Bab 15

49 1 2
                                    

" Rizal, kalau kau datang sebab nak pujuk aku, tak payah la." Eva menyilangkan lenganya.

" Aku datang bukan nak pujuk tapi nak bagitahu yang Hilman dan Syira akan berkahwin Sabtu ni. Hilman yang mintak tolong aku jemput kau. "

Eva mengeluh.

" Aku ingat kau tak suka Hilman. Kenapa tiba-tiba kau tolong dia pulak ni?" Eva mengimbas kembali kelakuan Rizal yang berpura-pura baik dengan Hilman sewaktu makan malam tempoh hari.

" Well.. since now he is not in a relationship with you, there is no reason for me to hate him. "

Eva tersentak.

" Apa? " Eva terus memandang tepat mata Rizal.

" You heard me. " Rizal mengangkat keningnya.

" Kau baru je kenal aku Rizal.. tak akan lah sebab aku kau boleh benci kawan kau dari kecil macam tu je." Eva mendengus.

" Entahlah. Kau yakin? Yang aku baru kenal kau?" Rizal tersenyum sinis.

" Jadi kau la stal.." Belum sempat Eva menghabiskan ayatnya, telefon bimbit Rizal berdering.

" Hello? Dah ready ke? Ok I'll be there in a few minutes." Kata Rizal.

" Sorry la Eva.. aku ada hal. Nanti kita chit chat lagi eh. Bye." Rizal terus memasuki keretanya dan berlalu pergi.

Eva tidak tahu hendak berkata apa. Jadi adakah sebernanya selama ini dia benar. Memang Rizal kah lelaki yang dicarinya selama ini?

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Eva meneguk airnya dengan penuh tanda tanya.

" Eva, siapa yang datang tadi tu? " Tanya Tila.

" Entahla Kak Tila. Eva pun tak tahu. Kalau akak tanya soalan ni semalam atau minggu lepas atau bulan lepas mungkin Eva tahu. Tapi sekarang.. Eva pun tak tahu siapa dia..." Kata Eva sambil merenung jauh.

Kak Tila mengerutkan dahinya. Mungkin Eva masih terkejut dengan kejadian tempoh hari. Jadi dia tak mahu mengganggu Eva lagi dengan soalan-soalan lain.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Eva termenung. Makanan di hadapanya langsung tidak dijamah.

" Eva, makan lah. Badan kamu tu dah susut. " Firdaus semakin hari semakin risau akan keadaan adiknya itu.

" Abang.. abang .. waktu Eva masuk wad dulu kan orang yang selamatkan Eva datang jumpa abang. Waktu hari Eva nak tunang tu, abang nampak dia tak??" Eva tiba-tiba teringat yang abangnya pernah berjumpa dengan lelaki misteri itu.

" Eva.." Keluh Firdaus.

" Eva masih belum move on ke dengan lelaki tu? Move on jelah..kan abang dah cakap lelaki tu kebetulan je lalu dekat situ. " Firdaus sambung mengunyah makananya.

Eva hanya merenung tajam abangnya.

Firdaus yang tidak selesa dengan renungan tajam Eva, terus berhenti mengunyah.

" Ok ok.. tak abang tak nampak pun. Lagi pun keadaan dengan sibuknya. Dah sibuk lepas tu huru hara pulak jadinya. "

" Lepas tu, kalau abang nampak pun, abang bukan ingat dah muka lelaki tu. Kan lama dah benda tu. " Firdaus mengerutkan keningnya.

Eva mengeluh. Betul juga apa yang dikatakan abangnya itu.

" Ansar, nanti teman moksu pergi library jap eh. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jumpa Besok!Where stories live. Discover now