Ayah Vs Anak

300 4 4
                                        


Di luar Castle Doran...

Decade dan Kiva kini berlawan dengan semua pengawal² Fangire yang ada di sekeliling Castle Doran. Dengan satu per satu, mereka berhasil mengalahkan beberapa Fangire tetapi masih banyak Fangire yang ada di situ.

ATTACK RIDE: SLASH

Dengan pedang Ridebooker, Decade melibas beberapa Fangire dengan mudah tetapi banyak lagi Fangire yang masih hidup. Kiva pula hanya mampu menumbuj dan menendang Fangire yang lain disebabkan Ketiga² pembantunya telah di ambil alih oleh ayahnya.

ATTACK RIDE: BLAST

Kemudian Decade menembak beberapa Fangire yang ada di hadapannya. Ada beberapa Fangire yang mati dan ada juga yang hanya cedera parah. Tak lama kemudian, semua Fangire yang ada di luar Castle Doran berjaya di kalahkan.

Decade: Heh. Kacang jerr.

Kiva: Tugas kita belum selesai. Masih ada banyak lagi Fangire di dalam Istana.

Decade: Tunggu apa lagi? Jom kita selesaikan secepat yang mungkin.

Dengan itu, mereka berdua pun pergi masuk ke dalam Castle Doran. Alangkah terkejutnya Decade melihat betapa ramainya Fangire yang ada di dalam Istana.

Decade: Kalau macam ni, bila nak habis?!

Kiva: Kita terpaksa juga teruskan kalau nak cepat.

Decade: Yelah.

Fangire yang lain tanpa membuang masa terus menyerang mereka berdua. Tanpa tahu kata erti lelah, Decade dan Kiva menyerang semua Fangire yang ada di dalam Castle Doran tanpa henti sehingga lah mereka berada di tingkat 10. Decade dan Kiva melihat Bassha dengan beberapa Fangire yang lain berdiri di hadapan mereka.

Kiva: Bassha...

Tak lama kemudian, sekumpulan Fangire muncul di belakang Bassha. Mereka bersedia untuk menyerang Decade dan Kiva.

Kiva dan Decade memang tak mahu serang Bassha. Tetapi apakan daya, mereka terpaksa juga meneruskan rancangan mereka.

Bassha: Maafkan Patik untuk melakukan semua ni.

Dengan kata² itu, Bassha terus serang Fangire yang berada ada di belakangnya. Kiva dan Decade terkejut dengan kelakuan Bassha.

Bassha: Pergi cepat. Hamba akan uruskan mereka.

Kiva: Terima Kasih, Bassha. Jumpa kamu di atas.

Decade dan Kiva pun berlari menuju ke tingkat seterusnya sambil menghentikan Fangire yang lain sehingga lah mereka sampai di tingkat 20.

Di tingkat 20, Decade dan Kiva berjumpa dengan salah satu pembantu Fangire, Dogga. Sekumpulan Fangire sudah ada bersama dengannya. Dogga berjalan menghampiri Kiva dan Decade yang bersedia untuk bertempur. Kini Dogga berdiri di hadapan Kiva. Dogga mengangkat tangannya lalu berkata...

Dogga: Taat setia ku, hanya untuk Raja Fangire yang sebenar.

Dengan kata² itu, Dogga pun berpaling ke arah Fangire yang lain dan menghentak tumbukkannya ke arah lantai sehingga bergegar dan retak lantai itu menuju ke arah Fangire yang lain.

Dogga: Pergi! Hamba akan ikut kemudian.

Kiva: Terima kasih, Dogga.

Decade: Tolong jangan takutkan kami macam tu lgi ya.

Dogga: Yelah...

Decade dan Kiva meneruskan rancangan mereka. Mereka berlari dan bertempur dengan Fangire yang lain sehingga lah mereka sampai di tingkat 30. Tingkat di mana Ruang Diraja berada. Di depan pintu Ruangan Diraja, Decade dan Kiva berhenti seketika kerana melihat banyak Fangire terbaring tidak sedarkan diri.

EJEN ALI: PEMUSNAH SEMUA EJEN (EA FANFICTION) SLOW UPDATE!!!Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang