Air susu itu terasa panas di dalam perut. Seolah suamnya bukan semakin sejuk malah semakin naik suhunya.
Minumlah wahai anak, aku berkata-kata di dalam hati. Ini perkara pertama yang aku buat khas untuk dia, sebaknya terasa. Susu ini untuk kau. Kau sebenarnya tak bersalah langsung ...
Terngiang pula masa itu lagu Queen yang selalu di nyanyikan Sam ketika di sekolah. Lagu itu memang menjadi kegemaran pelajar-pelajar lelaki yang lebih banyak hormon berontak mereka. Dan aku pun akan turut menyanyi bersama-sama mereka, hingga sudah ku hafal liriknya.
Mama, just killed a man. Put a gun against his head, pulled the trigger now he's dead ...
"Girl?" Ujar Dr. Stephan dengan perlahan. "Awak mau simpan ini baby?"
Aku letakkan gelas yang sudah kosong di atas meja dan bangun, tanganku memegang perut. Perut aku masih tak nampak apa-apa tanda pun tapi aku self concious dan datang ke klinik memakai baju kembang hingga ke buku lali. Untuk menutup cela, kononnya.
Aku mengusap perut perlahan-lahan.
"Girl?" Soalnya kembali.
Aku tala pandanganku ke luar tingkap, terpandang refleksi sendiri. Me staring back at myself. Aku nampak seorang yang terpaksa menjadi kuat walau apapun keputusan yang terpaksa di ambil. Di telan mati mak, di luah mati bapak. Dan apa-apa pun keputusannya, aku tetap seorang anak yatim piatu yang terpaksa hadapi semua ini keseorangan.
Kemudian aku pandang kembali kepada doktor yang bertanya ...
"Saya tak mau simpan."
Dia angguk-anggukkan kepala, sambil menggaru dahinya yang sudah kelihatan sedikit botak.
"I understand ..."
"Saya takkan jadi emak yang baik ..."
Ketika itu aku ada perasaan kesian, tetapi terlalu sedikit berbanding dengan benci aku terhadap ayahnya. Aku berikan susu untuknya, sebagai tanda aku juga memikul tanggungjawab membenarkan semua ini berlaku. Aku sepatutnya lebih melawan, aku sepatutnya menjerit lebih kuat, aku sepatutnya ... entah ... aku mungkin sepatutnya terjun dari tingkap sebelum mereka menyentuh aku ... mati pun lebih baik dari terpaksa menerima apa yang mereka telah lakukan ...
"Duduk." Kata doktor, lalu aku duduk. Dan di hulurkan aku pil itu sekali lagi. "Saya tak mau ulang-ulang tanya lagi. Saya rasa you sudah make up your mind."
Doktor itu tidak mahu, aku memang pasti tapi rasa bersalah itu menghenyak jiwa dengan sangat parah.
Bismillahirahmanirrahim
Ruh wujud badan
Air nafas darah bersatu
Semua menjadi padu
Kasih menjadi satu
Berkat nama Allah Maha PengasihBerulang-ulang di telingaku, seolah bisikan itu memujuk aku. Memberi aku kekuatan, dan membuat aku yakin. Wahai nyawa, aku terpaksa, aku terpaksa. Jangan salahkan aku, aku tak cukup rasa belas untuk membela darah daging orang yang aku terlalu benci.
Mama, I don't wanna die, I sometimes wish I have never been born at all ...
Terlalu jelas apa yang aku harus lakukan.
Aku telan pill itu bersama air mineral yang di beri doktor. Tanpa sedikit rasa ragu-ragu pun di dalam hati. Dan aku rasa bilik klinik seolah sudah bertukar menjadi sebuah bilik mayat, dinding putihnya memancar terang menyilau mataku."Dengar baik-baik. Ini pill awak makan lepas balik di rumah. Pill yang tadi awak makan akan ..." dia tepuk lengan aku sedikit, seakan memujuk kemudian menyambung "hentikan pembesaran janin ..."
Membunuh maksudnya, fikirku ketika itu. Aku sedang membunuh keturunan seorang lelaki yang buruk perangainya. Mengapa aku perlu gusar? Aku sedang membuat perkara yang betul.
YOU ARE READING
Merpati
General Fiction"Hai, nama I Lily." Dia menyambut tanganku, seakan menarik aku untuk lebih rapat kepadanya. "Beer?" Dia menyoal, mendekatkan bibirnya ke telingaku. "Or something stronger?" "You minum apa?" Bibir aku di tepi telinganya pula. Dia senyum. "Just Coke...