Iddean buka matanya perlahan. Entah kenapa semenjak bangun daripada koma semalam, jantungnya tak hentu berdegup. Dia rasa berdebar. Seakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Mata Iddean jatuh pada tubuh Rose yang baru sahaja melangkah ke dalam wad miliknya. Di tangan Rose ada beberapa tangkai bunga rose.
Ah, tu mesti daripada Aikha. Aikha tahu akan bunga kegemarannya.
Perlahan Iddean bangun sebelum badan disandar pada kepaa katil. Dia memerhati tingkah Rose yang menukar bunga. Seakan tidak sedar bahawa Iddean sedang memerhatikannya. Mata Rose bengkak. Seakan baru sudah menangis.
Tapi kenapa?
Adakah dia menangis disebabkan dia?
Hati Iddean sedikit pedih.
"Rose." Lemah Iddean memanggil nama Rose buatkan jururawat tersebut tersentak. Hampir dia jatuhkan oasu bunga berisi bunga rose namun dia tahan. Kepala ditoleh sebelum wajah Rose berubah sebaik sahaja jatuh lada wajah Iddean.
"Dah bangun? Sejak bila Iddean bangun?" Lembut Rose bertanya sebelum dia melangkah mendekati Iddean. Duduk dilabuh di atas kerusi di sebelah katil Iddean. Wajah Iddean yang pucat diteliti.
Sanggup ke dia sampaikan berita tersebut kepada Iddean?
Apa yang berlaku kalau Iddean koma sekali lagi sebaik sahaja mendengar berita tersebut?
"Baru tadi." Iddean kerutkan kedua kening sebaik sahaja dia sedar akan reaksi Rose. Wajah Rose resah.
"Akak okay tak?" Lembut Iddean bertanya sebelum mata coklat cairnya tak lepas menikam wajah Rose. Rose sedikit tersentak sebelum mengangguk. Senyum pahit dilempar.
"Akak ada satu berita baik untuk Iddean."
Belum sempat Iddean bertanya, tubuhnya disauk ke dalam pelukan milik Rose. Kuat Rose memeluk tubuhnya seakan menolak Iddean daripada terus memandang wajahnya. "Kami dah jumpa penderma untuk Iddean." Rose berbisik lembut.
Jantung Iddean hampir berhenti. Matanya bergenang. Dia cuba untuk mencari wajah Rose namun gagal kerana Rose menyembunyikan wajahnya di ceruk leher Iddean. Tak henti bibir Iddean mengucap syukur.
Allah. Nampaknya permintaannya kinj termakbul. Terima kasih Ya Allah, terima kasih.
"So, this is why you are crying huh?". Iddean cuba mengusik namun air matanya tumpah. Air mata bahagia. Ya, dia terlalu bahagia.
Rose mengangguk kecil. Tubuh Iddwan menggeletar hebat. Dia terlalu gembira. Dan setelah itu, baru dia tersedar akan sesuatu. Mana Aikha? Mana Malique? Mereka berdua sepatutnya berada di sisinya sekarang.
"Rose."
"Yes, Iddean."
"Where's Malique and Aikha?"
Mata Rose kembali bergenang sebelum dia tarik nafas lama. Tuhan, ampunkan dosa aku. Maafkan aku.
"Malique on the way here and for Aikha. She's left already."
Mata Iddean buntang. Left already?
" Where to?" Kuat Iddean ketap bibirnya. Seakan tidak percaya Aikha pulang ke pekan tanpa menemuinya terlebih dahulu dan tanpa.. beritahu apa. Padahal mereka sudah berjanji.
"Pekan."
Dan air mata Rose gugur. Dia tak mampu jujur. Dia takut. Dia takut Iddean akan jatuh koma sekali lagi. Ampunkan dosa aku kerana menipu Ya Allah. Tubuh Rose tak henti menggigil.
Iddean diam.
Ah, she left already.
Dan dia rasa kosong. Terlalu kosong. Sayangnya. Kalau tak Aikha orang yang paling gembira kalau dia tahu Iddean ada peluang untuk hidup. Yup. I bet she will cry a river if she knows about this new.
YOU ARE READING
What If ✓
Short Story[COMPLETED] "Sometimes people are meant to fall in love with each other but not meant to be together. " Memori. Sangat unik. Apa yang Aikha ingat mengenai lelaki itu hanyalah rakan sekelas yang hilang lima tahun lepas namun kini telah dijumpai. Lela...