×7×

130 22 3
                                    

Aikha panik. Dia tepuk perlahan pipi pucat milik Iddean namun si lelaki masih lagi kaku. Tiada reaksi ditunjukkan oleh Iddean buatkan Aikha ketap kuat bibirnya. Perlahan tangan kanan naik menjalar pada dahi Iddean yang ditutup oleh rambut hitam pekatnya.

Panas.

Terlalu panas.

Macam mana lelaki ni boleh berjalan ke arah rumah dia dalam keadaan demam panas. Dahlah waktu tengah malam! Nasib dia pitam atas peha Aikha. Perlahan Aikha jatuhkan kepala Iddean di atas bangku sebelum dia berdiri. Pintu sliding door dibuka.

Nampaknya Aikha terpaksa bawa Iddean masuk ke dalam rumah dia dan rawat dia. Untung ibu Aikha, Aina sering shift malam kerana dia seorang doktor. Tubuh Iddean didekati sebelum dia sauk bahu Iddean. Tangan kiri Iddean dia lilit pada bahu sendiri sebelum tubuh Iddean dia cuba untuk angkat.

Bismillah.

Uff!

Dan kini Aikha berusaha bawa tubuh Iddean yang lebih tinggi dan berat daripada dia ke dalam rumah. Bilik tetamu yang berada di tingkat bawah dituju. Nak bawa Iddean ke bilik sendiri dia tak larat kerana perlu memanjat tangga.

Perlahan tubuh tinggi Iddean dia baringkan di atas katil queen di hujung bilik tetamu. Dia kemaskan tubuh Iddean sebelum tubuh itu dia selimutkan. Sekali lagi tangan dilekap pada dahi si lelaki.

Panas.

Aikha bangun daripada birai katil sebelum dia ambil keluar daripada bilik tersebut. Setelah itu, dia kembali ke bilik tersebut dengan baldi kecil dan tuala . Baldi itu dia isi dengan air sebelum dia celup tuala ke dalam baldi tersebut.

Dahi Iddean yang panas dituam perlahan. Aikha labuhkan duduk di birai katil sebelum wajah pucat itu dia renung.

Kenapa Iddean masih datang ke rumah dia walaupun dia sedang demam?

Perkara ini buatkan Aikha berfikir lama. Ralit dia merenung Iddean sebelum dia buat kesimpulan.

Dia yakin dia pernah kenal Iddean sebelum ni.




×××××××








Iddean pening. Sebaik sahaja kelopak matanya terbuka, dia gagahkan badan untuk berada dalam posisi duduk. Tuala di atas dahi dia campak ke atas katil. Matanya meliar ke sekeliling bilik yang dia duduki sekarang. Ini bukan biliknya.

Dia pandang katil yang dia duduki.

Dan ini bukan katil milik dia!

Segera Iddean selak selimut yang menutupi badannya sebelum tapak kakinya dibawa menyentuh lantai. Baru sahaja Iddean hendak berdiri, pintu bilik itu terbuka dari luar.

Automatik kepala Iddean toleh ke arah pintu tersebut. Mata coklat cair miliknya bertembung dengan mata hitam pekat milik Aikha. Mata Aikha berubah bila lihat Iddean yang sudah bangun. Laju dia melangkah ke arah Iddean sebelum dia letakkan dulang berisi makanan di sisi katil sebelum dia merapati Iddean.

Dia pandang tajam wajah Iddean yang masih lagi pucat.

Iddean pula terkelip-kelip bila Aikha dengan wajah tegas tegak berdiri di hadapannya.

" Kau nak pergi mana?"

Kening kanan Iddean naik.

" Balik?"

Dan keluhan berat terlepas daripada bibir Aikha. Dia merapati Iddean sebelum dia tolak tubuh itu agar menyandar pada kepala katil. Iddean akur. Mulutnya membisu. Seakan keliru.

Aikha labuhkan duduk di birai katil sebelum dia hulurkan senyum tipis pada Iddean. Wajah itu masih pucat namun tidak sepucat semalam. Dan tangan kanan Aikha terangkat sebelum dibawa ke arah dahi Iddean.

What If ✓Where stories live. Discover now