"Paklang, saya dah siap ukur. Paklang siap belum?"
Lelaki 50-an itu membetulkan kopiahnya lalu mencebikkan mulutnya.
"Belum ha Eva. Sorang je lagi ni. Doktor yang baru masuk tu. Entahlah dah lama jugak tunggu ni."
Eva mengeluh panjang. Masa lunch hour dah hampir tamat. Kalau bukan sekarang, bila lagi doktor ni ada masa nak ukur badan.
"Takpe, paklang tunggu dulu eh. Saya pergi cari Dr.Am jap tanya."
Saat Eva buka pintu keluar dari bilik rehat itu, dia bertembung dengan seorang lelaki yang tinggi berpakaian serba biru.
"Auch!" Eva memegang hidungnya yang sakit akibat tersembam dengan dada lelaki itu.
"Sorry saya lambat. Baru habis operation tadi." Lelaki itu mengendahkan Eva yang berada di hadapanya lalu terus masuk ke dalam bilik rehat itu.
"Wah betulah orang kata..memang hensem sungguh doktor baru ni. Mari Dr. duduk sini..kita ukur badana sekejap je." Kata paklang sambil tersengih.
Eva masih memegang hidungnya. Dia berasa bengang dengan lelaki itu.
"Dia ni tak perasan aku ke? Bukan nak tanya ok ke tak.. mintak maaf ke.. DASAR!!!" Eva meronta dalam hati.
"Eh Eva kenapa tercegat dekat situ? Duduk sini dulu..nanti Paklang habis ukur Dr ni kita gerak sama-sama."
Eva mengangguk lalu melepaslan tanganya dari hidungnya itu.
"Eh Ya Allah Eva! Kenapa hidung mu berdarah tu?!" Paklang terus berlari ke arah Eva.
"Tak apa paklang. Saya okay." Kata Eva sambil menekup semula wajahnya itu.
"Are you sure you are okay?" Tanya doktor baru itu.
Eva menjeling ke arah doktor itu lalu terus berlari ke tandas tanpa menjawab persoalan lelaki itu.
"Dah langgar tak mintak maaf lepastu baru lah tiba-tiba nak tanya, ok ke." Eva mengomel sambil memicit-micit hidungnya.
"Emm kalau nak stop kan bleeding, tak perlu dongak kepala, tundukkan kepala then picit la hidung tu lama."
Eva terkejut mendengar suara lelaki di belakangnya.
"EH! Dr!!! Apa Dr buat dalam tandas perempuan ni???" Eva terkejut.
Dr baru itu tersenyum sinis lalu dia menunjukkan sesuatu di pintu tandas.
Eva tergamam. Mukanya perlahan-lahan bertukar menjadi merah padam.
"Saya rasa patutnya saya yang tanya Cik buat apa dalam tandas lelaki?" Dr baru itu ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
Eva menekup mulutnya lalu minta maaf. Dia terus berlari ke pintu tandas itu tetapi ditahan oleh doktor baru itu.
"Dr..emm..saya nak keluar?" Kata Eva sambil mengangkat keningnya.
"Rizal. Nama saya Rizal." Kata Dr itu sambil tersenyum.
"Oh okayh...saya nak kekuar Dr.Rizal..boleh ketepi tak?" Kata Eva sambil menekup lagi hidungnya yang masih berdarah itu.
"I would really appreciate it if you call me Rizal only. " Rizal bawa keluar sehelai tisu dari koceknya lalu menarik lengan baju Eva, mengheretnya ke singki.
"Nah, tissue... Buat mcm saya cakap tadi."
Eva hanya kaku. Dia terkejut dirinya diheret begitu je.
Rizal mengeluh lalu dia terus tolak perlahan kepala Eva supaya dia tunduk.
"Ketepi tangan tu. Saya nak picit hidung awak biar darah tu stop mengalir."
Eva hanya menuruti kata-kata lelaki yang baru dia jumpa itu. Kalau boleh, Eva mahu saja tepis tangan lelaki itu dari menyentuhnya, tapi disebabkan dia seorang doktor, Eva biarkan sahaja.
Setelah beberapa minit darah hidung Eva berhenti mengalir.
"Ok..settle..uisy dah pukul berapa ni..saya nak kena pergi dulu Cik Eva? Betulkan nama? Saya nak kena buat round petang ni.." kata Rizal sambil membasuh dan keringkan kedua tanganya itu.
"Eh? Dr Ri..eh Rizal.. dah ukur badan ke untuk baju?" Tanya Eva.
"Oh alamak belum lagi lah..macam tu Eva tolong la ukurkan? Masa rehat saya tinggal 10 minit je lagi ni." Rizal mendepakan tangan nya.
Eva terkejut. Jantungnya berdebar. Dia belum pernah ukur badan lelaki sebelum ini. Dia tahu cara ukur.. tapi haram untuk perempuan menyentuh lelaki yang bukan mahramnya.
"Tapi, aku boleh je elak dari sentuh dia. Kalau tersentuh pun masih berlapik. Be professional Eva..dia pun tadi boleh je tolong kau tanpa tersentuh." Bisik Eva dalam hati.
"Eva...saya tinggal 6 minit je ni. Lama betul awak termenung." Kata Rizal yang masih mendepa tanganya.
Eva terus cepat-cepat membawa keluar pita pengukur dari koceknya. Nasib baik ada kerusi di dalam tandas itu, boleh la dia panjat untuk mengukur Rizal yang tinggi itu.
Eva terus mengukur tanpa melihat terus mata Rizal. Walaupun sebernanya,.Eva sedar yang mata Rizal terpaku ke arahnya.
Sedang asyik mengukur, Eva terhenti. Dia menelan air liurnya.
"Dada..macam mana aku nak ukur dada lelaki ni.." Jantung Eva berdebar. Pipinya mula terasa panas.
Dada Rizal yang bidang dan tegap itu..membuatkan Eva gelisah.
Eva perlahan-lahan menggerakkan tanganya untuk memeluk (bukan peluk rapat, peluk yang ada jarak tu) Rizal untuk mengukur dadanya.
Nafasya semakin laju, jantungnya juga berdetak laju. Suasana menjadi agak tegang buat Eva. Dia cuba untuk menutup matanya..
Rizal yang mendepa tanganya berasa agak lenguh. Dia turunkan sedikit ketinggian lenganya.
Eva terkejut. Dia terus gelabah.
"Soor..sorrryy Rizal..nahh awak ukur la dada awak sendiri! Sa..saya nak ukurlilit dada awak itu ja!" Eva menyerahkan pita pengukur itu.
Rizal yang kelihatan agak kecewa itu mengambil pita pengukur tersebut dengan lemah longlai lalu diukur ukurlilit dadanya sendiri.
"Ok dah Eva nah. Eva bolehla keluar dulu. Saya nak buang hajat dulu. " kata Rizal.
Eva ucapkan terima kasih lalu beredar dari situ.
Setelah Eva pergi..Rizal terus melutut. Lututnya goyah..jantungnya pula berdetak dengan laju.
"Sikit je lagi..kalau tak dah terpeluk." Bisik Rizal.
YOU ARE READING
Jumpa Besok!
RomanceWoi Eva! Apa masalah kau eh? Goreng telur pun hangus rentung! Kau nak bagi siapa makan?! Eva! Asal kertas kerja kau macam tahi ni?! Aku sumbat dalam mulut kau baru Tau! Sialan betul. Eva! Eva! Eva! Apa ni?! Tudung labuh macam cendawan ni kau pakai...