Sampai di rumah Mama, aku di letakkan di bilik Kak Saleha. Aku cuma baru pernah masuk sekali saja ke dalam bilik ini semenjak aku menjadi ahli keluarga mereka ini, itu pun sekejap saja. Ianya sebuah bilik besar berwarna pastel pink dengan chandlier kecil bewarna putih tergantung dari tengah siling. Mama tidaklah terlalu bodoh untuk baringkan aku di bilik anak lelaki nya yang jahat. Aku rasa sangat tak selesa, sebab selama beberapa bulan berkahwin, tak pernah sekali pun aku tidur di rumah itu. Bila Mama mendesak supaya kami bermalam, Ghafar selalu menolak dengan alasan terpaksa bekerja.
Dan lagi, cadar katil Saleha berwarna cream, dan darah aku sudah mula menitik keluar semula. Aku rasa bersalah untuk kotorkan bilik yang cantik itu.
"Pa, carik doktor ..." aku dengar Mama beri arahan kepada suaminya.
"Hah, doktor?" Dengus Papa. "Sekali tenguk pun doktor tau apa yang dah jadik pada budak tu."
"Talipon Krishnan, bini dia kan kerja kat hospital. Mintak tolong dia cari doktor yang boleh di harap. Yang pandai simpan rahsia. Dulu kan kita pernah tolong dia cepatkan lesen memandu anak dia. Kali ni dia la pulak kena tolong kita."
"Dah tu aku nak cakap apa dengan Krishnan?"
"Papa temberang lah apa-apa ..." Makin keras suara Mama, matanya mengerling Papa dengan tajam."Takkan lah semua benda aku nak pikir, lama-lama aku yang jadi gila."
Mungkin darah yang keluar banyak buat aku rasa pening dan anggota badanku jadi sejuk. Makin lama pandangan mataku jadi kabur dan suara mereka jadi semakin sayup. Aku rasa aku seolah aku sedang di peluk oleh seseorang, dan suara yang nyaman sedang berbisik di telingaku ...
Bismillahirahmanirrahim,
Besi meluka, besi menghancur
Cuba kau merosakkan daging
Kau derhaka kepada Allah
Tertutup terkunci
Berkat doa la haula wala quwwata
Illah billahi ayyil azhim."Pa, Indah macam dah pengsan ni. Cepat Pa, kau call Krishnan cepat!"
Aku tak rasa seperti aku pengsan. Aku seperti terlena. Aku terlena dalam kesakitan yang melumpuhkan pergerakan aku. Dan di alam tidur, aku di sambut oleh sebuah mimpi penuh dengan keanehan.
Aku bermimpi aku adalah sehelai baju yang koyak rabak dan aku sedang di jahit seseorang menggunakan jarum yang besar. Dan setiap kali jarum itu menembus, aku akan menjerit-jerit kerana kepedihan dan merayu -rayu supaya aku di lepaskan.
Dan sepanjang mimpi aku, suara lembut wanita yang lunak memujuk-mujuk aku ...
Bismillahirahmanirrahim,
Besi meluka, besi menghancur
Cuba kau merosakkan daging
Kau derhaka kepada Allah
Tertutup terkunci
Berkat doa la haula wala quwwata
Illah billahi ayyil azhim.Bila aku terjaga kemudiannya, aku pun tak pasti jika ianya hari yang sama atau berbeza. Rasa sejuk penghawa dingin mencucuk hingga ke dalam tulang. Bayangan tiga orang lelaki sedang menghimpit tubuh aku menyesakkan fikiranku. Kau sudah kotor, kataku pada diriku sendiri. Suami kau sendiri yang benamkan maruah kau ke dalam neraka.
Dan benar-bensar ada seorang lelaki yang sedang memegang lenganku!!
Ketakutan naik dari perut ke tekakku bagaikan lahar gunung dan aku cuma terkaku melihat lelaki separuh umur berbangsa Cina itu menyentuh aku. Kemudian aku menggigil dengan sangat teruk. Aku menggigil sehingga aku rasa seolah aku boleh mendengar gigi aku berlaga.
YOU ARE READING
Merpati
General Fiction"Hai, nama I Lily." Dia menyambut tanganku, seakan menarik aku untuk lebih rapat kepadanya. "Beer?" Dia menyoal, mendekatkan bibirnya ke telingaku. "Or something stronger?" "You minum apa?" Bibir aku di tepi telinganya pula. Dia senyum. "Just Coke...