×12×

110 21 25
                                    

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah wad Iddean. Aikha tak henti mencuri pandang wajah Iddean. Dia seakan tidak percaya. Dia rasa seperti dia bermimpi. Iddean kini berada di sebelahnya, masih bernafas. Mata coklat cair tersebut masih lagi bersinar seperti dulu.

Tidak seperti waktu mereka berpisah lima tahun dahulu.

Sebaik sahaja mereka sampai di dalam wad Iddean, beberapa jururawat menyerbu ke arah Iddean dengan wajah pucat. Mereka segera membalut tubuh Iddean dengan tuala sebelum si emlelaki dimarahi. Dan Iddean hanya tersenyum. Dua jururawat perempuan tersebut langsung tidak menyedari akan kehadiran Aikha di belakang tubuh Iddean.

"Iddean, are you listening right now?" Si jururawat yang memakai nametag Rose memandang tajam wajah tersenyum Iddean. Remaja lelaki ini memang suka buat mereka risau tak kira waktu dan tempat. Tahu diri sakit tapi suka cari masalah! Nak je dia hentam wajah Iddean yang tersenyum senget.

Iddean berdehem perlahan sebelum mengangguk. Dia bergerak ke tepi sebelum tubuh Aikha dia tolak ke hadapan. "I brought my friend"

Dan belum sempat Iddean habiskan ayat, dua jururawat wanita di hadapan mereka kedu. Wajah mereka, speecless. Ya, mereka kenal akan wajah Aikha. Mereka kenal akan Aikha kerana merekalah yang menjaga Iddean selama lima tahun. Mereka tahu akan kisah Iddean dan Aikha.

Jururawat bernama Lily tekup mulut, tidak percaya. Matanya sedikit berair. Bibirnya bergetar. Segera anak mata coklat milik Iddean dia cari. "Is she Zulaikha?"

Aikha sedikit terkejut. Macam mana jururawat ni boleh kenal nama dia?

Iddean senyum lebar. Sehelai tuala yang berada di tangan Lily dia capai sebelum dletakkan di atas kepala Aikha. "Yes, she's Aikha."

Dan tubuh Aikha yang kecil ditarik ke dalam pelukan Rose dan Lily. Aikha sedikit tersentak namun dia hanya membiarkan dirinya dipeluk apabila kedua jururawat tersebut tumpahkan air mata di atas bahunya. Dia agak keliru. Kenapa jururawat Iddean menangis apabila melihat dia?

Wajah keliru Aikha buatkan ketawa Iddean pecah. Tangan kanan diangkat sebelum dia usap lembut rambut hitam pekat Aikha yang sedikit basah. Perlahan dia berbisik.

"Just let them be."

Aikha diam. Dia pandang dalam wajah Iddean yang seakan memujuk sebelum mengangguk faham. Agak lama kedua jururawat tersebut menangis sebelum pelukan dilepaskan. Wajah Lily dan Rise yang putih kini kemerahan. Iddean senyum senget apabila melihat kedua jururawat dia yang sembap matanya.

"Cukuplah tu. Aikha makin terkejut bila lihat wajah hodoh korang yang baru lepas menangis." Ayat Iddean dibalas dengan jelingan daripada Rose dan Lily namun Iddean hanya ketawa. Dia tolak tubuh Aikha agar berada di hadapannya.

"Aikha, mereka ni jururawat peribadi aku. Yang sebelah kanan ialah Rose. Yang kiri ni Lily namanya." Iddean kenalkan dua jururawat yang setia menjaga dia selama ni. Kedua jururawat tersebut hulur senyum nipis pada Aikha dengan wajah sembap.

" Dan korang, perempuan depan korang ni ialah Zulaikha. She's my best friend." Aikha senyum lebar apabila Iddean perkenalkan diri dia. Rose dan Lily mengangguk perlahan sebelum mereka kesat air mata yang tak berhenti menuruni mata mereka.

Rose angkat wajahnya sebelum menentang wajah Iddean. Dia berdehem perlahan. "Iddean, kau kena mandi sekarang. Aku tak nak kau demam." Tegas suara Rose buatkan Iddean angguk perlahan.

Iddean lepaskan kedua bahu Aikha sebelum dia tepuk perlahan bahu Rose. "Boleh tak kalau kau tolong sediakan baju untuk Aikha. Aku tak nak dia sakit." Sempat Iddean berpesan sebelum dia menghilangkan dirinya ke dalam bilik air di dalam wad tersebut. Ya, Iddean dirawat di dalam wad persendirian.

What If ✓Where stories live. Discover now