Jantung Aikha berdegup laju. Peluh mula jatuh membasahi wajahnya namun dia abaikan. Apa yang ada di fikirannya hanyalah larikan diri dan dapatkan bantuan. Iddean dah korbankan diri dia demi Aikha. Aikha perlu dapatkan bantuan daripada penduduk lain.
Air mata Aikha jatuh apabila dia teringat akan wajah terakhir Iddean sebelum dia ditolak keluar daripada gedung tersebut. Wajah Iddean waktu tersebut buatkan perut Aikha rasa sebu. Senyum Iddean kelihatan perih. Dan anak mata coklat cair milik Iddean seakan sedang bersedia untuk menemui ajal.
No! Iddean tak boleh mati! Iddean satu-satunya kawan yang dia ada.
Aikha lajukan langkah kakinya. Angin malam buatkan tubuh Aikha sedikit menggigil namun dia tahan. Tubuh dipeluk sebelum Aikha gigit kuat bibirnya untuk menahan rasa takut. Hutan ini terlalu gelap. Langit terlalu gelap. Dan malam ini terlalu sunyi.
Buatkan jantung Aikha hampir berhenti akibat fikirannya yang bukan-bukan. Apa yang berlaku kalau penjahat tadi kejar dia daripada belakang? Macam mana kalau Iddean mati?
Brakk!
Tubuh Aikha terjelepok. Aikha cuba bangun namun tubuhnya terlalu lemah. Sebaik sahaja dia teringat akan wajah Iddean, Aikha tarik nafas panjang. No, dia kena hidup untuk selamatkan Iddean. Kau tak boleh mengalah Aikha!
Aikha gagahkan dirinya sebelum dia kembali berlari. Sebaik sahaja tubuhnya melihat jalan tar, hatinya mula bertempik gembira. Aikha dah hampir berjaya keluar daripada hutan ni! Bibir Aikha yang dibasahi darah mula tersenyum. Namun tidak lama apabila kepalanya mula berpusing sebelum dia rebah di sebelah jalan tar.
×××××××
Mata Aikha berkedip perlahan. Pandangannya kosong melihat persekitaran sekelilingnya. Dia bingung. Dia ada di mana. Siapa budak lelaki yang erat menggenggam tangan kirinya dan.. siapa dia? Aikha renung lama wajah budak lelaki tersebut. Ouh.. ini Luth. Adik lelakinya.
Namun kenapa dia berada di tempat ini. Aikha kenal akan persekitaran putih ini. Bau ubat yang kuat kerana dia sering menemani Luth ke tempat ini. Ini hospital. Aikhs pandang tubuhnya atas bawah. Tiada kecedaraan. Tangan naik menyentuh wajah sebelum Aikha sedar akan wajahnya yang sedikit berbalut.
Kenapa wajahnya luka. Apa yang terjadi?
Seminit berlalu sebelum pintu hopital dibuka kasar. Aikha sedikit tersentak apabila matanya jatuh pada wajah berang ibunya sebelum disusuli ayahnya. Wajah Riduan sedikit kalut manakala ibunya seakan hampir meletup.
Sebaik sahaja wajah Aina jatuh pada wajah Aikha, wajahnya tegang. Segera tubuh Aikha didekati sebelum dia tolak kuat bahu Aikha buatkan Aikha sedikit mengaduh sakit. Suara Aikha buatkan Luth terjaga. Adik lelakinya menjerit sebaik sahaja melihat kakaknya sudah bangun. Baru sahaja tubuh Aikha ingin dipeluk, Aina tolak kasar tubuh Luth.
Luth dia jeling tajam buatkan si kecil segera mengundur sambil mengetap bibir. Kesal dan juga takut.
"Kamu fikir apa Aikha pergi dekat kawasan gudang tu?! Kenapa kamu suka sangat susahkan kami? Iddean masih lagi belum dijumpai sampai sekarang." Kuat Aina menengking anak perempuannya namun Aikha dia. Matanya berkedip perlahan.
Seakan tidak faham akan situasi yang berlaku.
"Gudang..?"
"Ya!"
Aikha angkat wajah. Dia pandang wajah Aina dengan pandangan kosong.
YOU ARE READING
What If ✓
Short Story[COMPLETED] "Sometimes people are meant to fall in love with each other but not meant to be together. " Memori. Sangat unik. Apa yang Aikha ingat mengenai lelaki itu hanyalah rakan sekelas yang hilang lima tahun lepas namun kini telah dijumpai. Lela...