×3×

159 26 20
                                    

"Kalau aku Iddean, kau nak buat apa?"

Suara Iddean masih terngiang-ngiang di telinga Aikha. Lepas aje Aikha beri ayat penyataan yang lelaki itu adalah Iddean, terus si lelaki beredar.

Meninggalkan Aikha yang terpingga-pingga di halaman belakang rumah dengan seekor kucing gemuk yang makan dengan gelojoh. Aikha raup wajahnya, pasrah.

Patutlah berat si Putih meningkat. Patutlah kucing miliknya memilih untuk berada di luar pada waktu malam. Rupanya ada date dengan Iddean.

Dasar si Putih! Bab makanan laju.

Bam!

Bunyi tersebut menarik perhatian semua murid di dalam kelas Aikha. Berdiri di depan pintu Ustaz Roslan selaku guru pengawas sekolah kami. Mata helangnya tajam memerhati setiap pelajar di dalam kelas Aikha.

Semua pelajar diam. Kecut perut dengan jelingan tajam daripada Ustaz Roslan yang selamba memegang rotan di tangan kanannya. Matanya ralit mencari mangsa.

Aikha tundukkan kepala, memandang meja yang berbalut. Baik elakkan pandangan mata Ustaz Roslan. Siapa aje berani bertentang mata dengan dia.

Lagipun, Aikha yakin dia tidak ada melakukan kesalahan.

Ya, dia yakin.

"Zulaikha ada?"

Soalan daripada Ustaz Sabri berjaya jadikan Aikha sebagai tumpuan di dalam kelasnya sendiri. Aikha telan liur yang terasa kasar sebelum tangan kanan diangkat.

"Saya."

Mata masih mengelak pandangan tajam Ustaz Sabri.

Ustaz Sabri berdehem kuat. " Jumpa saya di bilik pengawas. Sekarang!"

Suara garau tersebut berjaya buatkan Aikha mencicit laju mengejar langkah guru disiplin sekolahnya. Dalam hati Aikha rasa nak menangis. Kesalahan apa lagi yang dia buat kali ini?

"Masuk."

Ustaz Roslan memberi arahan setelah dia selesa labuhkan duduk di atas kerus miliknya.

Kalut Aikha anggukkan kepala sebelum kerusi yang bertentangan dengan Ustaz Roslan dia tuju. Perlahan duduk dilabuh. Mata Aikha masih setia memandang lantai.

Tangan saling digenggam, cuba hilangkan keresahan di dalam hati.

"Kamu tahu kenapa kamu dipanggil?"

Itu dia, dah keluar suara harimau.

Terketar-ketar Aikha teguk liur yang memang hidup segan mati tak mahu sebelum kepala diangkat berani memandang wajah Ustaz Roslan. Mata hitam pekat Ustaz langsung tak lepas menikam wajah Aikha.

Aikha dah menyumpah dalam hati.

Apa yang aku buat sebelum ni sampai kena panggil dekat sini?

"Zulaikha." Suara Aikha diseru dengan nada tinggi.

Ustaz Roslan tak kenal makna sabar wei.

" Ta.. tak." Dan Aikha ketap gigi sendiri bila dia gagap depan Ustaz Roslan. Mata Aikha pandang lantai. Dalam hati dah istighfar banyak kali. Berdoa agar angin tak baik ustaz tak datang.

Ustaz Roslan yang lihat reaksi Aikha mengeluh. Badan disandar pada kerusi sebelum tangan kanan mula mengetuk meja. Kuat. " Kamu ada masalah ke dekat rumah?"

Soalan tiba-tiba daripada Ustaz Roslan berjaya menarik perhatian Aikha. Laju Aikha angkat wajahnya, merenung wajah Ustaz Roslan yang sudah tenang.

"Ma.. masalah?" Gagap tapi kali ini lebih yakin suara Aikha.

What If ✓Where stories live. Discover now