Keesokkan harinya...Kini ejen² MATA muda berada di dalam pesawat MATA. Mereka hanya menunggu perhentian destinasi masing². Dalam pesawat itu, suasananya sangatlah bising. Mereka berbual sangatlah rancak sehingga mereka hampir lupa dengan misi mereka. Ada yang ingin nak pergi shopping selepas misi mencari Ali. Hampir semua kecuali Alicia. Dia hanya duduk diam dan berharap supaya dia dapat berjumpa dengan Ali.
Alicia(dalam hati): Ali. Aku harap aku dapat jumpa dengan kau. Aku teringin sangat nak berjumpa dengan kau...😔
Tanpa dia sedar, setitis air matanya mengalir di pipinya. Tak lama kemudian, dia pun tertidur dengan nyenyak.
Di tempat Ali...
Kini Ali sedang menyambung kerjanya seperti biasa, iaitu menangkap gambar. Sudah banyak gambar yang ditangkapnya. Tiba², satu letupan terjadi tidak jauh dari tempatnya.
Ali: Letupan apa tu?🤨
Dia pun berlari ke arah letupan tersebut secepat yang mungkin. Sesampainya di sana, ternampak seekor Orphnoch muncul di taman permainan. Orphnoch tu sedang membuat kekecohan. Semua orang yang berada di situ cepat² melarikan diri dari dibunuh oleh Orphnoch itu.
Ali: Orphnoch? Apa dia buat kat sini? Aku kena hentikan dia.😡
Tak lama selepas itu, tiada lagi orang yang tinggal. Hanya Ali dan Orphnoch itu saja yang tinggal. Tanpa buang masa Ali pun berlari ke arah Oprhnoch itu sambil berubah.
KAMEN RIDE: FAIZ
Dia berlari mendekati dan Orphnoch itu dan melibasnya dengan pedangnya yang berwarna merah. Orphnoch itu terkejut dengan kemunculan Ali.
Orphnoch(dalam hati): Faiz? Kenapa dia ada kat sini?🤨
Orphnoch: Siapa kau?😡
Ali: Aik? Raksasa Perancis pandai cakap melayu?😕
Orphnoch: Yelah. Bahasa english pun aku boleh.😡
Ali: Apa² jelah.😒
Orphnoch: Jadi, kau siapa?😡
Ali: Cuma seorang budak yang melewati. Ingat tu.😏
Orphnoch: Budak je. Bukannya kuat sangat.😒
Ali: Kau pasti?😏
Dengan rasa yang tidak puas hati, Orphnoch itu terus berlari ke arah Ali dan menyerang menggunakan kukunya. Tapi Ali dengan mudah menahan kukunya itu dan melibas Orphnoch itu lagi. Orphnoch itu pun berundur sikit ke belakang. Orphnoch itu perasan yang tali pinggang Faiz lain daripada yang dilihatnya sebelum ini.
Orphnoch(dalam hati): Kenapa drivernya lain? Sebelum ni, drivernya macam telefon. Tapi yang ni, lain dari apa yang aku pernah tengok sebelum ni.🤨
Orphnoch: Jadi, kau bukanlah Faiz yang sebenar.😡
Ali: Betul. Baru perasan ke?😏
Orphnoch: Tak lah. Aku cuma nak tahu macam mana hebatnya kau menjadi Faiz.😡
Ali: Baiklah. Mari aku tunjukkan.😏
Mereka berdua berlari ke arah sesama sendiri dan menumbuk secara serentak. Mereka berlawan dengan begitu hebat sekali. Ali menyerangnya dengan pedang merahnya dan melibas dengan begitu tenang. Semua libasannya itu terkena ke arah Orphnoch itu. Sama seperti Ali, kuku Orphnoch itu pun terkena ke arah Ali buat beberapa kali. Dan mereka pun berlawan dengan begitu lamanya. Tanpa Ali sedar, seseorang tengah melihatnya.
YOU ARE READING
EJEN ALI: PEMUSNAH SEMUA EJEN (EA FANFICTION) SLOW UPDATE!!!
FanfictionSelepas kejadian niki, Ali masih lagi sering dibuli oleh ejen² muda MATA. Tetapi pada suatu hari, Ali telah berubah dari Ali yang lemah menjadi Ali yang kuat. Disebabkan Ali menjadi semakin hebat, ejen² muda mula cemburu dengannya dan mencari cara u...