu diorang buat kau jadi alas kaki.
Duri:Alas kaki? Apa pula yang kau merepek ni? Aku manusialah.
Duri memandang fang dengan wajah yang berkerut. Apa pula si fang ni karutkan, ade ke dia kata aku alas kaki.Teruk betul, hati kecil duri bisik.
Fang pula menepuk dahinya. Alahai, salah diri sendiri juga guna bahasa kiasan.
Fang:Ish.. Bukanlah.. Maksud aku aku tak nak diorang pijak kepala kau. Macam diorang buli kau, aku tak nak kau tanggung sakit sendiri tahu.
Duri:Oh.. Alah takpelah fang. Buat apa aku nak lawan, aku adik mesti mengalah kan?
Fang:Kau ni terlalu baiklah duri..
(mengeluh)Duri:Takpe, aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu benda yang aku buat ni terbaik untuk mereka.
Fang:Tapikan, maaf sebab aku sibuk. Nape kau lambat masuk office tadi?
Duri:Ermm.. Takdelah ada masalah tadi. Halilintar ada masalah tadi..dia.. Err.. Haa sakit perut. Sebab tu aku lambat datang...
Fang:Ouh.. Okey. Eh, kita dah lewat ni. Jom masuk balik!
Duri:Jom.
(Waktu malam)
Harini duri dapat pulang awal sedikit kerana majikannya memberi izin untuk dia berehat di rumah. Pada awalnya, duri memang rasa bersalah tapi dia perlu menerima juga kerana dia mahu menjaga hati majikannya pada masa yang sama.
Pintu rumah itu dibuka perlahan-lahan. Duri melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan bacaan basmalah.
Duri:Assalamualaikum.
Rumah itu sepi seperti biasa, mungkin yang lain sibuk membuat hal masing-masing agaknya. Duri terus naik ke atas untuk membersihkan diri.
Usai membersihkan diri, solar datang menyapanya.
Solar:Duri!!! Awalnya duri balik harini! Kenapa duri balik awal sangat?
Duri:Solar... Takdelah harini majikan duri bagi keizinan untuk solar balik awal. Sebab tulah duri balik awal harini.
Solar:Baiknya majikan duri tu. Semoga dia terus dimurahkan rezeki.
Duri:Aamin... Baik betul budak ni, dia doakan untuk orang lain ya?
Solar:Bukan ke dulu duri ajar solar supaya buat macam tu?
Duri:Alhamdulillah baguslah kalau macam tu.
![](https://img.wattpad.com/cover/255422400-288-k403789.jpg)
YOU ARE READING
Hadiah Untuk Gempa S1 (Kerana Dendam)
Fanfic"KEMATIAN AKU ADALAH HADIAH ISTIMEWA KAU!!!" Sebuah warkah akanku tulis untukmu... Kerana kata-kataku ini bermakna.. Untukmu.. "Saat ku berdiri disini,kau sering meminggirkanku." "Di saatku cedera,jatuh terbaring di bumi ciptaan Tuhan,kau tetap m...