Waktu pagi di sebuah rumah yang usang...Terdapat seseorang dewasa sedang bermain viola yang sangat lama. Dia bermain viola itu dengan sangat kusyuk. Setelah dia main viola itu, dia membaling violanya dengan sangat kuat kerana marah. Nasib baik viola itu tak belah dua. Tiba² dia menjerit sekuat²nya sehingga burung2 yang berada di atas pokok dan bumbung rumah bertebangan kerana terkejut.
...: AHHHHHHHHHHHHHH!!!!!
Di Akademi MATA...
Kini Ali telah berlatih dengan kawan²nya di padang latihan. Ali tidak menggunakan form Decadenya. Ali cuma gunakan Ridebookernya untuk berlatih. Kawan²nya seperti biasa menggunakan gajet masing².
Mereka yang lain mengepung di sekeliling Ali dan bersedia untuk menyerang. Ali cuma berdiri dengan tenang sambil melihat mereka semua satu per satu. Mode pedang di dalam genggaman untuk bersedia. Dengan senyuman yang manis dia berkata...
Ali: Keluarkan semua yang korang ada
(Pandai²lah korang buat intro sendiri)
Dengan kiraan 1.. 2.. 3.., mereka pun memecut kehadapan menuju ke arah Ali. Seorang demi seorang menyerang Ali dengan bertubi² tetapi Ali dengan senangnya mengelak dan menahan setiap serangan mereka tak kira dari jarak dekat mahupun jauh. Boleh dikatakan latihan mereka seolah² macam perang dunia terakhir. Letupan di mana².
Mentor² MATA dan juga General Rama hanya melihat latihan mereka dari jauh. Mereka juga berwaspada jika ada yang tercedara parah.
U. Bakar: Latihan diorang semakin lama semakin hebat, macam perang dunia.
E. Karya: Kalau perang dunia, dah lama musnah dah pulau ni.
E. Geetha: Takpe, sambil mereka berlatih, sambil tu juga mereka berseronok.
E. Leon: Seronok seronok juga, prestasi mereka harus ditingkatkan juga. Mereka tak boleh ambil ringan selepas ini.
General Rama hanya diam memerhatikan ejen² muda berlatih bersungguh sungguh. Tapi dalam masa yang sama, dia juga mengingatkan sesuatu perkara.
Flashback...
Di dalam bilik briefing...
General Rama dan Yuusuke ada berbincang tantang suatu perkara.
G. Rama: Jadi, apa yang kamu nak bincangkan?
Yuusuke: Sebenarnya, bukan kuasa rider aku sorang jer yang kembali, rider yang lain pun turut kembali juga.
G. Rama: Apa? Tpi mana Rider yang lain?
Yuusuke: Itu aku tak tau, mungkin mereka pun tertanya² juga kenapa kuasa mereka kembali.
G. Rama: Hmmm takpe lah. Mungkin ada masanya mereka muncul kembali untuk membantu.
Yuusuke: Hmmm betul tu. Aku pasti mereka akan tolong Ali. Kamen rider tak akan sesekali membiarkan rakan mereka dalam masalah.
End of Flashback...
General Rama masih lgi berfikir di mana keberadaan Rider yang lain. Keempat² mentor itu tak perasan langsung akan General Rama. Mereka hanya menyaksikan dan memerhatikan latihan ejen² muda.
Di padang latihan...
Mereka masih lagi cuba untuk jatuhkan Ali tpi Ali cuma mengelak dan menahan serangan mereka semua tanpa rasa letih.
Jet: Apa ni Ali? Jangan lah asyik mengelak jer. Lawan lah sekali.
Mika: Haah. Tak seronok lah kalau kau asyik mengelak jer.
YOU ARE READING
EJEN ALI: PEMUSNAH SEMUA EJEN (EA FANFICTION) SLOW UPDATE!!!
FanfictionSelepas kejadian niki, Ali masih lagi sering dibuli oleh ejen² muda MATA. Tetapi pada suatu hari, Ali telah berubah dari Ali yang lemah menjadi Ali yang kuat. Disebabkan Ali menjadi semakin hebat, ejen² muda mula cemburu dengannya dan mencari cara u...