"Terima kasih atas makanan tadi." Aikha senyum lebar pada ibu Iddean, Puan Layla. Puan Layla yang baru sahaja hendak melangkah ke tingkat atas berhenti. Dia angguk perlahan kepalanya pada Aikha.
"Terima kasih juga sebab temankan Iddean di hospital. " Dan Puan Layla segera berlalu ke tingkat atas. Ayah Iddean, Encik Ikmal sejak awal lagi sudah melangkah ke tingkat atas setelah mereka selesai makan malam.
Aikha melangkah ke arah sliding door di ruang tamu sebelum dia buka. Kolam renang dia dekati sebelum duduk filabuh di birai kolam renang. Biasan bulan di kolam renang dia renung lama. Otaknya mula berfikir.
Sudah hampir dua minggu dia menetap di sini. Lagi dua minggu, dia terpaksa balik. Dia terpaksa tinggalkan Iddean. Tapi dia risau. Apa yang akan dia buat kalau Iddean pergi waktu dia tiada. Aikha ketap bibirnya. Marah. Geram.
"Kak Aikha."
Aikha toleh. Malique kini labuhkam duduk di sebelahnya sebelum kardigan nipis dihulur pada Aikha. "You left it at the living room."
Aikha angguk faham sebelum huluran Malique disambut. Malique juga turut merenung biasan bulan di atas kolam. "Terima kasih kak Aikha. Abang nampak gembira sekarang." Lembut Malique menutur.
Aikha angguk lemah. " He's happy sebab dapat luangkan masa dengan Mal jugak."
Malique ketawa kecil. " I bet."
" Mal."
" Yes?"
" Iddean memang dah takde harapan ke? Kenapa dia tak pernah dapat penderma? Bukan ke ayah korang, hospital director dekat hospital Iddean duduk sekarang?" Perlahan Aikha bertanya. Dia tak mahu menyinggung perasaan Malique. Dia hanya mahukan kepastian.
Malique mengeluh lemah. Kedua lutut ditarik sebelum dia peluk rapat. "Bukan ayah tak berusaha kak Aikha tapi kami masih lagi tak jumpa penderma yang sepadan. Doktor bagitahu, peluang untuk dia hidup sekiranya dia dapat penderma buah pinggang ialah 30 % . Hanya kalau ada penderma yang sepadan." Malique diam. " Takdir Allah, siapa yang tahu."
Dan Aikha hilang kata. Ouh.
" Kitorang dah buat apa yang termampu. Mungkin dah tertulis di loh mahfuz." Malique diam. Dia tak mahu menyambung kata. Aikha faham. Mereka tak suka menyebut akan kemungkinan tersebut.
"Mal, lagi dua minggu aku akan balik."
Malique diam.
"Birthday Iddean lagi dua minggu juga kan so, aku ingat nak sambut birthday Iddean dulu sebelum aku balik. Boleh kau tolong aku buat kejutan untuk Iddean?"
Laju Malique pandang wajah Aikha. Sedikit terkejut apabila Aikha meminta tolong daripada dia. Wajahnya berkerut. Ya, dia masih lagi tidak percaya.
"Kenapa aku?"
Aikha senyum senget. "Sebab Mal je yang boleh tolong. Mal kan adik Iddean so mestilah kau kena tolong. Aku ingat nak jemput family aku dan juga kawan-kawan Iddean dekat pekan."
Mata Malique bulat. Ya, dia excited.
" Boleh. Aku akan tolong kau!" Bersemangat Malique bersuara buatkan Aikha ketawa kecil.
"Terima kasih Malique."
×××××××
Wajah Iddean muram. Dia tak berpuas hati. Dia perasan akan perubahan Malique dan Aikha. Mereka berdua agak sibuk untuk dua hari ni. Iddean tahu Aikha akan balik lagi dua hari jadi kenapa semakin sikit waktu yang Aikha luangkan untuk dia.
YOU ARE READING
What If ✓
Short Story[COMPLETED] "Sometimes people are meant to fall in love with each other but not meant to be together. " Memori. Sangat unik. Apa yang Aikha ingat mengenai lelaki itu hanyalah rakan sekelas yang hilang lima tahun lepas namun kini telah dijumpai. Lela...