Bab 10 - Karma

696 27 20
                                    

Aku dengar kecuh-kecuh di ruang tamu, suara Mama dan Papa bercakap kuat sesama mereka di selangi dengan tangisan Mama. Dan sesekali Dr. Steve ikut bersuara dengan nada kebimbangan. Seolah-olah ada peristiwa malang yang telah berlaku. Aku raba pedih di bibir dan berfikir, siapakah yang lebih malang daripadaku hari ini?
Aku ingin bangun melihat tetapi aku tak punya kudrat.

Kemudian Mama menangis-nangis masuk ke dalam bilik dan memeluk aku seraya merayu dengan teramat hiba ...

"Indah, ampunkan dosa Boy. Tolonglah, ampunkan Boy. Dia dah tak ada, dia dah tak ada."

Aku lantas terfikir, mimpikah ini? Terlalu cepat Tuhan kabulkan permintaanku. Tak terkira banyaknya doaku mengharapkan kematian untuk Ghafar ketika dia cuma melihat aku di perkosa tanpa rasa belas. Aku ingin bunuh dia kemudian hidupkan dia kembali kemudian aku ingin bunuh dia lagi dan berulang-ulang sehingga seribu kematiannya. Begitu benci dan marahnya aku kepada dia.

I wanted him straight to hell, no return ticket.

Pada awalnya, mendengarkan jeritan kecewa Mama yang pertama sambil teringatkan kesungguhan dia ingin membuang Ghafar dari keluarga mereka dan menggantikannya dengan aku, aku fikirkan kakak Ghafar yang menemui malang. Aku benar-benar yakin Mama menangisi Kak Saleha dan aku tak terfikir langsung ianya tangisan untuk Ghafar. Rupanya, kasihnya untuk Ghafar masih utuh, cakap-cakapnya untuk menyisihkan lelaki jahat itu dari hidupnya cuma cakap-cakap marah dan rajuk seorang ibu.

Dan kemudian selepas merayu-rayu aku memaafkan Ghafar, Mama terjelepuk jatuh di atas ribaku. Aku terkejut, perasaanku ketika itu bercampur-baur, dan berat Mama menyakitkan aku. Secara spontan, apa yang ingin aku buat hanyalah untuk menolaknya dari terus menyakiti tapi wajahnya ... wajahnya menyentuh hati aku. Aku biarkan sakit aku berkumpul, mungkin ianya cara aku cuba memujuk lara seorang ibu. Walaupun sedikitpun aku tidak ada belas kasihan untuk anaknya.

Ghafar sudah mati dan itu satu kemenangan buat aku. Walaupun kemenangan ini tak memberi erti padaku. Yang aku hilang, takkan aku dapat kembali hingga bila-bila pun.

Sejurus kemudian, Dr. Steve pula meluru masuk di ikuti oleh Papa yang sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Muka Papa gelap dan muram, dan muramnya bertukar menjadi takut apabila melihat isterinya tersadai tidak bermaya di atas tubuhku.

Serta merta mereka kemudian mengalihkan badan Mama dari terus menghempap aku.

"Encik bawa isteri keluar, dia mungkin pengsan mungkin kerana terlalu terkejut. Baringkan dia dan letak kaki dia atas bantal. Pakaian dia tolong longgarkan."

Papa memangku Mama dengan kemas dan membawa dia keluar dari bilikku.

Tinggal aku dan Dr. Steve berdua.

"Are you okay?" Soalnya dengan berhati-hati.

Aku cuma memandangnya tanpa menjawab.

"Are you OKAY?

Sedikit tegas dia menyoal balik, dan entah mengapa aku merasa kecil hati. Terasa hangat di hujung mataku di basahi setitis airmata.

"Please, please don't cry. I'm sorry."

Dia tepuk kepalaku seolah-olah aku anak kecil yang sedang merajuk.

"Doktor cuma mau tau awak okay atau tidak." Kedut banyak di dahinya menunjukkan dia benar-benar risau dengan keadaan aku, dia tak berpura-pura. "Ghafar suami awak?"

Aku anggukkan kepala.

"Ini semua ..." dia tunjukkan pada lebam pada bibir dan tangan aku. "... suami awak yang buat?"

Aku angguk lagi.

"Nombor telefon doktor, mana?"

Aku hulur dan buka genggaman tanganku dan tunjukkan kertas yang bergumpal di telapak tangan.

MerpatiWhere stories live. Discover now