Bab 21 - Kahwin

524 19 5
                                    

"This is not over yet. You jangan ingat I akan senang-senang nak lupakan hal ni."

Aku sandarkan kepalaku ke atas dadanya. Mengelus-elus perutnya dengan hujung jari jemariku. Sesekali aku biarkan hangat bibirku berlari-lari di dadanya,  Dia sudah tenang, itu aku tahu. Marahnya tadi sudah ku jinakkan dengan memberi apa saja yang dia mahu, malah lebih lagi daripada yang dia mahu. Semua latihan yang aku peroleh sebagai Lily selama ini, aku hadiahkan kepadanya sebagai ucapan maaf dariku.

Every tricks in the book, I gave it all to him.

Semalam selepas pulang dari kelab, setibanya di dalam rumah, tak menyempat mengunci pintu depan terus saja dia menolak aku ke dalam bilik dan melontar aku ke atas katil. Malah ketika berjalan dati kereta ke unit kami pun dia tak berhati-hati seperti biasa. Selalunya aku yang akan ke atas dulu, kemudian baru dia. Tapi malam semalam, jarinya mencengkam lenganku kuat seolah ingin menyeret aku ke atas. Aku terpaksa telan suaraku setiap kali aku hampir jatuh tersungkur.

"I bayar you untuk jadi jalang, so do your work well." Jengkel dalam suaranya, aku tahu, untuk menyakitkan hati aku. "Make my money and my time worth it. You menyusahkan hidup I, sekurang-kurangnya bagi I merasa bahagia yang singkat ini."

Aku sedikitpun tidak berkecil hati. Semenjak aku hidup dengan Abang, aku sudah belajar tak terkilan dengan kata-kata nistanya bila dia naik angin. Dia sudah puas menjadi lelaki baik di dunia nya yang lagi satu, jadi dengan aku, dia tak pernah berminat berusaha untuk menjadi lelaki yang berbudi bahasa. Dia yang mengkehendakkan aku dalam hidupnya, tapi kelakuannya seolah aku yang memaksa dia memulakan skandal ini.

Ego.

Maruah lelaki yang sentiasa ingin fikir dia yang mengawal suasana. I'm the man, fikirnya, I will always be in charge.

Kalau itu jenis kuasa yang dia mahu dari aku, silakan. Dengan senang hati aku membiarkan. Aku boleh saja sabar layani egonya yang setinggi gunung. Ianya sesuatu yang dia tidak boleh dapat dari isteri yang dia cintai.

Lagipun aku sangat lega sebenarnya. Dia tak perlukan penjelasan yang panjang lebar dari aku, dia cuma inginkan lukakan hatiku seperti aku tmmenyakitkan hatinya. Berkali-kali dia gunakan aku dan aku benarkan. Permainan di atas ranjang kali ini ... is not about what I want. It's about what I cannot have. Bilik pun bagai di landa puting beliung, bantal ke mana, selimut ke mana ...

The lovemaking was all about him. Do this, Lily. Do that, Lily. Love bites bersepah-sepah di tengkuk dan dadaku. Di pehaku juga. Padahal Abang tak pernah perlukan itu semua sebelum itu. Sepanjang pagi dia asyik berkata ...

Bukak mata kau, pandang aku, Lily.

Soalah-olah dia takut aku menutup mata dan memikirkan orang lain. Bodoh, apa dia fikir aku tak pandai membuka mata DAN membayangkan orang lain?

Sepanjang malam aku melayan dia, aku terpaksa akui, aku asyik teringatkan Syed Adonis. Bagaimana tanpa menyentuh lebih dari bibirku pun, hati aku cepat sekali memberi ruang kepadanya. Aku malah ingin berikan seluruh hatiku untuk dia, jika dia benarkan. Just a stranger and I want to give him everything.

Ini lah penangan cinta rupanya. Lain yang ku sentuh, lain yang di dalam fikiranku.

Dan apalah yang hebat sangat tentang cinta ... Abang menyintai isterinya dan dia masih juga sanggup meniduri aku? Dan aku menyintai Syed, namun tetap aku tidak punya masalah memuaskan nafsu Abang.

Tetapi mengapa debar hati memberitahu aku, Syed adalah orangnya, yang boleh mengubah menjadikan Lily sebagai Indah semula ... dia lah hujan yang akan bersihkan warna hitam dari lanskap hidup aku. Kotoran lelaki-lelaki lain, Syed lah yang mampu melukiskan warna lain sebagai ganti. Bagaimana cinta boleh sehebat itu dan aku masih boleh menggigil keseronokan dengan sentuhan Abang?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MerpatiWhere stories live. Discover now