" Uhuk! Uhuk!"
Bergema rumah dua tingkat itu dengan bunyi batuk si lelaki. Si lelaki laju berjalan menuruni tangga ke tingkat bawah sebelum dia menghala ke arah dapur. Gelas dicapai sebelum laju air kosong diteguk rakus.
Setelah selesai, dia letakkan gelas kembali ke dalam sink sebelum wajah yang basah dilap. Kepala yang berpusing dia cuba untuk urut dengan tangan kanan namun tidak berjaya. Kepalanya masih lagi berpusing.
Si lelaki melangkah ke arah ruang tamu sebelum segera dia berbaring di atas sofa. Tangan kiri diangkat sebelum menutup mata. Kepala yang berpusing buatkan dia rasa mual pada perut. Mungkin kesan sampingan.
Selera makannya juga hilang.
Hampir lima minit berbaring, bunyi ketukan pintu bergema. Automatik si lelaki tegak. Dia berdiri. Kening lebatnya mula berkerut.
Siapa yang berani datang rumah dia?
Bukan ke penduduk dekat sini panggil rumah dia rumah berhantu.
Siapa yang berani datang waktu siang macam ni?
Dengan kaki yang berat dia melangkah ke arah pintu utama. Tombol pintu disentuh perlahan sebelum dia pulas. Pintu ditolak.
Dan wajah Aikha menyapa mata.
Terus berubah wajah si lelaki.
" Iddean!"
Wajah Aikha sedikit terkejut bila dia lihat wajah pucat Iddean. Si Putih yang didukung Aikha turunkan sebelum dia melangkah merapati si lelaki yang pucat wajahnya. Eye bag jelas kelihatan pada bawah matanya. Bibir si lelaki juga kelihatan pucat dan kering namun reaksi si lelaki masih beku.
Iddean berdehem perlahan sebelum dia sandarkan badan pada bingkai pintu. Badan dibongkokkan sebelum merenung Aikha yang ralit teliti wajah dia.
Perempuan ni memang langsung takde perasaan takut ke?
Selamba badak melangkah ke arah rumah dia yang digelar rumah berhantu.
Tergeleng kepala Iddean dibuatnya dengan perangai Aikha yang terlalu berani. Wajah polos itu dia tentang.
" Kau langsung tak takut pada aku ke?"
Aikha kerutkan hidung dia sebelum geleng kepala." Buat apa aku takut pada kau? Lagipun aku risau pasal kau. Semalam kau tak datang jumpa si Putih."
Jawapan Aikha buatkan Iddean ketawa lepas. Dia pekup mulut dengan tangan kanan sebelum matanya menyepet. Perempuan ni datang jumpa dia sebab dia tak pergi rumah dia semalam?
Impressive.
Pinggir bibir kiri Iddean naik membentuk senyum tajam.
" Kau risau pasal aku?" Suara garau Iddean mengusik. Dia angkat nakal kening nakalnya, buatkan Aikha tersedar sesuatu.
Dia kata dia risau pasal Iddean?
Stupid mouth!
Aikha gigit bibir sendiri. Pipi yang mula memerah dia sorok. Mata segera dilarikan daripada menghadap mata coklat cair milik Iddean.
"Ehem!" Aikha berdehem perlahan sebelum selamba melangkah melepasi Iddean. Rumah milik Iddean dia masuk seakan itu rumah dia. Iddean sedikit terkejut kerana Aikha yang begitu berani masuk ke dalam rumah dia.
Iddean toleh, merenung Aikha yang kini elok labuhkan duduk di atas sofa. Mata si perempuan meliar di sekeliling rumah milik Iddean yang sedikit usang. Iddean senyum senget.
Perempuan ni memang selamba.
Perlahan Iddean tutup pintu utama sebelum melangkah ke arah Aikha. Dia labuhkan duduk di sebelah Aikha namun berjarak seorang. Sebaik sahaja Iddean duduk, kucing berwarna putih laju naik ke atas pahanya.
YOU ARE READING
What If ✓
Short Story[COMPLETED] "Sometimes people are meant to fall in love with each other but not meant to be together. " Memori. Sangat unik. Apa yang Aikha ingat mengenai lelaki itu hanyalah rakan sekelas yang hilang lima tahun lepas namun kini telah dijumpai. Lela...