"Sampai hati Abang buat Lily macam ni ..."
Aku lepaskan keluhan kecil dan tundukkan muka, supaya rambut menutupi mata kananku. That's drama and it's important. Walaupun aku sudah jatuh hati dengan lelaki lain, aku masih perlukan Abang. Tak mungkin aku melepaskan dia begitu saja, dia masih sangat penting untuk aku.
Lalu airmataku, aku biarkan jatuh satu demi satu mengalir ke atas pipi dan turun ke dagu. Padahal harum badan Syed terus berlegar-legar seolah dia masih ada di sisi, dan hati aku masih di sana bersama dia. Tapi Abang adalah tanah yang aku bajak untuk makan minumku, dia perlu aku pertahankan.
"Huh, menangis ..." Abang mengejek. "You think I'm stupid?"
Aku cuma memandang dia dengan mataku yang sayu dan berkaca. Aku tau aku dalam masalah yang besar, dengan kedegilan Abang dia mungkin akan ke bilik satu lagi untuk bersemuka dengan Syed. Aku tak risaukan Syed, tak mungkin dia akan mengaku bersama aku di Cigar Room. Aku risaukan kawan-kawannya yang lain, alkohol mungkin membuat mereka berkata benar.
Kalau itu terjadi, Abang tak mungkin cuma setakat meninggalkan aku. Abang mempunyai sisi kejam yang cuma aku yang paham. Dia akan hancurkan aku, hancurkan Syed dan jahanamkan Galaxy juga.
"Habis tu Lily nak cakap apa lagi? Abang tak nak percaya."
"You jangan nak bodoh-bodohkan I."
"Lily sayang Abang." Beremosi suaraku. Ianya datang tulus daripada perasaanku yang ingin pertahankan apa yang aku mahu. "Selama ni Lily pernah tipu Abang? Tak pernah ... kenapa pulak Lily nak tipu hari ni?"
Abang tak menjawab, dia cuma memandang ke depan seolah ada jawapan yang luas terbentang di situ. Baru aku perasan, kolar tshirt polo Ralph Lauren yang di pakainya tidak sempurna. Belah kiri terletak cantik tapi di sebelah kanan ianya termasuk ke dalam.
Bermakna dia datang ke sini dalam keadaan yang tergesa-gesa. Mungkinkah dari rumah, ketika bersama isteri? Memandu laju dari rumah untuk memastikan aku tak menduakan dia?
Apa yang dia rasa ketika itu agaknya? Marah kerana di dua kan padahal dia sudahpun melakukan itu kepada isterinya sendiri bertahun-tahun? Tak bolehkan dia memahami dan membiarkan saya aku merasai perasaan yang baru bersama Syed? Seperti dia merasakan nya dengan aku.
Abang cemburu. Abang di himpit cemburu rupanya!
Dan tiba-tiba aku nampak dia seperti seorang lelaki yang kesunyian. Bagaimana boleh orang secerdik dia mengharapkan setia dari seorang perempuan seperti aku? Bilamana seorang yang berpelajaran dan berstatus sepertinya juga tidak dapat memberikan setia kepada isterinya?
"Abang ..." aku penuhkan suaraku dengan penuh rasa kasih dan sayang. Aku bayangkan dia adalah Syed dan aku cuba untuk lembutkan hatinya yang keras. "Percayalah Lily, Abang. Lily happy dengan Abang. Abang dah cukup untuk Lily ... kalau Lily buat Abang cemburu, I'm so sorry sayang. Please don't be like this ..."
"Kau dah guna-gunakan aku ya." Suara Abang seperti tak bermaya. Ini sikap dia yang tak pernah aku kenal. Aku cuma memandang dia dengan terkesima. Mengapa dia tampak begitu lemah di mataku sekarang, walhal sebelum ini dia sentiasa sombong dan gagah.
"Aku rasa kau dah bomohkan aku, Lily. With you I'm like some fucking teenager always wanting to fuck you on the bed. You're a witch, and I'm so screwed."
"Kenapa Abang cakapa macam ni?" Air mata ku masih bergenang, ianya masih di perlukan.
Padahal aku sangat memahaminya. Dulu Dr. Steve acapkali memberitahuku setiap kali dia ingin bersama aku ... you're a ghost, Lily. You're a ghost.
Dan lelaki-lelaki lain juga, mereka selalu mengatakan aku seperti bayangan dalam cermin. Boleh di sentuh tapi seolah-olah bukan dari dunia yang sama. Ada seorang lelaki dari Terengganu, dia memanggil aku Puteri Tujuh. Katanya lirikan mata aku mengajaknya cuba merungkai misteri yang bernama Lily.
YOU ARE READING
Merpati
Ficción General"Hai, nama I Lily." Dia menyambut tanganku, seakan menarik aku untuk lebih rapat kepadanya. "Beer?" Dia menyoal, mendekatkan bibirnya ke telingaku. "Or something stronger?" "You minum apa?" Bibir aku di tepi telinganya pula. Dia senyum. "Just Coke...