Bab 19 - Ibu

457 22 10
                                    

Benar aku rasa tak selesa. Dan sebagai Lily aku memang ada rasa gentar yang teramat berhadapan dengan amarah Abang. Tapi dalam diri aku ini, aku bukan cuma seorang Lily. Aku juga Indah Rupawan dan ini semua bukannya apa-apa untuk Indah. Abang pun tidak berkata-kata sejak aku masuk dalam kereta. Wajahnya cuma kaku tak memandang selain ke depan. Langsung tidak berbunyi. Cuma, kereta di pandu laju dan dia tak cermat seperti selalunya. Hon di tekan bertalu-talu bila kereta-kereta di depan menghalang laluannya.

Aku menunggu di marahi dan sudah bersedia untuk pertahankan diri.
Kemarahan Abang tidak menakutkan Indah Rupawan, kerana dia pernah lalui kekusutan yang jauh lebih parah. Lama aku tunggu, tapi kereta cuma meluncur laju ke depan dan Abang langsung tidak menghiraukan aku, seolah-olah aku tiada di situ.

Amarahnya masih terpahat di muka, tapi cuma itu saja. Selebihnya dia lebih tumpukan perhatian kepada menekan minyak dan memotong kereta-kereta lain. Ingatan ku jadi tercampak kepada memori masa lalu, ketika aku dalam kepayahan maha dasyat yang beribu kali lebih perit dari pertengkaran aku dengan Abang.

Ujian kehamilan sudah di lakukan sebelum itu, dan keputusannya seperti yang aku jangka. Aku hamil. AKU HAMIL.

Walaupun aku sudah menjangkakannya, tetapi aku tetap berasa sangat tertekan. Ianya satu malapetaka ... dan aku tak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Aku baru belasan tahun ketika itu, aku seharusnya sedang masih belajar. Atau sekurang-kurangnya sedang berkerja separuh masa di kedai serbaneka. Masih hingusan, tetapi sudah terpaksa menagih pertolongan dari seorang lelaki bangsa Cina, yang tua dan yang aku baru kenali untuk cuba membaiki masa depanku yang sudah roboh.

Bayi itu, aku tak menginginkannya. Aku tak punya rasa kasih atau kasihan langsung kepada nyawa itu. Kalau boleh aku ingin potong dua perut aku dan buang dia ketiku itu juga. Selagi dia sebahagian dari aku, selagi itu lah aku akan sentiasa teringat dengan kejadian yang menciptakannya. Siapa juga di antara tiga lelaki sial itu, ayahnya adalah raksasa ngeri untuk aku. Dan dia adalah benihnya. Keturunan keparat yang harus aku tumpangkan di dalam rahimku, aku tak rela!

Malah untuk menyentuh perut juga aku rasa jijik. Fikiran aku ketika itu, penuh dengan gambaran anak syaitan yang di lahirkan wanita dalam filem Thailand yang pernah aku saksikan dengan Sam ketika di tingkatan lima. Bayi itu lahir dengan kejahatan yang melampaui kemanusian dan ... ahhh ... aku tak mahu menjadi ibu kepada kejahatan seperti itu.

Ketika di klinik sudah puas Dr. Steve memujuk aku. Berkali-kali dia menyarankan aku simpan saja bayi itu hingga sampai masa untuk melahirkannya.

"Kalau awak mau ini baby, doktor boleh tolong awak. Buat pemeriksaan di sini sampai mahu deliver nanti."

Aku gelengkan kepada. Aku tarik hujung lengan baju yang berkedut, cuba untuk tidak memikirkan dengan serius cadangan doktor itu.

"Saya tak mau. Saya tak mau."

"Tak apa, nanti sudah deliver boleh bagi adoption. Bagi ini baby hidup dulu."

Aku tetap gelengkan kepala. Aku bayangkan nanti jika Nenda dan Ucu tau, pasti di lepaskan berita itu kepada ibu mertua aku. Dan ibu mertuaku itu akan tau, ini bukan cucunya. Dan memberi risiko kepada rahsia yang aku sorokkan daripada Nenda. Aku takkan izinkan Nenda tau, patah hati Nenda kalau dia tau. Aku takkan benarkan itu terjadi. Biarlah dia ingat cucunya seorang balu yang bersedih atas kematian suami. Masalah akan lebuh berat untuknya jika dia tahu aku di perkosa sambil suami aku sendiri mentertawakan aku. Nenda akan salahkan dirinya sendiri kerana mengahwinkan aku.

"Tak nak, doktor. Saya tak nak. Saya tak suka ada baby. Saya tak nak."

"Nanti awak menyesal bila sudah tua ..."

"Saya tak nak. Nanti muka baby tu buruk macam ... macam ..." tak dapat aku habiskan kata-kata itu.

Aku bayangkan seorang anak yang berupa teman lelaki Ghaffar yang sudah pun mati itu dan aku terus mual di anak tekak.

MerpatiWhere stories live. Discover now