" Tahniah Luth! Pembedahan Luth berjaya!"
Wajah Luth ceria. Dia ukir senyum pada Aikha dan juga ibu ayahnya. Perlahan bibir mengucap syukur.
" Terima kasih sebab sentiasa dengan Luth." Perlahan suara serak Luth bergema. Matanya berkaca memandang wajah ahli keluarganya bersilih ganti.
Dia terharu.
Tak sangka disebabkan keadaan dia yang sakit, keluarganya bersatu kembali.
Takdir, tiada siapa yang tahu.
Ralit mereka berbual, pintu wad Luth diketuk. Aina melangkah ke arah pintu sebelum ditolak perlahan. Terpampang wajah Sara dan Rayyan.
Aikha sedikit terkejut. Dia segera berdiri sebelum menyapa kawan-kawan dia. Erat Sara peluk tubuh Aikha yang hampir dua minggu tidak hadir ke sekolah.
" Kau okay?"
Aikha angguk perlahan pada soalan Sara sebelum pelukan dilepaskan. Sara melangkah ke arah Aina sebelum menyapa si ibu.
Kini Rayyan tegak di hadapan Aikha. Aikha pandang wajah janggal Rayyan. Rayyan pandang wajah terkejut Aikha.
Masing-masing janggal.
" Kau okay?" Rayyan cuba bertanya untuk hilangkan rasa janggal. Aikha angguk pada soalan Rayyan sebelum matanya tidak berkelip memandang Rayyan. Seakan bertanya sebab utama dia datang melawat.
Rayyan yang faham pandangan Aikha segera menyeluk tangan ke dalam beg galas yang dibawa sebelum sekeping sampul berwarna coklat dikeluarkan. " Aku datang sebab nak bagi surat ni pada kau. Iddean yang arahkan aku bagi surat ni pada kau. Satu lagi"
Bibir merah Rayyan koyak senyum. Manis.
" Aku datang sebab risaukan kau. Kau kan rakan sekelas aku."
Dan Aikha rasa makin janggal.
Dia ketawa palsu.
" Terima kasih. "
Surat milik Iddean dia capai sebelum dipegang erat. Hampir Aikha lupa akan kewujudan Iddean kerana dia terlalu fokus pada keadaan Luth. Takpelah, malam ni dia akan baca di rumahnya kerana petang nanti Luth dah boleh balik.
×××××××
"Kau dah bagi surat tu pada dia?"
" Dah." Rayyan membalas sebelum tangannya lincah menekan butang lif. Tingkat satu ditekan sebelum Rayyan kembali fokus pada perbualannya.
" Apa rancangan kau lepas ni?"
Iddean di hujung talian diam.
" Bergembira sementara aku mampu. Aku tak nak menyesal." Suara Iddean berbunyi ceria namun Rayyan yakin itu palsu.
Rayyan sandarkan badannya pada dinding lif sebelum peluk tubuh. "Kau tak menyesal ke pasal Aikha?"
Dan dia di hujung talian diam. Dapat Rayyan dengar Iddean hela nafasnya berat.
" Aku dah takde masa Rayyan. Masu aku untuk dia dah habis." Suara Iddean sedikit menggeletar.
Rayyan ketap gigi. Geram dengan Iddean.
" Jadi kau memang tak nak ucap selamat tinggal pada dia?"
Ketawa Iddean pecah. Perit.
Dia ketawa perit sebelum nafasnya dihela berat.
YOU ARE READING
What If ✓
Storie brevi[COMPLETED] "Sometimes people are meant to fall in love with each other but not meant to be together. " Memori. Sangat unik. Apa yang Aikha ingat mengenai lelaki itu hanyalah rakan sekelas yang hilang lima tahun lepas namun kini telah dijumpai. Lela...