Keesokan harinya....
Seperti biasa duri akan menjalani rutin hariannya iaitu pergi ke tempat kerja pada awal pagi.
Duri tiba di tempat kerjanya awal daripada biasa. Baru saja dia mahu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang empuk itu, namanya dipanggil oleh seseorang.
Dan si pemanggil itu ialah fang.
Selalunya setiap kali fang bertembung dengan duri, senyuman pasti akan terukir di bibirnya. Namun sejak penyebaran fitnah itu tiada lagi senyuman yang dihadiahkan untuknya.
Namun duri redhakan hatinya untuk menerima ketentuan takdir. Mungkin kejadian yang berlaku kali ini memberi hikmah besar kepadanya.
Fang:Oit, duri.
Duri:Hmm, kenapa fang? Nape jumpa aku ni?
Fang:Boss kata dia nak jumpa kau sekarang dekat meeting room.
Duri:Ouh, Okey. Ada hal mustahak sangat ke yang boss nak jumpa aku ni?
Soalan duri itu dibalas dengan nada dingin fang.
Fang:Manalah aku nak tahu. Kau nak tahu sendiri kau pergilah. Dahlah aku nak pergi buat kerja aku.
Duri:Okey...
Duri berasa berdebar apabila mendengar perkataan majikannya itu mahu berjumpa dengannya. Debaran semakin menyesak di dadanya. Terasa jantungnya itu berdegup seperti mahu tercabut keluar dari badannya.
Tanpa membuang masa, duri bergegas menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat dua dalam bangunan ini.
Tiba di hadapan pintu bilik mesyuarat, duri merasakan degupan jantungnya semakin kencang. Di sebalik pintu kaca itu, jelas terpancar wajah serius majikannya itu.
Reaksi daripada majikannya itu semakin menambahkan debaran di hati duri. Dia berdoa semoga tiada perkara buruk yang akan berlaku dalam bilik mesyuarat tadi.
Tok! Tok! Tok!
Boss:Masuk...
Duri:Assalamualaikum, tuan.
Boss:Waalaikumsalam, oh kamu rupanya.
Duri:Tuan.. Panggil saya ke?
Boss:Iyelah, habis siapa lagi yang saya mahu jumpa selain kamu...
Duri:(Dalam hati:Erkk! Garangnya! Aduh habislah aku! Mesti laporan aku tak bagus!)
Boss:Jadi, silakan duduk.
Duri duduk di atas kerusi yang menghadap majikannya itu. Dia hanya menantikan apa saja yang keluar daripada mulut majikannya itu.
Boss:Awak rasa... Apa tujuan saya panggil awak ke sini?
Duri:Ermm.. Tak tuan.
Boss:Seriously awak tak tahu?
Duri:Hmm.. Ini berkaitan dengan laporan saya ke tuan?
Boss:Kamu rasa?
Duri:Ermm.. Mungkin?
Boss:Ada sebab saya panggil kamu ke mari. Tunggu kejap ya, duri.
Tanpa melengahkan masa majikan duri terus mengambil telefon pintarnya lalu menunjukkan sesuatu.
Duri terkejut sebentar apabila melihat skrin telefon itu.
Duri:Ini...
Boss:Kamu tahu tentang ini bukan?
Duri:Ya...Berita tentang...
![](https://img.wattpad.com/cover/255422400-288-k403789.jpg)
YOU ARE READING
Hadiah Untuk Gempa S1 (Kerana Dendam)
Fanfiction"KEMATIAN AKU ADALAH HADIAH ISTIMEWA KAU!!!" Sebuah warkah akanku tulis untukmu... Kerana kata-kataku ini bermakna.. Untukmu.. "Saat ku berdiri disini,kau sering meminggirkanku." "Di saatku cedera,jatuh terbaring di bumi ciptaan Tuhan,kau tetap m...