Uda menghantar aku pesanan whatsapp petang semalam. Apa yang dia beritahu membuat aku merasa sebal. Sebab ianya akan membuat hidup aku lebih tunggung langgang dari hari-hari biasa. Sudahlah hidup aku ini sememangnya pun bukan biasa-biasa.
- Nenda nak balik kampung. Menangis
bila Uda tak bagi. Dr mlm sampai hari ni menangis.Aku tahu bagaimana senarionya bila Nenda dalam episode menangisnya. Dia akan mogok makan dan minum, dan tak akan henti-henti menyebut nama bapaku yang sudah mati. Berulang-ulang kali seolah tiada kesudahan rindunya kepada anaknya yang seorang itu. Airmatanya akan mengalir tanpa henti, matanya akan sembab dan layunya tubuh badannya seperti tidak akan panjang lagi umurnya.
"Darma ... Darma ... Ibu rindu kau Darma."
Itu lah yang dia akan ulang-ulang sambil teresak-teresak. Aku benci bila itu berlaku. I really hate it. Kerana bila itu berlaku, tak ada apa dan sesiapa yang boleh memujuk dia, melainkan segala permintaannya di turuti.
Dan kerana setiap kali Nenda menyebut nama ayah, aku makin terasa kehilangan. Aku sendiri akan makin hanyut dalam rindu kepada orang yang tak pernah aku kenali. Keperluan aku kepada sebuah sosok yang aku boleh panggil ayah akan menjadi-jadi. Aku terlalu yakin, jika aku ada seorang ayah perkahwinan aku dengan Ghaffar tidak akan berlaku. Dan jika itu tidak berlaku, aku tidak akan menjadi aku yang sekarang.
Aku tak ada ingatan yang kukuh tentang ayah, cuma ada sekeping gambar di mana dia sedang memangku aku di atas pehanya ketika aku masih seorang bayi. Apa yang aku tahu, namanya Darma bin Sulaiman. Aku selalu di beritahu Nenda yang dia sangat segak orangnya. Memang, walaupun gambar itu sudah kabur di makan usia dan titisan airmata Nenda, ketara ayah aku mempunyai garis rahang yang kukuh dan tulang pipi yang menarik. Di ceritakan yang dia sangat rajin berkerja dan sangat pandai memikat burung dan menjerat haiwan. Menghormati orang tua dan menjadi kesayangan orang-orang kampung.
Dan mengenai ibu pula, yang aku tau, namanya Maheran Lailan. Tak ada langsung gambarnya dalam simpanan Nenda. Menurut kata Nenda, dia seorang pendatang tanpa izin dari sebuah daerah di Indonesia. Aku sudah ingat-ingat lupa nama daerah itu. Mungkin Bandung, mungkin tidak. Di katakan rupanya sangat cantik dan ayah sangat terpesona dengannya sejak pertama kali mereka bertemu mata. Mereka bagai pinang di belah dua, kata Nenda, dan sudah di takdirkan sehidup dan semati.
"Sudah jangan tanya lagi, Nenda tak nak ingat-ingat dah."
Itu lah saja yang di balas bila-bila aku tanya sebab musabab kematian mereka. Uda pun tak pernah membuka mulut. Bila aku tanya kepadanya, dia cuma jawab dia tak tau apa-apapun. Dia malah tak akan sebutpun nama bapa aku jika Nenda tidak menyebutnya dulu. Seolah-olah mereka berdua sudah bersumpah untuk menyimpan rahsia itu sampai mati.
Sewaktu aku remaja, aku seringkali memikirkannya. Tentang siapa sebenarnya aku. Walaupun di atas surat beranak terang-terang menyatakan aku anak Darma dan Laila Maheran tapi imaginasiku selalu cuba permainkan aku. Mungkin aku ini anak yang di kutip, yang tak di ketahui asal usulnya. Mungkin Darma dan Laila belum mati, tapi mereka pasangan penjenayah yang terpaksa sorokkan diri. Mungkin kematian Darma dan Laila memalukan keluarga. Mungkin juga mereka bunuh diri, dan Nenda tak mahu aku tahu cerita yang sebenarnya.
YOU ARE READING
Merpati
General Fiction"Hai, nama I Lily." Dia menyambut tanganku, seakan menarik aku untuk lebih rapat kepadanya. "Beer?" Dia menyoal, mendekatkan bibirnya ke telingaku. "Or something stronger?" "You minum apa?" Bibir aku di tepi telinganya pula. Dia senyum. "Just Coke...