Bab 5

300 1 0
                                    

Sudah sebulan sejak kejadian itu berlaku,

Eva termenung ke luar tingkap bilik tidurnya. Pokok-pokok hijau, langit biru dan kicauan burung yang merdu membuat Eva mengeluh panjang. 

Walaupun Syam dan Nek Jah sudah dibawa ke  muka pengadilan, namun hati Eva masih lagi gundah gulana. 

Sebaik sahaja Eva keluar dari hospital, dia terus pergi ke alamat yang terdapat di kad bisnes yang ditinggalkan di dalam sarung bantalnya.

" Ha betul lah. Pusat tuisyen ni memang tak jauh dari tempat aku kena culik dengan Syam." Bisik Eva. Dia terus bergegas masuk ke pusat tuisyen itu. Hatinya berdebar, nafasnya tercungap-cungap akibat terlalu gementar untuk berjumpa dengan heronya a.k.a stalker. 

Eva menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia terus menuju ke kaunter pertanyaan Pusat Tuisyen itu.

" Assalamualaikum." 

"Waalaikumussalam. Ya puan. Puan nak daftar anak kelas apa ye? Sini kami ada menyediakan kelas akademik untuk semua peringkat umur semestinya mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan. Selain itu, kita ada juga kelas seni dan muzik. Anak puan nak main apa? Gitar, pia...."

" Tak!" Eva mencelah ayat perkerja wanita itu.

Wanita itu terdiam.

" Tak sebernanya, saya nak cari orang."

" Emm.. siapa yang Puan nak cari?"

" Saya nak cari En.Raykarl." Eva tersenyum.

Wanita itu mengangkat keningnya.

" Rykarl? Yang ajar Math tuke?" 

" Ha.. betulah tu.. em...kot?" Eva tersengih. Semestinya dia tidak tahu apa yang diajarkan Rykarl.

" Atas urusan apa ye puan nak jumpa?"

" Saya nak jumpa sebab.. emm. sebab dia adalah hero saya." Eva tersenyum lebar.

" Oh... sekejap ye saya panggilkan." Wanita itu menggelengkan kepalanya.

Eva tersengih. Dia mula membetulkan tudungnya. Degupan jantungnya semakin laju. Tanganya mula berpeluh. Tuhan saja yang tahu betapa eksaited dan gementarnya Eva ketika itu. 

Tiba-tiba, Eva terdengar orang bertengkar.

Eva toleh ke belakang.

Dia terlihat wanita tadi bertengkar dengan seorang lelaki yang dalam lingkungan 60-an.

" Abang Rykarl?! Sanggup abang curang dengan saya!! Kalau abang curang dengan betina yang sama umur kita tak apa lah juga! Ni awak curang dengan budak muda tu?! Dia tu sama baya dengan anak perempuan kita tau!!" Wanita itu menampar belakang En.Rykarl."

" Apa yang awak merepek ni?!! Mana saya pernah curang?!" En Rykarl menepis tangan isterinya itu.

" Tu! Perempuan tu siapa??!! Dia siap panggil awak hero la apalah!! Siap sengih-sengih pulak tu!"  Wanita itu menunjuk ke arah Eva.

Mata Eva terbeliak. Mukanya dikerutkan seribu.

" Ya. Puan. Kenapa puan cari saya? Saya kenal puan ke? Kenapa saya jadi hero puan ni? HA?" Tanya En.Rykarl dengan nada yang keras.

"Emm tak. Saya rasa saya silap orang kot. Hahaha." Eva menggaru kepalanya.

En.Rykarl mengangkat keningnya.

" Emm saya pergi dulu." Eva dengan segera lari  keluar dari tempat itu. En.Rykarl dan isterinya cuba untuk memberhentikanya namun tidak sempat.

Eva tercungap-cungap. 

" Apakah?! En.Rykarl tu dalam umur sama dengan Nek Jah kot?! Tak akan lah dia hero aku??????!! Arghhhh malunyaaaaaaaaa....!!!!!!" Eva terduduk. Dia menepuk dahinya.

" Ya Allah.. aku hampir musnahkan rumah tangga orang." Eva mengeluh.

" Tapi... macam mana kalau tu betul hero aku?? Eh.. tak..tak mungkin.. hero aku tinggi, pakcik tadi tu rendah sikit. Hahaha.. tak mungkin....atau.. mungkinkahh....??" Eva merengus lalu  dia menghentak-hentakkan kakinya.


Eva tersenyum sorang apabila ingat kembali peristiwa bulan lepas itu. Setelah ditanya Firdaus, ternyata memang En.Rykarl itu bukan heronya namun hero anak saudaranya, Ansar yang telah berjaya membuang perasaan takut Ansar terhadap subjek Math . Firdaus terletak kad itu di dalam sarung bantal Eva ketika itu.

Eva ketawa kecil lalu dia terus menutup kembali tingkap biliknya itu. Ternyata, masih belum sampai masanya Eva menemui hero nya itu. Eva sudah berhenti mengharap kerana dia percaya, andai kata ada jodoh, sudah semesti dia akan menemui lelaki misteri itu dengan izin Allah, Insyallah....



" En. Rykarl.. kenapa ni." Datang seorang lelaki menepuk bahu En.Rykarl. Wajahnya terselindung dengan penutup kepala hoodie nya.

" Ha kamu. Tak ni ha.. ada budak ni cakap saya hero dia lah, apa lah. Tengok, Mak Wan kamu tu dah merajuk ingat aku curang dengan dia. Lepas tu, tengok budak tu lari macam tu ja. Haish." Bebel En,Rykarl.

" Betul abang tak kenal dia?" Mak Wan mencebikkan mulutnya.

" Dahla Mak Wan, Pak Wan... salah faham je ni. Budak tu silap orang lah tu." Lelaki itu ketawa kecil.

" Ha yang kamu ni.. kata dah nak bertolak? Barang dah kemas? Bila flight kamu?" 

Lelaki itu tersengih.

" Mak Wan ni.. kalau bercakap.. mesti nonstop haha. Saya datang nak bagi sweater ni." Lelaki itu menyerahkan sweater berwarna coklat itu. 

" Eh, kenapa tak bawak sekali ke London?" Tanya Mak Wan.

" Entahlah..saya takut.. kalau saya tengok sweater ni.. saya tak nak pergi pulak sana. Nanti saya nak duduk bermanja dengan Mak Wan dan Pak Wan je. hehehe.." Lelaki itu terus mencium tangan Mak Wan dan Pak Wan ( En.Rykarl) lalu memeluk mereka berdua sebagai tanda selamat tinggal.

Lelaki itu menarik bagasinya keluar dari Pusat tuisyen itu. Dia menoleh ke arah seorang wanita yang sedang cakap sorang2 di hujung lorong. Lelaki itu tersenyum lalu dia membisik perlahan....

" Bye.. Eva..."

Jumpa Besok!Where stories live. Discover now