Bab 14 - Kejora

633 28 20
                                    

Lily, bilik Kejora." Mami Tuti beritahu aku sambil menjuihkan mulutnya ke arah bilik tingkat atas.

Mami Tuti baik, dia tak busuk hati macam Mami yang lain-lain. Paling aku tak suka Mami Alex. Hidup dia cuma menyusahkan kami. Aku benci muka bengis dia dengan rambut kerinting kembang dia dan baju-baju outdated dia. Tak ramai orang pun yang sukakannya. Dia seperti lohong hitam yang menyedut semua perkara baik di sekelilingnya.

Dulu dia suka pasangkan aku dengan lelaki-lelaki biadap yang dia tahu aku benci. Jenis lelaki-lelaki yang sudah boleh mabuk dengan minum cuma dua gelas beer dan asyik nak mencium aku. The bad tippers. Tapi semenjak ada Abang, dia sudah tidak berani buat macam itu lagi dengan aku. Abang seorang yang berpengaruh, jadi sekarang dia baik-baik saja dengan aku. Tapi aku tahu jauh dalam hati dia, dia tak pernah sukakan aku.

Aku layan dia dengan biasa, tak pernah aku kurang ajar dengannya. Orang berlakun baik, aku pun berlakun baik juga. Tapi selagi boleh aku akan mengelak dari Mami Alex, aku cuma rapat dengan Mami Tuti saja. Aku tak lokek beri Mami Tuti hadiah; belikan dia cookies yang dia suka, ataupun hulurkan dia lipstick mahal dari Sephora. Sebab kerja semacam jenis kerja aku ini, kena ada kawan yang menjaga kita.

Mummy Tuti, dia jaga betul anak-anak buah dia. Masa aku mula-mula masuk empat tahun yang lalu, dia yang mengajarkan aku semuanya. Dia ajar ajar aku bagaimana untuk mengawal minumku, bagaimana untuk jauhkan diri dari ice dan segala macam racun dadah dalam pelbagai bentuk. Dia ajar semuanya kecuali bagaimana untuk menggembirakan lelaki. Kerana, yang itu ... aku punyai skil yang lebih hebat dari dia.

Pantang dia cuma bila aku mabuk dalam masa kerja, kerana katanya kupu-kupu malam kena sentiasa peka, supaya kami yang membodohkan lelaki bukan lelaki yang membodohkan kami. Untuk aku, that's a really good advice, dan aku sentiasa menjaga had alcohol yang aku minum bila sedang berkerja.

"Ni lubuk baru. First time. And probably loaded. I hantar you, okay. Make him a regular." Sambung Mami Tuti lagi.

Sudah banyak tahun aku kerja sini, dan sudah kerap kali dia hantar aku menemankan first timer yang berduit. Yang mampu booking bilik Kejora. Orang-orang begitu perlu di jerat untuk kembali lagi, lagi dan lagi ke sini. Hanya GRO yang berpengalaman boleh lakukan itu.

Yang pertama dulu, Abang. Terus melekat, dan dia tak pernah ke sini berhibur tanpa aku. Walaupun aku ini sudah di miliki sepenuhnya, dia memang tak pernah booking perempuan lain. Semua Mami sudah tau, kalau Abang masuk, walaupun aku tengah hiburkan orang lain, even in a middle of a song or a dance, wajib aku di hantar ke bilik dia sepanjang malam. Dan sebab Abang adalah seorang yang boleh kucar kacirkan kelab malam ini, apa yang Abang nak, dia akan dapat. Dan dia sentiasa mahu kan aku.

"Dalam tangan, Mummy." Aku jawab dengan yakin.

Confidence is the key. Itu antara nasihat Dr. Steve yang selalu aku pegang. Kata the good doctor, pembantu makmal memakai kot putih pun kalau ada keyakinan orang akan sangka dia seorang doktor.

Aku berjalan dengan mendabik dada, melalui riuh rendah kelab itu. Bagai seekor burung merak dengan ekor gemilang yang sedang berkembang.

Sebenarnya aku penat, bermalam di rumah bersama Nenda dan Uda selalu memenatkan aku. Aku penat di sapa memori silam yang selalu berpusing-pusing dalam fikiran bila aku bersama mereka. Masa aku keluar dari mereka, Nenda masih lena tidur. Aku cuma berdua bersarapan dengan Uda. Penat, memang aku penat aangat tapi kerja adalah kerja. Dan kerja aku menuntut aku supaya sentiasa kelihatan cantik dan bertenaga.

Sesekali langkah di hentikan untuk menyapa dan berlaga pipi bila di lambai panggil oleh orang-orang yang mengenali aku.

Ada seorang peguam bangsa Cina yang kadang kala menempah Kejora bila dia menang dalam kes-kes besar yang memberikannya untung yang lumayan. Dia menyapa aku dan memukul bontot aku perlahan, dan aku pura-pura marah. Tapi kemudiannya kami saling meniupkan blow kisses kepada satu sama lain. Teman tapi mesra.

MerpatiWhere stories live. Discover now