"Hello, Abang. Eva ni."
" Waalaikumussalam." Balas Fridaus dengan sengaja.
" Hmm. Assalamualaikum." Eva mencebik mulutnya.
" Ha kenapa Eva?" Tanya Firdaus.
" Emm. Macam mana eh nak citer. Emm. Emm. Tak apalah, Eva terus terang je eh. Sabtu ni Cik Ros nak datang rumah Abang masuk minang." Eva menggigit kukunya. Dia takut akan reaksi Abang nya itu.
"........" Tiada jawapan dari Firdaus.
"Hello, Abang. Dengar tak ni? Hello? Hellooo??????" Eva cuba memanggil Abang nya. Dia mendekatkan telefon bimbitnya ke bibir kerana takut Firdaus tidak mendengar panggilanya.
" Ha haaaaa. Ye Abang dekat sini. Jap. Aku tengah nak brain ni. Apa kau cakap ni?" Firdaus sebernanya agak terkejut dengan berita ini kerana setahu dia, Eva tak pernah ada teman lelaki.
" Tak macam ni,....." Eva pun menerangkan apa yang terjadi kepada Firdaus.
"What?! Oi! Mana bolehhh?!!!!! Asal lak kau nak kena kahwin dengan Hilman??? Bukan kau nak sambung study ke?" Firdaus mula meninggikan suaranya. Dia mula rasa bengang dengan tindakan Cik Ros. Firdaus dapat merasakan bahawa adik perempuanya, Eva sedang dipergunakan.
" Emm. Nak buat macam mana... Eva dah tolak dah. Banyak kali tau Eva cakap dengan Cik Ros. Tapi, Cik Ros macam beria nak Eva jadi menantu dia. Haih, payah jadi baik dengan cantik ni. Semua nak buat menantu." Eva menyeloroh.
" Hmm. Siapa lagi nak jadikan kau menantu? Cik Ros jekan?"
"Hmm yelah. Habistu, macam mana ni bang?"
"Macam mana apa? Ha tunggu jela rombongan datang nanti. Dah abang ada kerja ni nak buat. Bye. Assalamualaikum." Firdaus putuskan panggilan.
Eva mengeluh lalu tiba-tiba dia teringat akan temujanjinya dengan Hilman. Eva dengan tangkas mencapainya tuala mandinya dan terus berlari ke tandas.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
"Siapa tu
"Hi Eva. Awak nampak lawa Hari ni." Hilman menegur Eva sambil tersengih. Matanya memandang Eva atas bawah sehingga membuatkan Eva tidak selesa.
" Hi Hilman." Eva tersenyum paksa.
"Ha masuklah dalam kereta. Oh sekejap saya bukak kan pintu."
Eva menggarukan kepalanya. Dia berasa tidak selesa berduaan dengan Hilman.
" Masuklah. Saya nak bawak motor tadi tapi since Eva kata Tak elok Naik berduaan motor, jadi Saya bawak la kereta." Hilman tersengih lagi.
Eva tersenyum hambar.
" Eh sekejap. Kita tunggu kawan saya eh."
Hilman mengangkat keningnya.
" Kawan? Aik.. abang ingatkan kita dua je keluar ni."
" Sorry eh Hilman. Sekejap lagi dia sampai ah tu. Oh sekejap saya call dia." Eva kelam kabut mencari telefon bimbitnya.
" EVAAAAAA!!!!" Jerit wanita yang sedang berlari ke arah Eva sambil mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun itu.
Hilman ternganga melihat kawan Eva itu.
" Eva seriuslah? Ni ke kawan Eva yang ikut tu? Dengan bawak budaknya. Macam mana kita nak date berdua dengan aman ni??" Hilman mengeluh.
Eva ketawa kecil. Dia saja memanggil kawan baiknya di kampung itu, Syira untuk teman dia keluar dengan Hilman.
" Syiraaa kenapa lambat sangat?" Eva membantu Syira menggalas tote bag rakanya itu.
"Ni kau Tak nampk budak ni? Penat aku kejar dia ni tau. Orang nak mandikan pun payah. Ha Hilman, kamu tercegat situ buat apa? Jom la cepat. Kedai pengantin tu tutup pukul 6. Ha lekas2" Syira terus masuk ke dalam kereta itu.
Hilman mengerutkan mukanya. Eva hanya tersenyum melihat gelagat rakanya itu.
Cuaca pada hari itu agak bahang. Syira yang sedang mengelap peluh adik kecilnya itu mengeluh.
" Panas nau cuaca ni ha. Habis lenjun baju Adam ni . Aku nak pi kedai runcit tu sat na. Hangpa terus ah gi jalan sana tuh." Syira dengan segera mendukung Adam lalu pergi ke kedai runcit berdekatan.
Hilman menghembus nafas lega. Kehadiran Syira dan adiknya membuatnya tidak berasa selesa. Rencananya untuk medekati Eva hampir gagal oleh kerana kehadiran mereka.
Hilman mengambil peluang ini untuk mendekati Eva.
" Eva, dahaga tak? Kalau ya... Jom pergi minum jap." Ajak Hilman dengan lembut.
" Dahaga ke? Kalau macam tu biar saya ikut Syira pergi kedai runcit beli air."
Hilman memberhentikan Eva.
" Tak..tak.. tak dahaga dah... alaa Eva ni..abang bukan apa..cuma petang ni kan kita patut spend time bersama, tapi Eva bawak pulak kawan Eva tu..kan dah tak ada privasi untuk kita berdua." Hilman mendekati Eva perlahan.
Eva menjauhkan dirinya dari Hilman semula.
" Hilman nak kenal apa lagi? Kita kan dah kenal lama sejak dulu." Eva meninggikan suaranya. Dirinya rasa terancam.
Hilman ketawa kecil melihat Eva lalu dia menjarakkan dirinya dari Eva semula.
"Okk..abang gurau je. Eva ni cepat gelabah la HAHahhahahahahahahaha." Hilman terus ketawa besar.
Eva menjelingkan matanya. Perasaan meluat akan Hilman ssmakin membuak-buak.
"DAHLAH!! SAYA NAK BALIK!" Eva menyentap. Mukanya menjadi merah padam.
"Okk sorry la. Abang sumpah gurau je. Ha tu Syira dah panggil seberang jalan tu. Jom cepat lintas jalan."
Hilman mengangkat tanganya untuk memberhentikan kereta supaya memberikan peluang untuk mereka berdua melintas.
"Ok Eva. Lintas dulu. Kereta banyak kawasan sini. Cepat2."
Eva berlari anak ke arah Hilman. Hatinya berdebar sekejap melihat Hilman yang tahan kan kereta untuk dia melintas.
"Huisy...gentleman juga abang Hilman ni.." Bisik Eva perlahan.
YOU ARE READING
Jumpa Besok!
RomanceWoi Eva! Apa masalah kau eh? Goreng telur pun hangus rentung! Kau nak bagi siapa makan?! Eva! Asal kertas kerja kau macam tahi ni?! Aku sumbat dalam mulut kau baru Tau! Sialan betul. Eva! Eva! Eva! Apa ni?! Tudung labuh macam cendawan ni kau pakai...