×13×

107 16 17
                                    

"Iddean lembap! Lembap, lembap, lembap!" Tak henti Aikha membebel. Dia rasa sebal setiap kali teringat akan permintaan Iddean. The hell aku nk ikut permintaan dia. Selepas aku bersusah payah datang ke sini demi dia, sanggup dia minta permintaan mengarut macam tu!

Aikha marah. Terlalu marah.

Namun dalam masa yang sama dia rasa bersalah. Dia tak suka marah pada Iddean. Kerana Iddean boleh pergi meninggalkan dia pada bila-bila masa. Ah, damn it!

"Kak.. Aikha?"

Aikha sedikit terkejut. Dia kenal suara lelaki tersebut. Suara yang hampir lima tahun dia tak dengar. Laju kepala Aikha terangkat sebelum anak matanya bertembung dengan mata hazel si lelaki. Ah, Adrean Malique. Adik lelaki Iddean yang muda dua tahun daripada mereka

Wajah Malique sedikit kalut apabila melihat mata Aikha berkaca. Ya, dia lemah dengan air mata kerana ibunya sering menangis. Perlahan Malique duduk bercangkung di hadapan Aikha sebelum sapu tangan berwarna biru dihulur. Senyum lembut dihulur, cuba memujuk.

Aikha sambut huluran Malique sebelum mengangguk kecil. Agak malu dengan pandangan daripada Malique. Wajah Malique dan Iddean terlalu seiras buatkan dia sedikit segan. Apa yang berbeza hanyalah warna mata mereka. Walaupun begitu, Iddean tetap kacak di matanya.

"Is it because of my stupid brother?"

Ayat Malique buatkan ketawa Aikha pecah. Automatik tangisan Aikha terhenti. Ayat Malique agak kelakar baginya.

"How come you know about it?"

Malique senyum senget sebelum duduk dilabuh di sebelah Aikha. Mata jatuh pada langit yang sedikit mendung hari ini. "I bet. Sebab sebelum ni aku selalu datang menangis di koridor ni setiap kali dia beri permintaan mengarut dia pada aku." Dan nafas dihela pasrah.

" Aku tak tahu macam mana lelaki lembap macam dia boleh jadi abang aku." Malique cuba ketawa namun ketawanya berbunyi perih. Ya, dia tak mampu nafikan dia kecewa dengan abangnya.

Aikha diam. Bibir diketap perlahan. Wajah Malique yang muda dua tahun daripadanya cuba diteliti. "Apa yang dia minta daripada kau?"

"Heh." Malique senyum sinis. "Dia minta aku gantikan dia bila dia tiada. Dia minta aku ganti tempat dia di sebelah kau dan juga ibu bapa kami."

Aikha hilang kata.

Malique tertunduk sebelum leher diusap janggal. " What a bullshit." Perlahan Malique menyumpah lemah. Dia kecewa. Mereka amatlah berbeza perangai biarpum wajah mereka serupa. Abangnya itu ceria, bijak dan ramai kawan manakala Malique seorang introvert. Dia bukanlah seorang yang suka bergaul.

Yup, he's average.  Yet, abang dia suruh dia gantikan tempat dia. Takkan abang dia tak sedar, he's irreplaceable.

Aikha hela nafas lemah. Iddean dan fikiran dia. Memang nak kena tampar!

"He's funny." Aikha berkata perlahan.

"Too funny." Malique menyindir. Dia hela nafas lama. Hampir lima tahun dia menghadap abangnya melawan penyakit, dia tak sanggup untuk melihat satu waktu di mana abangnya akan betul-betul pergi meninggalkan dia. He just can't.

"He really gonna die huh?" Perlahan Malique bersuara, seakan berbisik namun dapat Aikha dengar ayat Malique. Bunyi Malique seakan pasrah. Aikha ketap kuat bibirnya. Dia tak mampu untuk menipu Malique dalam keadaan sekarang kerana semua orang tahu akan keadaan Iddean.

He's dying.

"People's gonna die some day."  Hanya itu yang mampu Aikha balas. Dia tak mampu pujuk Malique kerana hatinya juga tak terpujuk. Dia akan kehilangan kawan baik dan cinta pertama namun Malique akan kehilangan abang. Itu lebih perih sakit kehilangan tersebut.

What If ✓Where stories live. Discover now