Wataru: Ayahanda msih hidup...
Mika: Ayahanda? Ayah kau?
Ali, Rudy, Alicia dan Khai pun turut terkejut dengan apa yang wataru sebutkan tadi. Mereka tak sangka orang yang mereka lawan itu adalah ayah Wataru sendiri. Ayah Wataru pun berjalan secara perlahan mendekati mereka semua yang terlentang di atas tanah.
Ayahanda: Kita berjumpa lagi wahai anakanda ku, Wataru.
Wataru: Kenapa Ayahanda buat semua ni?
Ayahanda: Kenapa? HAHAHAHAHAHA. Hanya semata² untuk dapatkan semula Takhta Ayahanda yang hilang.
Rudy: Hilang? Apa maksud kau?
Ayahanda: Ya, hilang. Hilang di rampas oleh KAU, Wataru!
Ali dan Ejen² muda yang lain terkejut sekali lagi. Di dalam kepala mereka hanya ada satu soalan. " Apa yang telah terjadi sebelum ni?".
Wataru hanya berdiamkan diri sahaja disebabkan di berasa lemah sekarang ni.
Ayahanda: Aku sudah lama menantikan saat untuk aku rampas semula takhta aku dan mengubah semua peraturan² di dunia ni. Dan akhirnya, ini lah masanya sudah tiba. Dan tiada siapa yang boleh halang aku!
Alicia dengan beraninya berdiri dan mengacukan ballistic nya kearah Ayah Wataru.
Alicia: Kami takkan benarkan kau berbuat sedemikian sesuka hati. Tak kiralah kau siapa.
Ayahanda: Beraninya kau. Kau tak tahu ke siapa aku? AKU ADALAH OTOYA KURENAI! RAJA FANGIRE YANG SEBENAR!
Dengan ucapan itu, Otoya Kurenai pun menyerang Alicia secara mengejut menggunakan kuasa bomb kelawar dengan jarak yang dekat. Alicia pun terpelanting ke belakang yang agak jauh sedikit.
Alicia: AHHHH!!!
Ali: ALICIA!!!
Ali dengan lemahnya berdiri dwn lari ke arah Alicia yang tidak sedarkan diri dan terus mengangkat kepalanya di atas pahanya. Sementara itu, Wataru terus berdiri dengan keadaannya yang lemah. Dengan beraninya dia walaupun lemah dia bercakap...
Wataru: Jangan kau apa²kan kawan aku!
Otoya: Heh! Lemah. Kalau kau nak pertahankan takhta tu, kau kena kalahkan aku dahulu.
Dengan itu, Otoya Kurenai pun pergi dari situ. Dengan kuasanya, sekumpulan kelawar menutupi tubuhnya lalu kelibatnya pun menghilang. Wataru tiba² jatuh ke tanah semula akibat terlalu lemah dengan Kivatt sekali jatuh lemah.
Khai: Apa kita kena buat sekarang ni?
Mika: Ali?
Ali: Kita terpaksa balik ke Academy MATA untuk dapatkan rawatan dulu.
Rudy: Macam mana dengan Wataru dan Kivatt?
Ali: Bawa diorang sekali. Aku dah panggil bantuan untuk jemput kita.
Di Academy MATA...
Ali, Wataru, Kivatt, Rudy, Mika dan Khai telah dirawati oleh droid dan Ejen Gheeta. Walaupun mereka mengalami cedera parah, tetapi mereka dapat dirawati dengan mudah kecuali Alicia. Alicia terpaksa ditahan di bilik rawatan yang berbeza untuk dipulihkan semula sehingga dia sedar. Ianya mengambil masa yang lama untuk menunggu keputusan kesedaran Alicia.
Ali yang baru sahaja habis di rawat masuk ke dalam bilik rawatan Alicia. Dia duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil. Ali dengan sedih memegang tangan Alicia dengan begitu erat sambil menutup matanya sendiri. Air matanya pun jatuh ke tangan Alicia.
Ali: Aku minta maaf sangat sebab gagal melindungi kau. Aku lemah sangat sampaikan aku tak dapat halang serangan tu. Aku berjanji selepas ni, aku akan cuba lindungi kau dengan apa cara sekalipun.
ANDA SEDANG MEMBACA
EJEN ALI: PEMUSNAH SEMUA EJEN (EA FANFICTION) SLOW UPDATE!!!
FanficSelepas kejadian niki, Ali masih lagi sering dibuli oleh ejen² muda MATA. Tetapi pada suatu hari, Ali telah berubah dari Ali yang lemah menjadi Ali yang kuat. Disebabkan Ali menjadi semakin hebat, ejen² muda mula cemburu dengannya dan mencari cara u...
